Praktikum Fasa 3 di SID Dalam Kenangan


Tamat sudah praktikum 3 bulan  di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim Dua, Pasir Mas Kelantan. Dah mula rasa rindu kat anak murid kesayangan. Terbayang-bayang telatah diorang. :) rindunya cikgu kat korang semua..

Faris dan Aina Syafikah. Faris kelas sebelah tapi bila hana mengajar dia nak masuk kelas hana.hahaha Aina pelajar baru.Seorang yang peramah

Nur Aina Natasha. Panggil Na. Anak murid kesayangan hana. Dia kata nama hana dan dia sama. hehehe. Pada mulanya sukar sikit hana nak faham apa yang dia kata maklumlah masalah dia nie menyebabkan dia menghadapi masalah dalam pertuturan. Tapi lama kelamaan, hana dah faham apa yang Na kata. Dia suka di puji dan suka sangat tiru cara cikgu mengajar

Bahan bantu mengajar yang berkesan sebab ada muzik dan pergerakan. Bahan nie juga dapat meningkatkan daya tumpuan murid dan kordinasi mata dan tangan. Main la anak-anak yee nanti nak belajar pula.

Subjek yang diajar di kelas ni adalah Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni Visual. Mula-mula memang susah nak kawal tingkah laku diorang nie. Tapi sejak hana perkenalkan peneguhan positif, tingkah laku negatif dapat dikurangkan

Hahaha anak murid hana yang snap gambar nie. Budak-budak zaman sekarang terdedah dengan teknologi kan.. pantang tengok laptop, kamera dan handset mesti nak pegang.

Syamil dah Hafiz. cute jee

Syamil dan hana memang rapat sebabya kami suka kucing. cerita lah apa-apa pasal kucing mesti dia suka. Lagi-lagi kalu pasang video kucing. kusyuk giler.

suka melawak ganas.. Kekadang risau juga dengan keselamatan diorang.

Subjek Seni. Seronok diorang main doh. Doh ni dihasilkan mengunakan tepung. Hana mintak diorang buat haiwan mengunakan doh. Nampak tak haiwan dekat atas meja tu.. dibuat dari doh la tu.. pandai anak-anak cikgu buat haiwan dari doh kan.

 
 Pandainye...

Lawatan ke TESCO

Ikut cikgu buat yee..

Sukarelawan dari Jepun.

 
Hehehe walaupun praktikum. Hana dijemput untuk bergambar jugak..

Hari terakhir praktikum.

Dapat cenderamata dari pihak sekolah dan guru pembimbing.

TQ kepada warga Sekolah Kebangsaan Sultan Ibbrahim Dua (SID) kerana menerima kami untuk berpraktikum di sini. Memang best sangat


5 orang dah komen :

ZORA said...

tahniah2 dapat cenderamta...:P

Hanif said...

cikgu Penyayang
Vote Me For Blogger Of The Year

Prettywrite said...

comel jer cikgu dengan anak2 murid ni..nampak sangat hana penyayang dengan budak2..hee..tahniah dah tamat praktikum..:)

LaLa mhdnor said...

comel la Syamil tu :)
Lala pun nanti jadi cikgu, tp cikgu sementara je
hehe

Unknown said...

comel je budak2 main tangkap2 ikan tu. ehhee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...