Mengajar Budak Gemuk berak dalam tandas


Yeaaah.. akhirnya dapat juga mengajar Si Comel Budak Gemuk a.k.a Dak Mok berak dalam tandas. Sebelum ni berak kat pasir khas dan rumput. Dah 5 bulan berak dalam tandas, ingat saja suka dia berak dalam tandas rupa-rupanya dah menjadi rutin untuk berak dalam tandas.

Bukan yang ni haa tapi yang di bawah ni

        
Budak Gemuk = Dak Mok

Sesiapa pemilik kucing yang kucingnya berak dalam tandas? Tepuk tangan untuk Si Comel anda..

Kat sini Hana nak ajar pemilik kucing untuk megajar Si Comel anda berak di dalam tandas

1. Korang angkat kucing korang pergi ke tandas. Bagitau dia "ini tandas" . buat beberapa kali yang boleh. Selepas beberapa hari korang tunjuk "ini tandas" kemungkinan kucing korang akan bermain-main di pintu tandas

2. Bawa masuk kucing korang dalam tandas. Bagi kaki kucing kena air. Korang jirus air kat kaki kucing pun boleh. Ada sesetengah kucing akan lari. Tapi bila dah selalu jirus air, kucing tak takut air sudah.

3. Lepas tu korang akan bagitau kucing tu "Nanti berak kat sini, sini tu mana? Bilik air ni. Faham" sambil korang tunjuk tandas. Bagitau kucing tu dengan penuh kasih sayang dan kelembutan.

4. Kalau kucing tu tak berak dalan tandas. Korang kena bagitau kucing korang secara tegas, dan kuatkan suara "Hang ni kan, len kali beqhak kat sini. FAHAM!!!" sambil tunjuk tandas. loghat bahasa ikut negeri masing-masing. Disebabkan kucing Hana berasal dari Kedah. Hana kena cakap Kedah lah. hehe

Yang di atas ni nak ikut step pun boleh ATAU 1 step dulu lepas lulus baru ke step 2 pun boleh ATAU nak buat campur-campur pun boleh :)

Bukan setakat berak je, siap tidur dalam tandas lagi. Yang tidur dalam tandas ni Hana tak dapat nak ajar sebab keturunan kucing Hana memang tidur dalam tandas 3 hari 2 malam. Sebab  apa ek kucing suka tidur dalam tandas. sejuk agaknya..


P/s: kalau lah boleh ajar kucing basuh berak sendiri kan senang.. hehe
P/s: "Berak" tu bahasa kasar ke tak? macam tak..


67 orang dah komen :

miss yatie said...

hehehee...samalah cara hana dengan akak, hihih, selalu bagi tahu kat kucing, nak berak kat sini hiih

Unknown said...

haha.over tajuk..terus maju ke sini..hehe.. nasib baik dak gemuk dah pandai dengar kata.hehe

Akupenghibur.com said...

hehehhehe kalau kucing boleh basuh sendiri tekedu kita hehehhe :) at least dah berak kat tandas tu pon okey la kan

Nurrul Hazieqah said...

Hmm , kalau orang tua2 dulu kata... patahkan batang lidi den leset kan di bontot kucin tuh then leset lidi tadi di dalam tandas pulak.. sebab kucing dia akan berak pada tempat bau tahinya... hehe :P

* Tak perkataan berak adalah Normal dan amat mudah difahami.. ^^

Tedi {interpretZZ} said...

hehe, ada kucing Tedi dulu, org masuk tandas, dia pun nak masuk tandas.

fyna said...

fyna ada bela kucing betina kat kajang dulu. dia suka tidur dalam rumah time malam2. dia memang pandai berak kat toilet. cuma jangan tutup toilet je. nahas. tempat lain dia cari kang.

QasehnyaRania said...

ok je.
baguih ler kalau kucing pandai kan

*dik, malim tu bahasa indon.mknanya pencuri. tahun 2007.dah lama dah

reenapple said...

Dasyt kucing kau. Kucing, aku bawak ke bilik air tuk mandi pun dia dah nak lari..heee

adarain said...

macam geli pula tgk kucing tido dalam tandas..hehe, baguslah kucing kamu dapat berak kat tandas..hehe. tip bagus tu.

Mek Onie said...

inshaAllah kucing paham bahasa tuan dia :)

Nik said...

comel. bulu dia cantik kot.
amboi siap tido dalam toilet ni. mmg sejuk kot dlm tu..hehe

Unknown said...

hi hana !
ada berapa ekor kucing hana bela ! yang nie mcm comel jer...perkataan "berak" tu bole di gunakan tapi mcm...mcm apa ya ! mcm kita selalu guna lah kan...hahaha..kalau lebih manis cakap membuang ! tak lah rasa geli ! opssss...

pandai hana ajar kucing hana membuang ya...siap bole tido lagi tu...mungkin tempat tu sejuk kot..

