KAEDAH INTERVENSI UNTUK KANAK-KANAK SINDROM DOWN
-->
Pelbagai kaedah intervensi awal yang boleh diikuti kanak-kanak yang mengalami sindrom down untuk meningkatkan potensi dan kefungsian mereka. Yang pertama terapi pertuturan. Lazimnya alat artikulasi kanak-kanak sindrom down perlu dipastikan tidak mempunyai masalah untuk menjalankan terapi pertuturan. Terapi ini dijalankan dijalankan secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan kanak-kanak tersebut. Mereka akan diajar untuk mengeluarkan bunyi dari peti suara mengikut huruf-huruf yang mudah dengan melaksanakan aktiviti permainan bahasa yang menarik. Guru pula perlu menarik perhatian kanak-kanak sindrom Down sebelum bercakap dan tidak terlalu banyak bertanya
-->
Dalam aktiviti pengajaran pula, guru perlu sentiasa menggunakan ayat pendek dan bahasa yang mudah difahami. Hal ini penting untuk merangsang kanak-kanak Sindrom Down untuk belajar. Pendekatan melalui aksi dan lakonan juga boleh membantu mengotimumkan proses pembelajaran. Selain itu, segala aktiviti yang dilaksanakan tidak boleh secara berterusan dan bergantung pada masa yang sesuai iaitu ketika mereka masih segar dan aktif. Guru juga perlu menumpukan satu pengajaran sahaja dalam satu-satu masa supaya murid diberi masa untuk memahami isi pengajaran tersebut. Peluang untuk berinteraksi dengan kanak-kanak Sindrom Down juga perlu diaplikasikan dengan memberi tindak balas terhadap setiap percakapan mereka.
Selain itu, terapi cara kerja merupakan satu kaedah yang digunakan untuk membantu kanak-kanak Sindrom Down. Kaedah ini digunakan dengan melatih kanak-kanak ini dari segi kemahiran pergerakan motor, pengurusan diri dan sebagainya. Kanak-kanak ini diajar cara-cara untuk makan, minum, melompat, berlari, berjalan, mengesot, mengiring, memakai pakaian, meniarap, menyayi, menari dan sebagainya. Latihan pergerakan motor kasar dan halus dilakukan berbeza. Pergerakan motor kasar dibuat dengan menggunakan alatan yang besar seperti penggunaan bola untuk melihat kemahiran mereka dalam membaling dan menangkap bola, bersukan dan sebagainya. Pergerakan motor halus pula dilaksanakan dengan menggunakan alatan yang halus dan kecil seperti memasukkan benag ke dalam jarum, menggunting kertas, membuat bahan kraftangan, melukis lukisan yang mudah, melorek dan menyusun bongkah dan sebagainya.

Seterusnya, penilaian dilakukan terhadap kebolehan sosial kanak-kanak Sindrom Down. Hal ini berkaitan dengan kemampuan mereka melakukan sendiri perkara-perkara berkaitan penjagaan diri dan pergaulan. Dalam konteks ini, guru perlu memastikan kanak-kanak Sindrom Down mempunyai kebolehan makan sendiri, ke tandas sendiri, dan menjaga kebersihan diri serta dapat mengikut peraturan yang ditetapkan. Mereka juga harus diberi peluang untuk meluaskan pergaulan, berkawan, dan berkongsi barang atau pemainan. Penerapan nilai murni seperti menghormati guru dan menghargai orang lain juga merupakan aspek utama dalam program intervensi ini.
Perbandingan perkembangan kanak-kanak Sindrom Down dengan kanak-kanak normal dapat dikesan berdasarkan kepada perkembangan tinggi, berat, mental, bahasa dan kemahiran kendiri. Setiap perkembangan pada setiap aspek ini menunjukkan bahawa kanak-kanak Sindrom Down mengalami perkembangan yang lambat berbanding kanak-kanak normal. Semakin meningkat usia mereka, kadar pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak sindrom Down semakin terbantut. Keadaan ini amat berbeza dengan kanak-kanak normal yang mengalami proses perkembangan bagi setiap peringkat umur. Kesimpulannya, kanak-kanak Sindrom Down mempunyai kelewatan perkembangan berbanding dengan kanak-kanak normal.
1 orang dah komen :
Assalamualikum... saya mohon share input di blog awak. Harap dibenarkan share ea :)