Ber 'Chim Chum' bersama housmate

Apa itu Chim-Chum? Chim Chum tu sejenis makanan ala-ala steamboat / yong tau foo / celup-celup atau lain-lain lagi :P


Walaupun gambar nie gelap.hana nak jugak upload sebab ada gambar hana.hehe Mana la hana kan.. Macam biasa hana mesti pakai baju warna hijau.lengan putih.hehe


Haa tu la namanya chim chum.
Hana sebagai photographer, Masak memasak bukan kerja hana ok..Hana tau makan je.

Zoom sikit


Semua pakat berdiri nak masak.lapar agaknya tak makan tengahari sebab nak ber'chim chum'.Korang nak masak rebus pun boleh bakar pun boleh. ikut kesedapan korang.

Harga chim chum nie ikut kepala. Kalau kepala ketam mahal sikit. Aiseeh.. Kepala ketam la pulak..hehe. 1 kepala orang RM16.50. Ikut korang lah nak ambik apa pun janji perut kenyang. Bukan setakat nie je makanannye. Ada nasi putih, nasi goreng, me goreng, lauk ayam paprik, bubur kaung, pulut pauh, ais-cream, buah tembikai dan banyak lagi



Gambar ni hana mintak pelayan tu tolong snap kan.hehe

Jom kita serbu restoran nie..



2 orang dah komen :

Prettywrite said...

dok lalu saja jer kat chimm chum ni nak singgah tak jadi2 lagi..
16.50/head..kira bulih makan apa2 je la hana?mahal jgk dih kalo nak treats family sini..haha berkira..

Hanif said...

Pertama kali dengau Chim Chum...hemmm best ni!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...