Main mempunyai unsur kesukarelaan, motivasi intrinsik, melibatkan penglibatan ahli dan pergerakan fizikal yang aktif serta mempunyai kualiti yang melibatkan imaginasi (Pellegrini, 1995)
Menurut Piaget (1962), kanak-kanak bermain kerana : Meluahkan idea, perasaan dan emosi Tenang dan beriadah Menggunakan tenaga yang berlebihan Menyediakan diri untuk tahap perkembangan seterusnya termasuk alam dewasa Belajar menyelesaikan masalah yang pelbagai (kognitif, manipulatif, sosial) yang menyumbang kepada perkembangan intelek Melibatkan pembelajaran merentasi tiga domain : kognitif, psikomotor dan sosial Membudayakan proses pembelajaran Pembentukan jati diri, ketrampilan diri dan nilai murni
Kepentingan bermain bagi perkembangan fizikal: Menggerakkan psikomotor Meningkatkan kemahiran fizikal – berlari, melompat, memanjat Meningkatkan keupayaan dan ketangkasan deria – bau, sentuh Meningkatkan kemahiran manipulatif – mencantum, melukis, menampal Meningkatkan kemahiran mengimbang – renang, kawal pernafasan
Kepentingan bermain bagi perkembangan sosioemosi: Belajar berinteraksi secara positif Belajar menghormati hak orang lain Menghargai alam sekitar Kepentingan bermain bagi perkembangan kognitif: Mendengar Berbahasa Membaca Berbincang Berlakon
Secara ringkas, kepentingan bermain adalah : Belajar konsep Meningkatkan keupayaan kognitif Memupuk pemikiran inovatif, kritis dan kreatif Memenuhi perasaan ingin tahu melalui penerokaan Membantu dalam menyelesaikan masalah Membina kemahiran sosial Memahami dunia sekeliling Mempelajari bahasa Membantu murid mengatasi perasaan bimbang dan tertekan Membina kemahiran kendiri yang positif Memupuk sikap tanggungjawab Mempelajari peranan orang dewasa
5 orang dah komen :
Saya pun dah jarang bermain, asyik duduk terperap di rumah baca buku dan online laptop. Mungkin lepas ni nak buat aerobik kot. Hehe.
seronoknya bermain!
ohoho .. mmcm nk jwb esei pnulisan spm.
nice sharing
dah la tak kuar main2.asyik duk umah jea. huhu
Bermain mencerdaskan otak la jgk kn krenye d samping cergas fizikal :)