Pengalaman melihat hantu

Masa form 4, hana terlibat dengan satu kem nie.Kem nie bukan under sekolah tapi under Kelab. Kelab nie ala-ala kelab remaja kiranya tak terikat dengan peraturan. Kem di jalankan di salah satu pulau yang terletak di Pulau Pinang.Memang best sebabnya kami seramai 12 orang (rasanya kot) mendaki bukit, curam, untuk sampai ke pulau tersebut.

Seperti kem-kem sebelum nie. hana memang tak tidur. Bukan takut or susah nak tido di dalam khemah tapi mungkin sebab seronok dan ingin menikmati keindahan malam. Kekadang baring di tikar berbumbungkan langit ja. Kiranya bebas la ikut la nak pi mana pun masing-masing dah besar kan.Kekadang kena beringat jugak.


Tempat kami berkhemah depan pantai, jauh di belakang ada satu pondok. dan belakang pondok tersebut ada pokok-pokok nak kata hutan tak juga.di sebelah pondok tersebut ada rumah kosong. di sebelah rumah kosong ada rumah yang berpenghuni (kekadang ja orang tu ada kat rumah
), menurut senior (orang besar dalam kelab tersebut). kalau nak terkucil ke kami gunakan tandas dekat rumah kosong tu. Tandas tu di tepi rumah kosong



Nak dijadikan cerita

Aktivi malam tu tamat agak lewat. Lepas habis aktiviti tu kami 6 orang duduk berehat sambil bersembang-sembang kosong ja..Ada seorang senior nie secara diam-diam ajak kami untuk tengok hantu. Hana nak. Bukan berani tapi nak mencuba. Tanpa pengetahuan 6 orang lagi tu, kami 6 orang di minta tunggu lewat malam sikit dalam kul 2 3 pagi kot. Yela nak tunggu yang lain-lain tidur kan.hehe. Semua dah tidur, tinggal 6 orang je. Kami pun memulakan aktiviti sampingan kami iaitu 'Mencari Hantu'

Kami 3 perempuan 3 lelaki berbaris sambil pegang tangan sebab nak lalui denai. Tempat mencari hantu tu  di rumah kosong yang hana bagtau tadi. Bertemankan 1 lampu suluh yang dipegang oleh orang depan


Senior tu bagi tips/pantang kalu terjumpa dengan hantu. Antara tips yang hana ingat la kan
    1. kata dalam hati nak jumpa hantu sebab nak tengok hantu
    2. kalau jumpa hantu jangan lari
    3. Kalau dah berjalan balik jangan tengok belakang
    4. lepas tengok hantu terus balik

Ok. misi diteruskan yang perempuan berada di tengah. Kami rancang nak mengelilingi rumah kosong tersebut ikut arah jam. Disetiap sisi rumah tersebut kami akan berhenti untuk melihat sekeliling. Sampai di belakang rumah kami teruskan perjalanan 

sampailah seorang kawan lelaki A daripada group kami kata 'kita patah balik'. Lelaki A tersebut memang cepat terasa kalau 'benda' tersebut ada di sekeliling. Kami semua terkejut.

"kenapa" kami pun tengok sekeliling

Lelaki B (senior) pun  kata

"tak ada apa-apa pun, jom teruskan"

Lelaki A kata "tak payah la, jom balik"

Ada pertengkaran sedikit di situ. Jap nak balik jap tak. hana nak teruskan. Akhirya kami sepakat nak teruskan mengelilingi rumah kosong tersebut. Kemudian...

Lelaki C kata "kanan..kanan..kanan.."

Hana terkelu, kepala tegak tapi mata meliar-liar ke kiri kanan.Hana memang keliru sikit kiri kanan ni

hana perlahan bersuara "tak ada la"

"kanan..kanan..kanan.."

Lelaki B menyampuk "jangan lari"

Hana pun tengok kat lelaki C tu untuk mendapatkan kepastian samada kedudukan lelaki C tengok arah mana. Hana pun ikut la kedudukan lelaki C tersebut.Dan kemudian jeling arah kanan dengan sedikit kepala pusing ke arah kanan.

"nampak" tahan nafas jap.

lembaga putih di tingkap yang  hanya ada bingkai sebelah kanan kam.

perempuan lain tanya hana "mana"

"kanan..kanan..kanan.."

Diorang pun ikut tengok dan "jom balik"


Lelaki B "semua dah tengok, perlahan-lahan pusing ke belakang, kita balik, berjalan"

Semua ikut tanpa bersuara.

Hana pusing ke kedudukan belakang mengikut arah lawan jam, mata hana sempat menjeling ke arah kiri, 'benda' tersebut masih berada di situ. Macam memerhati kami balik. Hana masih ingat pantang-pantang yang senior cakapkan tu "jangan tengok belakang"

mata hana terus mengadap depan.Sampainya di tapak kem kami bersembang lagi tapi bukan bersembang pasal hantu tadi. Masing-masing tidak mampu nak bercakap pasal tadi.

Dalam banyak-banyak kem. Kem nie yang hana paling hana suka.Sebabnya 

   1. First time jumpa hantu
   2. First time join kem yang betul-betul enjoy.
   3. Bermulanya detik perkenalan dengan abang angkat.:)

p/s : kesimpulanya di sini, pandai jugak hana pakai paint.hahaha


3 orang dah komen :

adventure mama said...

haha comel...jumpe hantu seronok plak....siap dgn lukisan...tak takut ke masa nampak tu

gomen no juliet said...

woah!speechless~

Jahirah said...

kalau akak la x ikut dah kot nk tgk hantu....pengalaman hana best la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...