Tinggal 5 minggu lagi..

Semenjak hana berpraktikum nie, Kalau nak di campur semua praktikum. semuanya 6 bulan.Pejam celik pejam celik, lagi 5 minggu nak habiskan praktikum.bermacam-macam ragam / peragai murid Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran. Bukan setakat budak je guru-guru yang mengajar pun ada macam-macam ragam. Maklumlah nak mengajar murid Pendidikan Khas nie Kena la banyak bersabar, penyayang, empati, tanggugjawab, pandai memujuk dan banyak lagi.

Sebut ja Guru pendidikan khas, orang kata kerja mudah sebab tak da exam, balik awal, budak sikit (satu kelas 6 hingga 8 orang), ada alaun. kan? Cuba berada di kelas pendidikan khas selama 1 hari. Tapi 1 jam pun dah cukup untuk membuktikan yang Guru Pendidikan Khas memang hebat.

Buka senang nak mendorong murid Pendidikan Khas ni untuk belajar. Jadi gurulah yang memainkan peranan untuk menyediakan aktiviti pembelajaran yang menarik dan berkesan. Guru lah yang perlu kreatif mereka cipta bahan bantu mengajar yang menarik supaya murid mendorong untuk belajar.

Lagi satu aliran Pendidikan Khas takda buku teks berbanding aliran perdana. Segala sei pembelajaran 100% bergantung kepada cara penyampaian guru tersebut. A kata guru, A lah bagi murid. hah, baru teringat murid pendidikan khas yang tahap lemah, nak kenal atau sebut huruf A pun memerlukan masa yang lama.Seminggu? tak mungkin. Mungkin memakan masa berbulan-bulan. Kiranya suatu hari tu pelajar tersebut boleh sebut A. Itu dah cukup membanggakan guru. Bermacam-macam aktiviti guru tu cuba akhirnya murid tersebut barjaya sebut A. Baru huruf A..

Bermacam macam perkara yang hana tengok disebalik kerjaya Guru Pendidikan Khas di sekolah praktikum hana.Bukan setakat mengajar ja tapi boleh

- baiki siling
- baiki paip bocor
- baiki mesin liminat
- tebung dinding untuk letak alat pemadam api
- buat hiasan lanskap ( cendawan daripada simen )
- tukang masak (subjek kemahiran hidup)
- Tukang jahit (subjek kemahiran hidup)

Kerjaya Guru Pendidikan Khas memang mencabar yang paling penting banyakkan bersabar menghadapi murid-murid yang pelbagai ragam


sekadar hiasan

     p/s : lama tak update blog


2 orang dah komen :

Prettywrite said...

goodluck hana..semoga dapat menghabiskan praktikum dengan jayanya..:)
betul tu hanya org2 yang sabar jer mampu jadi cikgu ni..kerja yang sangat mulia..:)

Alex Irfani said...

kunjungan hangat.. kunjung balik ya. jangan lupa follow nya.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...