PEMBELAJARAN SECARA HANDS ON


Definisi Hands On
Menurut pandangan beberapa orang guru di luar Negara, Pembelajaran secara hands on melibatkan pengalaman pelajar sepenuhnya dimana ia dapat meningkatkan keupayaan pelajar untuk berfikir secara kritikal. Sister Judith Mary Frederick, fifth grade teacher, St. Mary's Elementary School, Sandusky, OH pula mendefiniskan Pembelajaran secara hands on bukan sekadar pembelajaran secara suka-suka kerana ia berupaya untuk menjadikan pelajar sebagai individu yang dapat berfikir secara kritikal, berupaya mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan tetapi apa yang paling penting adalah proses pembelajaran untuk menghadapi situasi kehidupan yang pelbagai.
Beberapa orang tokoh luar Negara juga turut memberikan maksud hand on mengikut pandangan dan pendapat masing-masing. Karen Worth, Education Development Center Inc., Newton, MA mendefinisikan pembelajaran hands on bukan sekadar memanipulasi alatan. Ia melibatkan penyiasatan yang berkaitan objek, bahan, fenomena dan idea serta dapat memahami sesuatu daripada pengalaman-pengalaman tersebut. Menurut Julie Gantcher, Bronx Zoo Education Department, producers of Pablo Python Looks at Animals, Bronx, NY , Pembelajaran secara hands on merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan dan jelas serta meningkatkan perasaan ingin tahu, kompetensi serta kreativiti melalui aktiviti yang dijalankan secara amali.
Secara kesimpulannya, Hands on ialah belajar melalui pengalaman atau apa yang mereka lakukan sendiri dengan bimbingan guru. Ia juga membawa maksud pelajar mempunyai objek (hidup atau bukan hidup) yang sesuai yang dapat digunakan untuk tujuan penyiasatan
Cara Pelaksanaan Aktiviti Hands On
Terdapat beberapa langkah dan kaedah untuk melaksanakan aktiviti hands on. Antaranya ialah aktiviti hands on memerlukan penerangan yang ringkas dan mudah difahami. Tambahan pula, kanak-kanak kelainan upaya agak sukar untuk memahami sesuatu arahan. Guru juga perlu memilih aktiviti yang biasa berlaku di persekitaran pelajar untuk memudahkan mereka memahami apa yang mereka lakukan.
Bagi meningkatkan kefahaman murid untuk aktiviti yang dilakukan, guru mestilah memilih aktiviti yang berkaitan antara satu konsep dengan konsep yang lain. Guru juga perlu peka dengan minat murid-murid kelainan upaya ini. Rancang aktiviti sains yang menjurus kepada minat mereka. Dengan itu, guru akan lebih senang untuk mengawal murid-murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Guru juga perlu mengelakkan aktiviti yang memerlukan banyak penerangan dan arahan. Hal ini kerana murid akan menjadi keliru dan tidak memahami apa yang perlu dilakukan. Aktiviti yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar juga harus dielakkan seperti ingin menerangkan konsep medan magnet. Apabila kanak-kanak telah mahir menggunakan alatan sains seperti kanta pembesar, pembaris dan sebagainya, jadikan peralatan ini sebagai instrumen pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan sepanjang masa

KELEBIHAN AKTIVITI HANDS ON
Terdapat beberapa kelebihan aktiviti hands on kepada murid kelainan upaya. Antaranya ialah dapat memingkatkan minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid kelainan upaya ini kurang berminat untuk belajar dan melibatkan dalam pembelajaran. Dengan memberi mereka peluang untuk melaksanakan aktiviti akan membuatkan mereka berasa berminat untuk belajar.
Aktiviti hands on juga dapat meningkatkan daya ingatan murid tentang apa yang dipelajari dengan lebih cepat serta dapat mengingatinya dalam tempoh yang lebih lama. Aktiviti hands on juga memudahkan murid untuk memahami apa yang dipelajari dengan lebih mudah. Murid kelainan upaya juga akan berasa seronok dan terhibur ketika mengikuti pengajaran dan pembelajaran.
Setelah melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan strategi aktiviti hands on, murid akan dapat memindahkan pengalaman yang dipelajari dalam situasi kehidupan yang bersesuaian. Selain itu, murid juga dapat menambahkan pengalaman melalui aktiviti yang dijalankan. Sesungguhnya, pengalaman adalah guru terbaik.
Pencapaian murid dalam pembelajaran sains juga dapat ditingkatkan dengan menggunakan strategi aktiviti hands on. Selain itu, aktiviti hands on yang dilakukan dapat meningkatkan sifat inkuiri iaitu sifat ingin tahu murid. Aktiviti hands on turut meningkatkan kemahiran-kemahiran proses sains seperti kemahiran memerhati dan keupayaan untuk menginterpretasi data.

3 orang dah komen :

Unknown said...

assalam,..saya cuma nk tanya,..adakah aktiviti hands-on ini perlu sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini?

Hana said...

Wslm.pada pendapat hana aktiviti hand on ni perlu sejajar dengan perkembangan teknologi.sbb kanak-kanak sekarang ni xmcm zman knak2 kita dulu main biji guli lah apa lah.yg penting perlu pengawasan.kalau teknologi pun kkdang2 membosankan juga sbb kanak2 kan aktif berjalan sana sni.kanak2 secara smulajadinya lebih suka kpda aktviti hands on berkumpulan yg membolehkan mereka bergerak sana sini n bergaul dengan kawan2

Anonymous said...

TERIMA KASIH, info ini dapat saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...