KAMI di Miri


Perancangan di buat sebulan lebih sebelum ke rumah classmate di Miri.. KAMI rakan sekelas Pendidikan Khas IPG Kota Bharu mengadakan reunion dan pada masa yang sama KAMI menyambut Raya Haji 2013 di sana. Niat di hati nak berjumpa dan bersama dengan kawan-kawan selama 3 hari 4 malam.. Waahh sweetnya ayat Hana kali ni. hehe Antara aktiviti KAMI di Miri :-

Tengok wayang Escape Plan


Sepatutnya 3 orang nak tengok cerita lain tetapi takdir menyatukan KAMI untuk bersama-sama tengok cerita yang sama.. hehe "Korang kena terima kenyataan yang kita tak boleh berpisah"

Taman Buaya dan Mini Zoo


       
Banyak moment sweet kat sini.. "Korang memang sepadan ok"

Hutan Hujan Tropika


         
"Mungkin bukan rezeki kita". Masing-masing dah berkereta siap ada nama manja untuk kereta lagi. Ku dengan 'Si White'nya. "Next destination Kota Kinabalu right?"

Atas bukit


Tak sangka kan ada di antara KAMI pakai baju patern dan warna yang sama. hehe kuat betul ikatan persahabatan KAMI.

Makan, makan dan makan


            
Masa makan ni lah, banyak gelak ketawa lebih-lebih lagi bila ada 'ayat baru' dari KAMI. "Eeee... Stress rasanye" "sakit pula hati kite" Hana ingat ayat ko fiq. Si Im  pula "Hana rasa apa bila .......?". "Akak ayam ni di penyet dengan apa?""akak, bagi saya nasi ayam yang dah dipenyet" KAMI tetap tak berubah masih macam dulu yang sporting dan gila yang entah apa-apa..hahaha Betul kata Si Nad "Kita ni tak sama macam kelas-kelas yang lain" 

Pantai


      
"Cayalah korang" memang sangat cantik pemandangan kat sini

Persiapan Hari Raya Haji


Malam tu macam-macam cerita yang keluar dari mulut KAMI. Imbas kembali masa belajar di IPG. Cerita masa program Bina Insan Guru (BIG). "Korang ingat tak Hana terjun dan berenang dalam Tasik Kenyir time kayak""Macam mana ko boleh terjun dalam tu Hana". Maaf korang Hana tiada jawapan untuk ituKorang ni boleh pula ingat kisah tu. Terus otak hana terbayang balik kisah tu. Hahaha Lawak betul...

Hari Raya Haji


         
Tak teringat langsung Hana nak bawa baju kurung. huhu Hari ni juga hari perpisahan kami buat sementara waktu. Esoknya nak sekolah sudah.. Bila pula kita dapat berjumpa lagi..


27 orang dah komen :

Anum said...

seronoknya

Mel said...

Time belajar la waktu seronok jalan2 dengan member..nanti dah kerja, memang tak berapa ada masa..

Lain kali mai la datang rumah akak..Leh kenal2.Tengah2 antara btu-miri je. ^^

Chris Avilla said...

Wahhh.. sempat melancong ke Taman Buaya. Wow..

Mun said...

wahh meriah dan seronok...

Cik Itah said...

seronoknya mereka ..btw salam aidiadha ya Hana :)

adarain said...

bestnya dapat berjumpa dengan kawan2x semua. mesti happykan..

Vee said...

sian hana , hari raya orang pakai baju kurung ...mmg happening lah

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Beraya sakan yea, tapi kurang jugakna sebab baraya di tempat orang.

Unknown said...

hana ke miri driving ke?kalau driving singgah le Bintulu..boleh jumpa.. :)

Unknown said...

bestkan bila jumpa kawan lama. teringat kembali kenangan lama..

Azlan Strider said...

pemandangan kat pantai tu cantik giler..pandai photographer dia amik gmbar..hehe

Regards,
-Strider-

Unknown said...

datang Miri pergi makan burger kt KFCK tak? hehe

Fais-SKA said...

terasa meriahnya bersama kawan2 kt sna =) nmpak mcm Hana pun dah suka sgt dgn Sarawak tu..lepas ni cubalah daki gunung kinabalu pula..best je tgok orang lain mendaki atas gunung tu

ohpanduan said...

Best berjalan di Miri yea, meriah tu..

Unknown said...

meriah laa hana..best nyer....:D

emarieys said...

wow, persahabatan yang sejati..

dariilhamkehati said...

terbaik , memang kenangan terindah , CP entah bile nak bwt reunion macam nih tah , dlu pernah nak bwt reunion ngan kawan sekolah, alih2 , bile berjumpa , kebanyakan bwt2 macam tak kenal, CP rasa serik lak nak join reunion lagi...

Unknown said...

Tak rsa berjauhan bila ada ramai kawan2 rapat. Seronok tgk..

ayut said...

bila dpt geng 1 kepala mmg best...duduk je ad je nk dicerita..ad je ayat nk kuar :D

Maria Firdz said...

seronok dpt tgk tmpt org kn.. :)

Unknown said...

wahhhhh..terasa riang ria nya hehe

nae nematoda said...

macam best je :D

Mat Som Sadona said...

Wah meriahnya Hana.....!
Dan dpt jumpa semula kawan2

Selamat bercuti panjang tak lama lagi.

Nurrul Hazieqah said...

Seronoknya akak gi miri !! kamik tak pernah jejak sana lagi..

sapit saronii said...

yg tgkp gambr tu pakai jubah kelabu, pakai kopiah..muke chubby ket.. haha... dia tgkp gmbr pantai...

anisa said...

slam kenal gan

kucokelat said...

hmm.. dh habes blaja nii susaH nak ader gmbo ramai2 dh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...