Unknown said...

berak tu istilah biasa utk kcing.. huhu.. kucing lyla pun brak dlm tndas, tpi mama yg train.. mcamana? bgi tdur semalaman kt tndas.. sbelum bgi mkan bnyk2, pstu buka pnutup tmpat air mngalir kluar kt lntai toilet tu.. toilet rumah lyla toilet dduk, jdi kna buka tmpt utk dia melabur.. huhu

klau dia x berak hri tu, truskn kurung dia n bgi mkan bnyk.. tpi slalunya mmng skali kurung, trus berak.. huhu.. lpastu dh pndai brk kt toilet dh.. :)

Unknown said...

*sblum tu bgi mkn bnyk2

Unknown said...

Hehe.. Kalau tak dengar jugak luku je kepala dia kasi ingat sampai bila bila...

Unknown said...

pandai awak ajar kucing... boleh la jadi cikgu kucing. :)

Unknown said...

bahasa halus, buang air besar... haha. tak menahan tengok kucing terbaring atas lantai jamban tu. dah mcm lepak2 kat swimming pool pun ada gayanya..

Unknown said...

bagus kucing ni dapat kursus berak dalam tandas...

Unknown said...

bagus kucing ni dapat kursus berak dalam tandas...

Unknown said...

hahahaha comei je..."dah lepas beghak hang pi cuci sendiri paham" satu hari nanti dorg expert la bukak paip sendiri hehe ;p

Unknown said...

kucing yumida pun ske tdo dlm toilet
sejuk
pastu klo kita nak pg buang air besar
terpaksa nk menghalau dia dri situ
siap buat muka x puas hati lg tu..hehe

Cik Kay Jue said...

owh... baru ckj tau.. hehehe.. ada gak terfikir cm ne tuan kucing ajar kucing berak dalam tandas.. hehehe..

hui kalau dapat ajar kucing tu cuci berak sendiri alang kah bahagianya.. hehehe..

urm perkataan 'berak' agak kasar juga la bg ckj.. biasa org guna buang air besar.. hihi..

hana hadi said...

@Yumida Huda
kadang2 kesian plak nak bagunkan kucing. nyenyek ja dia tido dalam tandas

hana hadi said...

@AkuBlogger Mengiring
haha bagus gak tu. tapi hana kena p kursus bahasa kucing dulu lah

hana hadi said...

@Nurlyla
nanti hana nak try lah. untak anak kucing yang baru lahir nanti. siap ko kucing.. hehehe

hana hadi said...

@fyna
owh tido dalam rumah.. ibu kucing baru tido dalam rumah. yang anak ni tido luas. sebab buas sangat. kang ada barang hiasan pecah tengah2 malam

hana hadi said...

@SAMIQA ♥
hana pun ada dengar macam tu gak.. tapi xsakit ka kucing.. hehe

Anonymous said...

hihihi nanti suruh tekan flush sendiri lak..hihihi

eita said...

akak plok kurang meminati kucing..
huhuhuhu...

Aimacomel said...

Nasib ler kita xde dak mok tu =)

nae nematoda said...

hehe , 'berak' tu bahasa lembut tu :D
tak ada kucing kat rumah , mmg fail la nak jaga kucing ni...:)

Masnady said...

hahahaha... pecinta kucing jjuga ya sob.. sama donk saya juga pecinta kucing lho.. di rumah saya ada 4 kucing hitam, belang sama putih warnanya.. mirip dengan kucing sobat dech comelnya hehehehe

Unknown said...

hebat laa hana bukn setakat jadi cikgu di sekolah tapi jadi cikgu dirumah mengajar kucen di rumah...hehe

hana hadi said...

@Ayie Abas
amboi2.. hana nak buka kelas tuisyen kucing lah lepas ni.hahaha

Unknown said...

@hana hadi

bole hana..hana memang layak..

bole la hana jadi guru tuisyen kucen2 kat rumah ayie..ada byk...hehe

zeera lily said...

kwn sy bg petua pulak kalau nk ajar kuceng beri2 kt toilet amik senduk ketuk kepala dia n cakap beri2 kt toilet ye.. smbil tnjuk ke arah toilet tu.. hee.. x tw la mujarab ke idak petua tu..hee

Sigaret Perisa Kafein said...

