'Thank You Cikgu! Giveaway by Mala Nasohah


Giveaway yang menarik. Syarat-syarat GA boleh klik banner di atas yee

Erm.. macam mana nak mulakan ek..

Tadika Bunga Raya - 1 tahun
ABIM -1 tahun
Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir - 6 tahun
Sekolah menengah Kebangsaan Sungai Pasir - 3 tahun
Sekolah Menengah Teknik Seberang Perai - 2 tahun
Institut Pendidikan guru Kampus Kota Bharu - 5 tahun 6 bulan

jumlah : 18 tahun 6 bulan

18 TAHUN 6 BULAN

Satu jangka masa yang panjang untuk Hana sampai ke tahap sekarang iaitu bakal Guru Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Insyaallah

Hana nak ucapkan terima kasih kepada guru-guru yang tak pernah jemu mengajar hana. Guru kesayangan? semua guru hana sayang. Hana berharap suatu hari nanti Hana akan menjadi guru yang penyayang, tabah dan bersabar apabila mengajar kelak. Segala ilmu yang di beri akan hana curahkan kepada anak didik hana nanti. 

Selain daripada keluarga, guru lah orang ke dua yang akan mendengar segala rintihan dan keluhan hana. Terima kasih cikgu kerana mempunyai masa dan memberi peluang untuk hana meluahkan perasaan kat cikgu

Sayang Cikgu

Tiba-tiba teringat lagu.
 


Lagu nie dapat menunjukkan bahawa 
KITA AKAN TERKENANGKAN GURU WALAUPUN KITA DAH BESAR
GURU SUMBER INSPIRASI
GURU MENJADI ROLE MODEL KEPADA ANAK BANGSA

Ada lagi nak tambah??

Sekian sahaja luahan hati hana kepada guru-guru di luar sana


2 orang dah komen :

Prettywrite said...

ya lagu tu memang best..hehe..hana memang deserves to be a teacher..goodluck..:)

FEDO said...

hari guru menjelang tiba.... tak lama lagi... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...