Bila tiba musim cuti sekolah
Bila tiba musim cuti sekolah, banyaklah kad-kad jemputan yang mengisi peti surat rumah. Sampai Hana tak berkesempatan nak pergi. Tarikh-tarikh pun sudah di booking untuk program sendiri. Buat masa ni yang ada satu majlis perkahwinan yang Hana confirm pergi."Housemate I will attend your wedding :)"
Apa-apa pun tahniah Hana ucapkan kepada kawan-kawan yang telah mendirikan rumah tangga. dan tidak lupa juga yang sudah bertunang pada cuti. Yang bakal bertunang tu. Tahniah juga di ucapkan. Tak sampai seminggu cuti, dah 5 6 orang dah berubah status. Belum 2 minggu cuti lagi tu.Hehehe
Bila tengok kawan-kawan dah mendirikan rumah tangga, Hana boleh relax lagi. Tak kisah pun, kita habiskan kenduri akak-akak dan abang-abang dulu :P Tapi bila tengok kawan-kawan yang dah ada baby, rasa macam "Eeee... geramnya, macam nak ada baby sendiri". Nampak tak kuasa baby di situ. hahaha
Bawah ni gambar kawan-kawan Hana dari IPG Kampus Kota Bharu dan sama batch dengan Hana.
Kedua-dua pengantin ni kawan sekelas Hana tau :) Tahniah Epie dan Fifie. Sweet korang kan. Lepas ni siapa pulak agak-agaknya kan..
Selamat bertunang Syafiq :) Kawan sekelas Hana juga. Hana doakan semoga majlis Syafiq berjalan dengan lancar nanti ok.
She is my classmate. Rowena a.k.a Wen and her fiance,Naya. Congratulations both of you.. All the best for preparation for the big day!!!
Pengantin perempuan dan pengantin lelaki
Cikgu Fatin a.k.a Tina. Seorang cikgu Muzik. Muka familiar di kaca televisyen. Tak kenal? Klik SINI dan SINI. Pengantin lelaki senior kami. Cikgu Abbas. Pemilik blog Chegu Abbas
Pengantin perempuan
Cikgu Muzik. Yang interframe belakang tu Kawan-kawan Hana juga
Pengantin perempuan dan pengantin lelaki
Majlis akad nikah. Cikgu Bahasa Melayu. Tak pasti pula sekelas ke tak diorang ni
P/s: Ehem.. bila rakan blogger nak update pasal majlis ek..
9 orang dah komen :
bnyak betul orang kawin..cuti sekolah time sesuai la diaorg nak pilih..hehe
cuti ni berderet dengan majlis kawen..hana punye sila cepatkan..nak p ni..hehe
nampak ku hanifas kt situ..
bila tiba waktu cuti sekolah, byk la dpt kad2 jemputan kahwin.
@Nick Nashram
haa nampak ku di situ. hehe uik, nick sila percepatkan dahulu majlis ye. hehehe
haaaa tau xpe kan~ member2 sy pun ramai betul yang bagi kad..
Hana kena cepat juga macam tu. Dah jumpa yang berkenan dihati bawa jumpa keluarga. Insyallah jika jodoh kita, mudah sahaja Allah buat urusan agar kita dapat berkahwin dengan beliau. Buat istikarah sebaiknya juga. :-)
lepas nie cikgu hana pulak..hehehe
salam. banyak sungguh majlis kahwin kan hana :))
Biasa la tu musim cuti sekolahkan. Penuh la majlis kenduri kawin ni merata2.