Haha. boleh menjadi ya?

-AsaSiaga-

kurus said...

ekkek akhirnya nanti si gemuk akan pahamm ;)

Lyaa Suriany said...

wah terror lah
kite slalu kagum kalau org pndai train kucing berak dlm toilettt

Maria Firdz said...

hehe... ajar binatang, binatang pun tahu belajar kan.. hehe... mcm jaga anak juga.. hehe..

emarieys said...

tak minat kucing...huhuhuh

potia said...

tak menahan garang cikgu tukang ngajar kucing tu...
tp klu kucing tu dari parsi? nak ckp apa dgn dia?

QasehnyaRania said...

as-salam

nak merasa serbuk HALAL CHEESE POWDER tak. kalau nak meh join GA saya ni.

http://lobaksusue.blogspot.com/2013/06/qr-mini-giveaway-kedua.html

krole said...

wah! beknya dak mok...berak kat tandas~~~ pndaila HH ajar...krole tak plihara kucing, tp mna tau satu hari nnt? info brguna ni

Anonymous said...

hahaha ingat sapa tadi

hana hadi said...

@potia
hah, sudah.. entah2 kucing tu ajar kita.. hehe

puteri kasih said...

puteri memang tak benarkan kucing tidur dalam tandas..kotor.

boni kacak said...

hahahaaha.. berak dalam tandas boleh tahan lagi.. tapi tidur dalam tandas tu memang champion tu..hehehe

NinaAz said...

wahhh. baguslah cm tu. kucing2 nina reti kencing jea dalam tandas. tu pun bukan dalam lubang tandas. phiuww~

Niesa said...

wahh..kucing dh leh g tandas sendiri ye..hehe..rumah niesa xde kucing...

el said...

ni berak lam mangkuk ke tepi2 je hahaha
busuk lah toilet bau najis dak mok hahahaha
well done..gudjob hana hehe

Dayang Deno said...

wah bagusnya......!

Unknown said...

Tak pernah bela kucing.. Tapi paling tak suka bila kucing orang lain berak dekat dengan ruma kita.. berbau !

Unknown said...

kalau toilet cmtu senang. kalau toilet duduk ni payah sikit. ada sekor dulu yg membuang kat toilet ni.. mula2 jatuh jugak dalam mangkuk tandas.. huhu

Tinta Lana said...

Salam.

Rasa nak tergelak je hana,hahaha. Lana buat panduan je la tips hana ni.. :) lana teringin nak bela, tpi parents tak benarkan..tunggu lana kahwin le gamaknya, keekeke.

Tinta Lana said...

Salam.

Rasa nak tergelak je hana,hahaha. Lana buat panduan je la tips hana ni.. :) lana teringin nak bela, tpi parents tak benarkan..tunggu lana kahwin le gamaknya, keekeke.

Fais-SKA said...

he3..bgus btol :) nsb baek xde kucing..kalau x..dah ajar dia cmni..

Fiza Rahman said...

Bagusnya dak mok, berak dalam tandas ☺☺

hana hadi said...

@Ayie Abas
haa ok gak..
ayie nak kira jam ke kira hari :P

Pokok Manggis Depan Rumah said...

boleh cuba ni. Nanti tak ada kita kena basuh "bahan" dia selalu kan hana. Terbaik la kucing hana :-)

caliph shuriken said...

jgn terkejut klau pasni tiba2 kucin tu dok basuh lantai tandas plak, hukk...

Unknown said...

Hahaha...tergelak sorg2 sya bca komen caliph shuriken

Unknown said...

Komen pling kelakar stkt ni.hahaha

Unknown said...

Hahaha...tergelak sorg2 sya bca komen caliph shuriken

Hana said...

Haha mmg terkejut. Alang2 trus kucing tu basuh bilik air n jamban plak

bmnsolution said...

Tq cik atas infonya. 1st time saya dengar. Boleh jugak saya praktikkan nanti.
Mungkin saya boleh kongsikan satu cara untuk menghalau kucing berak merata ni. Lebih2 lagi bukan kucing kita sendiri, tapi kucing liar atau mendatang. Harap2 dapat selesaikan masalah semua.
Boleh cuba gunakan produk "Cat Repellent" dari Jepun ni. Produk ni bila letak akan keluarkan bau yang menyebabkan kucing tak selesa & lari.
Yang bukan sahaja murah & mudah tapi tak menyeksa binatang. Produk ni ada saya nampak di website ni
www.tenringgitshop.com
Selamat mencuba yer.

hana hadi said...

@bmnsolution
uik.. da produk ek.. nak try tngok dlu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...