3 Bahan kosmetik yang dikatakan beracun


3 bahan kosmetik yang dikatakan beracun. Setiap kali entri pasal kecantikan mesti Hana selitkan unsur-unsur ni (Eh sejak bila hana buat entri kecantikan. hehe)



Jom semak kandungan krim korang adakah mengandungi bahan ini. Kalau pengeluar tu tak 'tulis' kandungan. Kita akan dapat tahu bahan tersebut mengandungi racun dengan cara .........................
Baca di bawah ni

HIDROKUINON
Racun yang selalu digunakan pada krim malam dan krim pemutih. Racun ini telah diharamkan di bawah Akta Racun 1952 kecuali di bawah kawalan doktor/farmasi (kalau nak beli produk kulit pergi terus ke klinik pakar kulit, bukan di stokis yang menjual produk pemutih). Penggunaan yang berterusan mengakibatkan kulit menjadi semakin nipis dan sangat sensitif, kemerahan, rasa pedih dan kesan seperti terbakar. Kulit akan mengelupas dan lapisan melanin sebagai pelindung kulit akan terus terhakis. Ini menyebabkan kulit tidak lagi mempunyai daya pelindung dan ia menjadi terlalu sensitif pada cahaya matahari, debu, asap, kekotoran udara dan sebagainya. Penguna pula akan terus terperangkap dan terpaksa menguna produk yang beracun kerana jika pengunaan dihentikan, kulit akan menjadi lebih gelap/hangus

RAKSA/MERKURI
Logam berat yang sangat beracun yang merupakan agen pemutih, memutihkan kulit wajah sehingga hilang warna asal kulit. Ia sangat bahaya walaupun digunakan sedikit kerana ia mudah terserap ke dalam saluran darah. Raksa/merkuri boleh mengakibatkan gangguan saraf, kerosakan ginjal, gangguan otak, memati sel darah dan mencacat janin

TRETINOIN/RATIN-A
Bahan ini digunakan untuk menghalang atau merawat jerawat. Sangat bahaya kerana mengakibatkan kulit kering, rasa seperti terbakar, kulit mengelupas, kemerahan, sensitif dan juga mencacat janin

Sumber : 
Dr. Guru Ratnavelu dan Jesie Hong
Mingguan Malaysia
16 Jun 2013

40 orang dah komen :

nae nematoda said...

yela , kadang-kadang kalau beli alat cosmetic , mmg tak tengok sangat bahan kimia yg digunakan...tapi , kalau nak lebih selamat , beli dekat farmasi , tapi tetap kena tengok la bahan yg digunakan , just probability yg digunakan bahan kimia tu , tipis... :D

dariilhamkehati said...

tak salah CP produk temulawak antaranay , CP ade blaja dlu mase amek subjek pengguna dan kepenggunaan :D :P

kurus said...

huhuhu tq sharing dik ..

miss yatie said...

akk memang takut nak mencuba produk kecantikkan ni..

Aimacomel said...

owh, bahaya kalau tersalah pilih produk ni eh

Maria Firdz said...

Allah jadikan kita tu dh cntik.. putih ke hitam tu kurniaan Allah... kalau putih tapi kena gigit nyamuk terus lekat bekas2 kn dh x cntik.. hehe... pakai bedak sejuk je.. hihi..
nice info...:)

hana hadi said...

@cweet pinky
temulawak masa sek men dulu2 sangat fames. kulit orang cantik pakai temulawak. tapi temulawak ni berminyak.. hana yang dah sedia muka berminyak ni pejam mata je tengok temulawak. hahaha

Lyaa Suriany said...

feh. kena lbh hati hati
lya ni jenis xalert lak tu

MalizaMah said...

Kena semak lah mcm nie....

adarain said...

nasibla aku lelaki, tak pakai kosmetik semua nie..natural je.

my notes said...

saya dah kena dgn hidrokuinon bila saya beli product kat internet atas suggestion seseorg ... sekrg nih kulit saya mdh kena jerawat dan meninggalkan parut . seblm guna product tuh , saya mmg x de jerawat kecuali nak period ... sekrg , saya guna bhn alami jer .

Unknown said...

alhamdulillah takde problem dgn yg skrg ni.. bila dah ok tu, taknak tuka2 dah.. sebab takut yg lain bagi side effect mcm2 pulak.. tu yg taknak cuba2 biarpun org ckp produk itu ini bagus.. takut bnde2 cm ni lah. huhu

Nick Nashram said...

dan orang kata kalo produk kecantikan yg bagi kesan dalam masa yg singkat..contoh, kulit jadi putih konpem ada bahan yg kat atas ni..

