Hari Raya 2013 Guinness Book of World Records
Seriusly memang Hari Raya 2013 boleh masuk Guinness Book of World Records sebab Hana tak beli segala kelengkapan Hana termasuk baju raya..Hehehe. tak sempat nak beli sebab jadual Hana dah tersusun untuk aktiviti lain.. Entri raya pun Hana tak sempat nak buat.. Tapi sempat juga Hana blogwlking wish Selamat Hari Raya di blog korang kan kan :)
Jom check it out jadual Hana sebelum menjelang Hari Raya 8hb Ogos
Sabtu 3hb Ogos
Malam 3hb Hana dah bertolak dari Kuching ke Penang. Entri first time berbuka di dalam flight akan menyusul nanti :) Tapi Hana tak terus ke airport. Pagi dan petang ni Hana jalan-jalan di Kuching ibu negari Sarawak..
Sampai Penang. jalan-jalan Penang pula.. Penang memang meriah ditambah dengan jem. hehe Memang hari tu Hari Jalan-Jalan Sedunia
Ahad 4hb Ogos
Sampai rumah di Kedah. Banyak masa di habiskan dengan sembang-sembang dengan family. Hana ingat Hana orang yang terawal balik rumah. Rupa-rupanya adik beradik lain dah sampai awal. Best berkumpul 5 beranak berbuka puasa di rumah.
Isnin 5hb Ogos
Reunion a.k.a berbuka puasa dengan ex form 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir.. Lama kami tak jumpa kira-kira 8 tahun macam tu. Sembang di restoran tu sampailah kami ubah haluan ke Park Avenue Bowling Centre. Hana sampai rumah kira-kira pukul 10.45 malam. Lewat juga bagi Hana tapi tak salah pun.. 8 tahun tak jumpa jadi banyak cerita yang nak dikongsi.
Credit to : Kawan
Selasa 6hb Ogos
Hana balik kampung seorang diri.. Hana bermalam di kampung.. Kemas-kemas apa yang patut untuk menyambut Hari Raya..
Rambutan tu macam memanggil Hana suruh di makan.. Kalau tak puasa dah lama Hana ngap..
Rabu 7hb Ogos
Family datang kampung untuk berbuka puasa kat sini. Masa ni meriah betul sebab 2 family besar berkumpul. Dalam pukul 10 malam Hana balik rumah. Sempat juga Hana lalu dekat bandar Sungai Petani. Pergh.... last-last minit orang bershopping di jam besar tu.. Tapi cantik pula Hana tengok sebab dihias dengan lampu-lampu yang berwarna warni..
Khamis 8hb Ogos
Selamat Hari Raya !!! Hana bertolak ke Perak. kampung satu lagi..
See.. tak sempat nak beli baju raya.. Pakai ja apa yang ada..
Apa-apa pun.. nikmatnya makan masakan utara. Masih berjinak-jinak dengan masakan Sarawak.
P/s: Aktiviti blogwalking bermula.. Tak sabar nak baca entri raya korang..
36 orang dah komen :
masa kecik dulu , tak ada baju raya , tak nak raya terus...hehehe
Selamat Hari Raya utk Hana & Family..
oooo..bgs aktiviti sblm beraya 2..
selamat hari raya hana :)
tahun ni pon baju raya kite tak siap. huaa ! tp x kisah sgt baju tahun2 sudah boleh je pakai lagi. hihii
mcm2 citer..hiih..
jom2 bw..
8 tahun tak jumpa..lama tu ..
btw , salam ke-5 syawal Hana :)
aktiviti yang padat menjelang raya yer hana. Yang penting dapat beraya bersama keluarga kan :)
selamat hari raya hana!dh try mee kolok & mee pok ke?sedap tau..nnti cuba la kt sarawak.. :)
xpa, raya haji nanti gaji dah bnyk msk dah..bole beli baju raya baru yg cantik2 :)
@Niesa
mee kolah sudah. tapi mee pok tu apa? xpernah dengar plak.. laksa sarawak sedap.. hehe
Salam lebaran. :)
-AsaSiaga-
sibuk tahap kaw2 neh =) kt sana sibuk..blik kg pn sibuk juga..cikgu yg aktif ni..Salam Syawal cikgu..maaf zahir dan batin
ala, ksian dia xde baju raya.. tapi xpe, pakai je apa yang ada :)
dah wish ke belum kat hana ek???
hehe...xpe2..
SElamat Hari Raya hana!!! Maaf kalau ada salah silap tau :)
pakai inai tu. kawen ke
Salam Eidil Fittri.. aktiviti hari raya adalaha makan jem..hehehe
kami kat perak ni huuu
slmt hari raya anna :)
salam
Lawatan ptg tirana aduka
selamat hari raya buat Hana dan keluarga.. ;)
non stop berjalan je dalam entry ni.. ;)
kalo baju dah byk, x perlu beli baju raya. recycle je blk baju raya thn lepas. hehehe...
selamat hari raya aidilfitri.
sedapnya rambutan!
Slmt hari raya maaf zahir batin hana..
bestnya smpai masuk guinnes record tu :)
hi cikgu hana,
selamat hari raya
tak buat apa , x semestinya x bole raya kan...chill hana
dah besar2 ni, kalau takde baju raya pun tak kisah sgt sebab dalam almari tu byk lg baju boleh guna. tp belum pernah experience lg.
#selamat hari raya :)
berjalan sakan tapi tak sempat pulak nak beli kelengkapan utk raya.. hehe.. takpe, yg lama mesti boleh pakai lagi kan? :)
hehe..xbeli baju baru pon xpa.. janji ada baju..pakai baju kan..kan..
selamat hari raya :)
haz pn beli bju rya last minute. tu pn sempt beli 1 je. yg lain recycle blik. hahha selamat hri raya!
wah2.. memang busy la hana.. knp x shopping je masa jejalan tu? hehe..
selamat hari raya..
@Cik Kay Jue
xboleh camtu.. shoping shoping kalau jalan-jalan memang jalan-jalan.. hehe shoping kena take time.. xbest kalau beli time kita bz :)
akak pun xde baju raya.raya kat kl xbalik perak pun tahun ni...tapi sakan la pi sana sini,fully utilize cuti raya 4 hari...hehee:)
Dah jadi orang jauh dah die :)
yui sggh mlm ya..
Salam.
Tahun ni pun hana, lana pakai baju recycle.. siap pakai balik baju dinner masa study kt uitm, 3-4 thn lepas punya,hahaha
Baju baru, kasut raya pun ada, tapi tak pakai pun..last2 pkai selipar,ekeke
Ooo..hana ada jugak family belah perak ya.. ^_^
Wah. Pnjang betul perjalann.. Pnuh aktivit.. X smpt lgi nk up entry psl raya..
@Tinta Lana
baju dinner pun hana buat baju raya tapi xpakai pun masa raya.. hana pakai baju masa mengajar di sekolah. hahaha
kasut 2 tahun lepas dan 3 tahun lepas elok lagi..hana pun pelik nama rosak2 ni.. sebab nak beli kasut baru.. :P tapi nasib x rosak tahun ni.. kang raya pakai kasut hitam bertutup tu.. haha
tak ada baju raya...tak semestinya tak boleh rayakan...