CIRI-CIRI GURU BERKUALITI

Guru berkualiti mempunyai pengaruh yang besar kepada pencapaian dan pembangunan diri murid dan kemajuan pendidikan di negara kita. Berikut adalah ciri-ciri guru berkualiti yang perlu kita miliki untuk memartabatkan profesion keguruan

Berkualiti dari segi intelek
Seorang guru haruslah berilmu pengetahuan yang tinggi. Ini kerana guru adalah member dan menyampaikan maklumat kepada pelajar.Cabaran pada hari ini memerlukan guru yang memiliki pelbagai lmu pengetahuan dan kepakaran.

Selain daripada itu, guru juga perlu mahir IT.Kemahiran dalam teknologi maklumat ini perlu dikuasai sebagai Pemangkin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Perkembangan sains dan teknolgi menyebakan teknologi maklumat mengalami perubahan dari masa ke semasa.Untuk kekal sebagai guru berkualiti, kita hendaklah berusaha untuk sentiasa menggunakan aplikasi IT dalam pengajaran dan pembelajaran . Usaha ini memerlukan kita untuk sentiasa menegemaskini kemahiran menggunakan komputer.dengan menghadiri kursus- kursus IT dan juga dengan sentiasa bertanya kepada mana-mana rakan guru yang lebih mahir dalam bidang ini.Kebolehan ini membolehkan kita mengajar menggunakan teknologi terkini dan akan mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

Pengusaan Bahasa Inggeris yang baik juga termasuk dalam ciri-ciri guru yang berkualiti.Guru perlu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik kerana perkembangan sistem pendidikan negara masa kini memerlukan para guru untuk menguasai bahasa bahasa inggeris dengan baik. Penggubalan semula KBSR dan KBSM untuk pelaksanaan pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris juga merupakan satu faktor utama mengapa penguasaan bahasa inggeris adalah penting kepada setiap orang guru. Untuk sentiasa mengekalkan penguasaan bahasa inggeris kita perlu selalu menggunakan bahasa inggeris untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja dan para pelajar

Guru juga perlu mempunyai daya kreativiti dan inovatif iaitu kebolehan untuk mencipta dan menghasilkan sesuatu idea baru, serta kebolehan mengubahsuai sesuatu idea menjadi lebih menarik

Kebolehan intelek akan kekal di dalam diri sekiranya kita menanamkan sikap ingin tahu. Sifat ingin tahu akan mendorong kita mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering berubah-ubah, baik dari segi sukatan kurikulum, mahupun kaedah mengajar
Kegemaran membaca membolehkan seseorang guru tersebut sentiasa menambah pelbagai ilmu pengetahuan . Pembacaan yang meluas dalam pelbagai bidang memberi keyakinan kepada kita untuk menyampaikam pengajaran dengan berkesan. Sifat suka membaca amat penting untuk meningkatkan kualiti professional keguruan.

Ciri-ciri guru berkualiti juga perlu sentiasa meningkatkan kemahiran pedagogi.Kualiti Pengajaran menjadi pengukur utama kepada tahap profesionalisme guru kerana mengajar merupakan “core business” guru terhadap pelajar.Kita semestinya menguasai pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran yang mutakhir. Di antara teori-teori pembelajaran tersebut ialah Teori Pembelajaran behavioral, Teori Pembelajaran Sosial kognititf, Teori Pembelajaran Kognitif , Teori Pembelajaran Humanis, Dan Teori Pembelajaran Konstruktivis.

Terdapat juga model-model pengajaran terkini yang dirancang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dijangkakan. Di antara model-model pengajaran yang perlu diamalkan oleh guru berkualiti ialah Model Pengajaran Expository, Model Pengajaran Pemerosesan Maklumat, Model Pegajaran Inkuiri , Model Pengajaran Projek dan Pembelajaran Masteri. Penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar untuk belajar akan mendatangkan hasil yang sangat memuaskan.


Berkualiti dari segi Kerohanian
Guru juga perlu memiliki sahsiah atau tingkah laku yang baik dan terpuji. Di antara ciri-ciri seorang guru bersahsiah yang baik ialah menjalankan tugas tepat pada masanya, ikhlas dalam menjalankan tugas, menghormati rakan guru serta pelajar, rajin dan lain-lain. Nilaitara sahsiah atau tingkahlaku yang baik ini adalah terkandung di dalam Etika dan Tatasusila Profesion Keguruan .

Guru juga perlu memiliki pegangan agama yang kukuh.Dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Negara , agama diletakkan di tempat yang tertinggi. Pegangan agama yang kuat akan menyebabkan seseorang guru itu menjadi bertanggungjawab terhadap tugasnya, berilmu , berprinsip serta amanah.

Berkualiti dari segi jasmani
Guru yang berkualiti sentiasa menjaga kesihatan diri.Kesihatan yang baik adalah penting agar dapat menjalankan tugas sebagai guru yang berkualiti sehingga tamat tempoh perkhidmatan.Kita hendaklah mengamalkan cara hidup yang sihat bagi mengekalkan kesihatan yang baik. Tubuh badan yang sihat tanpa penyakit memberi kelebihan kepada kita untuk berkhidmat dengan bertanggungjawab dan berkesan. Kita juga perlu mengamalkan pemakanan yang sihat. tubuh badan yang sihat dan cergas akan menghasilkan individu yang tajam pemikirannya dan ini akan membantu guru dalam menjalankan tugas dengan berkesan.

Sebagai seorang guru,guru tresebut harus menonjolkan penampilan diri yang baik Sebagai seorang guru, kita sentiasa diperhatikan oleh anak didik untuk dijadikan contoh tauladan. Cara berpakaian, gaya tutur kata dan tingkah laku kita mestilah menampakkan ketrampilan dan kewibawaan kita sebagai seorang guru yang berkualiti. kita perlu sentiasa berpakaian kemas bagi mengekalkan imej saya sebagai seorang guru yang berkualiti. Kita juga mesti sentiasa menjaga tutur kata dan tingkah laku agar menjadi contoh yang baik kepada pelajar.

Selain daripada itu, guru perlu memiliki kemahiran bercorak fizikal iaitu Kemahiran berkomunikasi dan kemahiran fizikal kemahiran komunikasi ialah semasa berhubung dengan pelajar, ibubapa , masyarakat dan pihak pengurusan sekolah. Kemahiran fizikal seperti mahir dalam sesuatu aktiviti sukan dan mana-mana unit beruniform bertujuan untuk melatih pelajar melibatkan diri dalam kokurikulum yang penting untuk pembentukan jati diri pelajar.

Berkualiti dari segi Emosi.
Sentiasa menghayati nilai-nilai murni ,norma dan Etika Perkhidmatan.Terdapat 12 nilai murni teras Etika Kerja Perkhidmatan Awam Malaysia yang juga dikenali sebagai tonggak 12 yang perlu diamalkan

Guru juga harus mempunyai pemikiran yang positif dalam menjalankan tugasnya iaitu menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar sebagai suatu ibadah tanpa sebarang alasan.



4 orang dah komen:

Ila said...

betul tu,jadi guru yg berkualiti bukan sebab tak dapat keje lain

ZORA said...

berkualiti dri segi emosi 2 yg pling pentg..kalo marah2 kat kelas, susah jugak pelajar nak ambil cakna..:P

Cikgu Vina said...

sy bangga menjadi bakal guru =)
sy dah folow belog awk =)

ienalina ismail said...

Jiwa pendidik biarlah datang dari hati yg ikhlas...ilmu yg ditabur jika diamalkan akan terus mengalir pahalanya.Subhanallah...indahnya kerjaya guru.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...