Miss Zahirah said...

nasib baik akak jnis x ska pakai krim2 kt muka ni..
biarlah putih di hati dlu sblm nk putih muka.. ;)

iAmCekbolat said...

produk malaysia macam Natasha,Temulawak,Safi perghh takut jugak nak pakai .

ade sorg akak tu muka putih licin . sejak dia brhenti pakai natasha muka dia macam orang cacat . hitam . err ntah la . nilai la sndiri cemana

hana hadi said...

@iAmCekbolat
natasya dengan tia amelia kot jadi mcm tu.. mmg nampak putih tapi tengok lah nanti

hana hadi said...

@my notes
jumpak doktor tak? bagi neutralkan muka balik? lepastu baru pakai ahan semulajadi

kalau jumpa doktor, doktor akan bagi ubat untuk neutralkan muka bagi jadi kulit yang asal.

red jambu said...

x berani lah nak pakai krim2 muka ni.. :3

boni kacak said...

terima kasih hana sebab kongsikan artikel ni.. sangat2 bermanfaat bagi penjual2 produk kecantikan macam saya ni :)

lynndamya said...

mmg betul benda2 ni, sbb bahan2 kimia kan, kite tau guna je, bila tgk bahagian ingredient sepatah haram xfhm, hahaha...owh ye, flourida dan aspartasme (gula tiruan) jg sgt3 bahaya, check ubat gigi dan makanan/minuman yg kite ambil skang ni, elakkan 2 benda ni ya.. :D

Unknown said...

assalamualaikum..hana :)

tetiba ayie teringat pd michael jackson..tentu dia pakai raksa atau merkuri untuk putih sampai hilang warna kulit yg asal agaknya kan?

hehe..ayie rasa hana memang sesuai buat entry pasal kecantikan...:)

Hana said...

@boni kacak
:) dan kesihatan juga.. lagipun produk yang jenis makan2 macam ok ja..

hana hadi said...

@Ayie Abas
eh2 hana masa buat entri ni pun teringat kat michale jackson. dari berkulit gelap sampai putih sangat

hana hadi said...

@lynndamya
florida tu macam semua ubat gigi ada tapi kalau ubat gigi herba xda florida..tq info ni nak p tengok ubat gigi jap.. hehe

Tinta Lana said...

Assalamualaikum.

Keburukan hidrokuinon dgn merkuri memang pernah lana baca pasal ni.. Actually, bahan tu memg berleluasa sgt digunakan dlm brg kosmetik..tmbh lgi skrg ni, stiap hari ada je produk baru keluar.

Lana sgt2 was2, hehehe. Pakai produk yg dah lama dipasaran, n yg bleh dipercayai je.. lain2 tu takot nak pakai,huhu. Samala juga halnya dgn produk kesihatan/makanan tmbhn..

krole said...

wah~ nice sharing hana...skngni kan top ngan produk2 kecantikan tiruan yang berbahaya~ thanks~ *bookmark

Unknown said...

kena berhati2 pasni..sebab kebanyakan produk kecantikan ada tiruan kan..

Fais-SKA said...

wlwpn sy xpkai ni smua..kdg2 nk gak ambil thu..mn thu untk anak2 dn isteri :) nice sharing..

Unknown said...

info yang bagus....

Unknown said...

info yang bagus....

faiq said...

mcm bahawa je nk bahan nk buang jerawat tu,,,rasa melecur siap..ish

wantie said...

dulu heboh kata sk2 ada merkuri. sekarang tak tau la.

mungkin sebab ni le doktor nasihatkan ibuibu mengandung supaya takpakai kosmetik

Anonymous said...

tq share gd info ni dear

Unknown said...

Terima kasih dgn info ini.

Princess Feyqa said...

mercury mmg femes buat kosmetik, tp mungkin inorganic mercury kot but side effect still bahaya.. tkot lak dgr.. mujur fiqa jrg bersolek hehe

caliph shuriken said...

klau bg kesan segera, slalu ada laa jenis2 racun cmtu...

Unknown said...

terima kasih sgt2.. amal baru tahu pasal benda ni

NinaAz said...

skg ni macam2 produk yang bahaya. kena fokus pada bahan dia kalo kita nak try pakai

Anonymous said...

takut kan dengan bahan2 bahaya macam ni..

Nina Mads said...

lpas nie kena berhati2 bila membeli.. sayang kalau muka cantik jd rosak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...