Dulu aku Ahli Gimnas

Korang mesti tak sangka Hana dulu pernah menyertai sukan yang tidak semua orang yang boleh terlibat dalam sukan ni
GIMNASTIK ARTISTIK
Hana rasa bertuah bila diberi kelebihan yang macam tu. Terima kasih atas sokongan family yang banyak membantu hana hingga hana menceburi sukan ni

Hana buka youtube untuk tengok Sukan Olimpik 2012, Dalam banyak-banyak sukan yang keluar, Tiba-tiba cursor bergerak ke arah  Gymnastics

Hana mula menceburi sukan ni bermula dari darjah 4 hingga tingkatan 3. 6 tahun bergelar atlit gimnas di peringkat negeri. Tak sangka  dah 7 tahun meninggalkan dunia sukan Gimnastik ni. Rasa macam masih baru bertapak dalam sukan ni. Tengok pula youtube, lagi bertambah minat hana untuk masuk semula sukan ni. Tapi apa kan daya Malaysia hanya mengehadkan umur 18 ke bawah untuk menceburi dalam sukan Gimnastik ni.

Peluang hana untuk menceburi sukan ni masih ada. Tapi bukan sebagai atlit tapi sebagai jurulatih Gimnastik. Hana harap suatu hari nanti hana akan menjadi jurulatih Gimnastik setelah hana bergelar guru nanti. Tapi ikut sekolah pula, kalau sekolah tu ada sukan Gimnastik boleh la hana jadi jurulatih Gimnastik. Wah bestnya..

Ok berbalik cerita pasal Gimnastik

Gimnastik sebenarnya tak main dengan alatan tau. Yang alatan tu Gimnastik Gimrama. Hana Gimnastik Artistik. Gimnastik Artistik ni ada floor exercise (senam lantai), balance beam (batang titian), vault (lombol), uneven bars (palang bertingkat) untuk peringat antarabangsa

Video di bawah ni adalah acara Floor Exercise

 Tengok video Gymnastics dan secara tak langsung hana terbayang
"Hana pernah buat pergerakan ni"
"Kaki atlit kena sentiasa point (runcingkan hujung kaki) kalau tak point kena potong markah"
"Kalau jatuh balance beam (batang titian) ni potong markah"
"Tangan kena kuat"
"Naik balance beam muka kena sombong (mendada) baru balance dan tak jatuh"
Atlit dalam video ni kurang keseimbangan sebabnya masa dia mendarat kaki dia tak statik. Potong markah dah kat situ. Hehe boleh jadi juri tak? Sebenarnya banyak ilmu Gimnastik yang hana dapat sejak hana join sukan ni. Ilmu ditambah pula dengan praktikal lagi seronok :)
Video di bawah ni. Dari mata pandangan hana macam tak banyak kesalahan
Di bawah ni floor exercise untuk lelaki.
 Lelaki lagi banyak acara dari perempuan . Contoh macam kuda brpelana, palang sejajar dan lain-lain lagi
Hana pernah juga cedera masa buat latihan gimnastik. Tapi tak teruk pun. Masa latihan balance beam
 
Korang tengok macam rendah je kan..huhu padahal tinggi. Kena pulak dengan hana yang rendah ni lagi bertambah gerun hana tengok palang ni.hahaha, Tapi dah biasa dah jadi tak rasa apa pun.  Orang yang tinggi ke rendah ke tetap guna balance beam yang standart. Masa hana nak naik atas beam ni (guna papan spring), mungkin hana terlebih laju kot. Tak sempat nak lompat atas beam terus perut hana terkena hujung beam tu. Nafas hana tak boleh keluar. Tersekat dalam seminit baru ok balik :) Hana pernah dapat tempat ke 3 dalam acara balance beam ni :) pingat hana simpan lagi. nanti balik rumah hana tunjuk.hehe
Sekarang umur dah 23 tahun. ada pergerakan yang boleh hana buat dan ada pergerakan tak boleh hana buat disebabkan faktor usia dan pola pemakanan.hehe. Contoh pergerakan yang masih boleh hana buat
Ni namanya Bridge
melalui Bridge ni kita dapat buat pergerakan yang lagi power macam Flat Back, Handspring dan lain-lain. Search Youtube ye :)
Kenapa dulu hana boleh buat pergerakan sukar tapi sekarang tak boleh? mungkin sebab dah berisi dan tak buat latihan. huhu hana kena berjogging dan senaman ni. Matlamat utama, nak jadi badan macam dulu.hehe Sekarang dah ok cuma kat part-part tertentu nampak berisi sikit. haha
Pernah juga dengar orang kata
"Jadi atlit kena jaga pemakanan, stamina dan latihan"
"Kalau atlit tersebut tinggalkan sukan dia tu maknanya badan dia akan naik sebab tak jaga pemakanan dan tak lakukan latihan/senaman"
Huh, memang betul kata orang tu. Paling mudah tengok ahli bina badan :)
Melalui sukan ni lah hana banyak bergaul dengan masyarakat. Yang banyak mengajar hana berdikari. Sebelum ni hana macam katak di bawah tempurung. Apa pun takda.  Sekarang zaman dah maju. Kalau tak aktif sukan pun aktif FB pun dah kira ok. Depan screen je 24 jam.hehe jangan marah haa nanti kena jual.
p/s : Sayangnya masa tu camera bukan calang-calang orang boleh pakai. Takda gambar yang boleh di jadikan kenangan

5 orang dah komen :

Kesuma Angsana said...

wah memang ada bakat lah boleh komen bagai ! hehehe

cikeyrah said...

xde ke gmbr hana mase join gimnastic, mesti comel ;)

Remy hazza said...

wah...byk pengalaman bekas atlet nie.....
remy pun suka tgk gimrama jugak... sebab kepayahan dan keseimbangan tu... bukan semua org mampu melakukannya....

Penyuluh Perikanan said...

807
blog yang hijau, hijau itu bagus, hijau itu indah, hijau itu bersih ..
aku suka dengan warna hijau dan aku follow 807
untuk persahabatan kita sudilah follow kembali, ditunggu dan
terima kasih

Kumbang Jingga said...

Hana pernah join gimnastic??wow speechles dan tak sangka..kumbang jingga backflip reti lah buat sbb pernah masuk silat hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...