Murid Hyperaktif
Kebanyakan murid hyper ini petah berkata-kata, tutur dan percakapannya lebih tersusun berbanding murid normal yang lain. Dalam situasi lain pula dilihat ketika belajar, murid lebih banyak bermain dan mengganggu rakan sebaya tetapi jika disoal, murid dapat memberi jawapan yang tepat dan maklum balas yang lebih baik berbanding murid normal yang lain.
Murid hyperaktif memang sukar dikawal tanpa ubat. Namun, adalah lebih baik sekiranya guru atau ibu bapa di rumah dapat mengawal tingkah laku murid hyper ini dengan cara yang lebih berkesan dan tanpa ubat-ubatan. Sebab itulah dikebanyakan kelas khas, majoriti gurunya sangat tegas.
Tegas bukan bermaksud sangat garang atau hendak menakutkan murid. Tegas yang saya maksudkan adalah untuk lebih mendisiplinkan murid, mengawal tingkah laku murid yang aktif, mengajar murid supaya lebih menghargai, dan menghormati suasana persekitaran termasuk rakan sebaya, guru, ibu bapa dan orang lain.
Murid hyper perlu diberi perhatian secara individu. Dengan mengekalkan murid dalam kelompok yang besar (sebuah kelas biasa) akan menyukarkan sesi pengajaran dan pembelajaran.
0 orang dah komen :