Kena cepat-cepat belajar Bahasa Sarawak


Kena cepat-cepat belajar Bahasa Sarawak sebab....

" Kitak bagi no telefon, ibu **** minta, pasal akaun BSN **** "
" Owh, ok ni no Hana ******** "

Gelabah mamat dah masa tu. Bukan sebab masalah mengenai akaun tapi masalah nak bercakap dengan ibu ****. Macam mana kalau dia bercakap Bahasa Sarawak.. Aduh..

Biar Hana je lah yang call ibu ****. tarik nafas..Bismillah hir rahman nir raheem...Hana pun call ibu ****

Ibu A**** : Hello. Cikgu Nurul?

Hana : Ya, saya.Saya cikgu kepada ****. Mengenai akaun bank tu. Sebenarnya...

ibu mencelah

Ibu ****        : Kamek sik ada akaun BSN.. bla bla bla..

Hana mencelah

Hana : Erm.. macam ni Akaun ni perlu untuk..... bla bla bla

Ibu ****    : Bank lain sik dapat?

Hana : Sik dapat. Bsn juga untuk urusan .....

Ibu ****   : Bla bla bla kami.....ayah... bla bla bla

Hana : Ya.. sebelum cuti kalau boleh. Tapi kalau sik dapat, sik apa

Ibu ****   : Ok terima kasih

Daripada perbualan telefon antara Hana dan ibu tersebut, suku daripada percakapan ibu sahaja yang Hana faham. Yang lain Hana Auk auk saja. Kalau si ibu cakap satu persatu secara pelahan mungkin Hana boleh faham lagi kot tapi cepat pula dia cakap.

Kamus Bahasa Sarawak
auk = ya
sik = tidak/tak
sik ada = tiada
kamek = saya
madah = cakap

P/s : Ibu **** panggil Hana Cikgu Nurul. Sweet betul hehe



33 orang dah komen :

boni kacak said...

nurul, kena belajar cepat2 tau bahasa sarawak ni,hahahha :P

Kumbang Jingga said...

oo hana kt kucing...dulu ada kawan oghang saghawak..bahasa swk tau mcm paloi, ngegeh, kacak, bulak pusak dan manok..lain2 dan tak ingt hehe..

Sigaret Perisa Kafein said...

lama2 nanti pasti terbiasa klaka swk. yg asas seperti, sik, kmk, ktk, madah, itu harus biasakan.

-AsaSiaga-

Khalilah said...

Kadang2 loghat sendiri kita dengar pekat lebih pun boleh macam "eh tersalah dengar ke ape?" hehehe jadi hrp lepas ni hana boleh teruskn belajar & sesi mgajar kitorang loghat orang sarawak ;D

Khalilah said...

Kadang2 loghat sendiri kita dengar pekat lebih pun boleh macam "eh tersalah dengar ke ape?" hehehe jadi hrp lepas ni hana boleh teruskn belajar & sesi mgajar kitorang loghat orang sarawak ;D

Zawiah said...

tak per . perlahan - lahan . nanti jadi biasa la tu ... heheheeee

Nick Nashram said...

hi cikgu nurul..
nama baru tu..huhu
untung jugak dapat sek kat sana.
at least dapat belajar bahasa baru.
tiket blk dah beli?
kwn sya kt sana blk 2hb.

Unknown said...

ehh..cikgu hana di sarawak rupanya..:)

Unknown said...

hahaha.. kalau kat kuching rasa macam bahasa swak lagi pekat dari tempat sy.. kadang2 ada jugak pkataan yg sy pun blank apa maksudnya.. haha..

Annamariana1989 said...

hahhaha, mau nya gelabah cakap bahasa sarawak kan..
anna org cakap bhsa kelantan pon anna dah garu kepala.. hihih..
btw, nice sharing :)

Maria Firdz said...

kejap je nih.. nnt pasti berapi cakap srawak.. hehe

Tedi {interpretZZ} said...

Kak Nurul apa kaba? Kamek dtang lawat Kak Nurul sinik. hehehe

hana hadi said...

@Tedi
Kemek di sitok baik-baik selalu :P
betol ka macam tu.. hehe

hana hadi said...

@aisya haa orang sarawak.. boleh ajar hana klakar sarawak :)

hana hadi said...

@Nick Nashram sematutnya nak beli 2hb tapi ada masalah teknikal.. jadi hana balik 3hb. hehe

hana hadi said...

@Kumbang Jingga
kadang2 perkataan tu membawa maksud yang lain bagi di semenjung ni. hehe

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Kena belajar bahasa serawak la yea. :-)

emarieys said...

yg tahu kamek kitak saja...hehehe

Kakzakie Purvit said...

Kena 2-3 tahun Hana pulak terikut gaya dia bila balik semenanjung:)

Payah juga ye Hana...

Tinta Lana said...

Salam.

Loghat, bahasa apa pun, kalau dah ckp laju2, mmg tak dpt tngkap hana.

Kdg2 ckp dgn guna bhsa mlyu biasa pun, kalau ckp mcm bullet train, terus jdi blur,huhu

Untung hana, dapat belajar bhsa n budaya sana :)

el said...

pasni tererlah hana spekin sarawak
k.el ni kamek je tau yg lain2 x hahaha..caner berpuasa di sn..ceritalah

Dayang Deno said...

Wah nanti fasih la hana cakap sarawak ya.... :)

ANISRAHIM said...

auk...jauhnya hana tercampak hehe ade sorg dua kawan anis dpt kat sabah. pedalaman, byk jgk dugaan kat sane dorg cite.

hana hadi said...

@el

nanti hana buat entri. seminggu sebelum raya ka.. :)

Unknown said...

nurui, auk aukk hehe
mmg sy tak penah hadapi org ckp sswk lg hee

Anonymous said...

wahh best nih..mas mmg xfhm lgsg bhsa serawak.jga dri lok2 yea hana.

CIKGU NAMAN said...

moga cepat master bahasa sarawak untuk memudahkan kehidupan di sana..hehe

CIKGU NAMAN said...

moga cepat master bahasa sarawak untuk memudahkan kehidupan di sana..hehe

Mizz ErMa said...

erk..pekat jgk tu bahasa sarawak..mmg kena belajar betul2 la..hehe

Fais-SKA said...

he3 kelakar la pula =) msti pening..xpe, mula2 je 2..

Amalina Lee said...

Yeay dpt belajar bahasa Sarawak hehe ;p *selamat berpuasa!

Cik Itah said...

susah nak paham bahasa sarawak ni apatah lagi nak belajar hehe apapun gud luck Cikgu Hana :)

Aimacomel said...

aduhh kamek pun xpahe ler hana. hehe, lama lama sat gi paham ler tu =]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...