Lilin ?
Leganya dah siap satu xsignment..Tu yang terus update blog. Padahal tak tau nak update apa.huhu
Sebenarnya tak terasa lapang lagi nie. Semenjak berpraktikum,kerja bertambah-tambah. Kesian hana tengok blog nie tak ber'update'
Nie ja yang mampu hana update. Itupun Entry yang belum di post 3 minggu:)
LILIN
Sejam dalam kegelapan, Hana dan Syifa (adik) ditemani 5 lilin nie ja. Empat daripada lilin tersebut adalah lilin yang kecik tu. Dan sebatang lilin hiasan.hehe dah tak ada lilin pakai jalah lilin hiasan tu
Tiba-tibe terpikir pasal nie
Guru,
kau bagaikan lilin
menerangi alam
tanpa mengira diri yang terbakar
menghiasi kamar
tanpa memperdulikan pengorbanan jiwa..
mengharungi pahit getir
kehidupan di hujung dunia
memberi inspirasi & keyakinan diri
kepada para pelajarnya
melakari pelbagai jiwa yang mentah
dan muda
mencabar minda dengan satu tujuan
agar suatu hari nanti
pelajarnya berjaya
1 orang dah komen :
Guru ibarat lilin,menerangi orang lain :) Banyak pengorbanan guru ni :)