Cemburu dengan orang yang suka berbisnes


Kadang-kadang cemburu dengan orang yang suka berbisnes. Maaf bukan cemburu yang negatif ye. Hana cemburu yang positif :)

Pandai diorang cari masa dan kesempatan untuk berbisnes. Pantang ada peluang mesti terkeluar ayat bisnes. Ada orang tak suka tapi kita kena faham diorang bisnes. Kadang-kadang Hana pun rimas juga. Bukan Hana seorang la, ada je yang tak suka. Contoh di shopping complex, orang bagi flyers pun tak ambik. Tapi kalau bagi minuman percuma siap minta dua cawan lagi. hehe

Hana suka kalau orang bagi flyers, buat promosi, review product. Melalui pembacaan flyers, promosi dan review pun, Hana dapat menambahkan ilmu. Suka tengok diorang berkeyakinan dan bersemangat untuk 'bercakap' depan orang ramai. Macam rakan Hana di bawah ni

Aidil Omar (bukan blogger) - Pembinaan laman web profesional
Boni Kacak - produk kesihatan dan kecantikan
Nurul Yui - barangan kraf, pakaian, aksesori
Hanie - barangan kraf
InstaShop - handbag dan dress
dan ramai lagi.

Ehem... teringin juga nak berbisnes. Nak merasai sendiri pengalaman berbisnes.

Mari.. mari.. mari.. dua singgit dua singgit

Masalah Hana sekarang ni, Hana tak pandai nak promote kat orang. Kang tak pasal-pasal Hana bagi free.

Tunggu Hana prepair mental dan fizikal, belajar selok belok bisnes baru Hana akan buka syarikat bisnes "Hana's Shop". Berangan kejap..


35 orang dah komen :

Maria Firdz said...

Hhhe.. Bisnes ni bakat juga... Dan org berbisnes ada aura iaitu dia mmpu tarik org kpd dia...

krole said...

sonok bisnes ni hana..dpt tmbah side income...hm...krole bule dikategori cam boni jgk...jual produk kesihatan/kcantikan hihhi~

Akupenghibur.com said...

hehehehehe :) acik pon teringin nak ada produk sendiri

Kumbang Jingga said...

bisness ni perlukan ilmu..kena pandai kurangkan risiko kerugian..sy pun teringin nk wat business..tgh plan business yg sesuai

nae nematoda said...

kalau sy beli banyak buah ni , dapat less tak ? kalau nak free , dapat tak ? hehe , boleh bankrap taukey kedai kalau boleh customer gini

ReramaBiru said...

selalu terpikir macam tue jugak..huhu nak berbisnes kena hati kering..kang ngan kawan2 asyik bagi free ja..hehe

Unknown said...

assalamualaikum...hana :)

untung pandai berbisnes nih...klu nak kaya dgn senang..dlm bisnes la..

tapi bukan semua org berjaya kn...kena kuat dan ada bakat dlm bisnes. :)

✿INA AINAA✿ said...

sama la kita hana.. ena pun jeles tengok para blogger yang berniaga ni.. rajin je dorang.. =)

Fais-SKA said...

he3..bisnes best, sbb kta jd bos =) hsl ttik pluh sndri, best2..pnh jual brger dlu msa study..tp sy ni baik sgt kot jual murah..last2 lgkup ha3...erkkk 2 rm1??? sies ke?? nak bli ni..murah btoll ha3

Unknown said...

