KAJIAN TINDAKAN - 1 2 3 ? MUDAH SAHAJA


Tajuk kajian
 1 2 3 ? mudah sahaja

Tarikh pembentangan
7 Oktober 2012

Tempat
Hotel Firdaus

Latar belakang kajian
 Sewaktu saya menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran Matematik kelas Teratai di kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim Dua, saya mendapati subjek, 11 tahun menghadapi masalah untuk mengenal nombor 1 hingga 5 berbanding dengan rakan sekelasnya yang lain. 

Subjek yang mengalami masalah  Sindrom Down merupakan murid yang sangat aktif ketika melakukan sesuatu aktiviti. Setiap kali saya mengeluarkan sesuatu alat bantu mengajar dari beg saya, semestinya subjek terlebih dahulu ingin mencuba alat tersebut dan kemudian mengajak rakan-rakan sekelasnya untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.

Analisis daripada hasil pemerhatian sepanjang saya mengajar Matematik di kelas Teratai, saya dapati subjek : 

- suka belajar melalui kaedah yang menyeronokkan 
 - berminat dengan bahan bantu mengajar yang mempunyai gambar
- minat dalam aktiviti mewarna

Masalah utama yang dapat saya lihat semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung untuk matapelajaran Matematik adalah subjek sukar mengenal nombor 1 hingga 5 secara rawak mahupun mengikut urutan. Hal ini dapat dibuktikan melalui hasil pemerhatian, lembaran kerja dan ujian dignostik yang saya jalankan pada minggu pertama dan minggu kedua praktikum.
Fokus kajian 
Masalah kesukaran mengenal nombor 1 hingga 5

Reka bentuk kajian 
Model Somekh 1989 

Kaedah 
Permainan dadu 
- Memadankan nombor yang sama 
- Perlambangan objek 
- Gosokan 

p/s : Hana nak ubah tajuk sebab tajuk kajian tak gempak. Tolonglah fikirkan tajuk yang best dan gempak untuk kajian ni. Hana tak dapat berfikir dah sebab nak siapkan analisis data.

1 orang dah komen :

THE AUTHOR said...

Susah gak..no komen sebab it not my expertise

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...