Salam hana !
thanks good thing hana...mungkin one day mana tau hana ada shop sendiri ker? x salah kalau kita berangan..mungkin ia menjadi kenyataan..mungkin! malah lagi hebat dari mereka2 yang berbisnes tu..

hana mungkin kene melihat , mempelajari dan pandai mengambil peluang kalau nak berniaga mcm nie..in sya allah azie doakan utk hana...semoga berjaya hana! muehahaha

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Bagus tu kalau nak buat bisnes. Orang kata jika nak buat bisnes kena buat benda yang kita minat. Insyallah sikit-sikit kita akan dapat hasil dan rajin untuk belajar :-)

Annamariana1989 said...

mesti bestkan dapt berbisnes ni.. :)
anna teringin nak buka butik baju..huhuhuhu

el said...

k.el pun suka bis sbb mak ayah dulu bukak bisness gak tu yg tersampai semangat tu kat k.el tp tu lah nak mula tu cam mn x tahu..inshaAllah ada nti pelan2 ea

Damia said...

Salam hana, tak try lagi business mana tau ada rezeki dan peluang tu. minat juga business tapi kena bermula dari bawah dan skit2.

Sheila Salim said...

assalamualaikum hana. good luck dear. sheila doakan bisnes hana nanti berjalan dengan lancar ya :)

reenapple said...

aku x suka sgt bizes.. haha. kalao jadi consultant boleh la.. ahahaha

Anonymous said...

hehehe apapun all the best

Unknown said...

kalau jenis yg senyap je mcm sy ni mmg susah lah kalau part promote2 ni.. huhu

QasehnyaRania said...

kena legkapkan ilmu bisnes dulu dik. pastu baru yakin kan diri. kemdian baru yakinkan customer.in shaa ALLAH

Unknown said...

Moga berjaya.. :)

boni kacak said...

hana, sebenarnya hana takut kan? hehehe. buang perasaan takut tu jauh. ambil sikap berani untuk mencuba. saya pun takut juga sebelum ni, tapi bila fikir balik, kenapa nak takut pada benda yang akan mendatangkan rezeki pada kita? disebabkan takut kita terlepas peluang untuk dapat rm10 sehari, rm30 sehari, rm100 sehari. rugi tak? jadi, cuba. beranikan je diri tu. mulakan dengan online dulu. tak perlu jumpa orang ;)

Cik Kay Jue said...

sama la kita.. ckj pun teringin gak nak busines tp tak reti.. tgk org wat cm best je.. mewah je tgk dorg..

Khalilah said...

Kan... risau jugak terbagi free kat org... :)Gud luck in future ye~ ;)

caliph shuriken said...

bisnes nanti awk tarik org guna magnet, hikk.. gud luck ^^

my notes said...

nak wat bisness ni mesti kuat fizikal dan mental lah . kena tahan dengan cabaran terutama dlm marketing dan kena korbankan masa rehat dan tidor ... hahahhaaa

Mek Onie said...

satu je,kalau kita niat betul maka semuanya dipermudahkan,inshaAllah

Kakzakie Purvit said...

Macam-macam cara nak business sekarang ni Hana. Kalau ada peluang teruskan, kakak sokong mereka yg begini apa lagi kalau anak bangsa sendiri.

Tedi {interpretZZ} said...

Kalau Tedi, nak berniaga apa ek?

puteri kasih said...

cuba secara kecil-kecilan dulu..moga berjaya nanti :)

LaLa mhdnor said...

tu la, tgk org buat bisnes memang best, pastu masyuk pulak macam teringin nak berbisnes. tapi takut risikonya

Dayang Deno said...

deno bisness doodle.. jom tempah nak? hehe.. promote jap :p

NinaAz said...

jom hana. berbisnes bersama nina. nina main2 jea bisnes. tp ok la masuk sikit2 everymonth. lepas bayar keta. hehehe

Anonymous said...

abang ngah mas de bzns sendiri (sampingan lepas kerja)Allhamdullilah berjaya.now dia minx mas uruskan 1lagi bznes dia,masalahnya mas tak terbuka hati dalam bidang perniagaan..huhuhu


bznes kalau kuat semangat, berminat n berusaha, insya'Allah memang berjaya kan

aswadz said...

aku pun teringin nak berbisnes gak sbnr nyer.

Nina Mads said...

in shaa allah... suka jugak buat bisness

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...