Tak suka dengan emosi macam ni



Hari ni...
Bermulalah penderitaan aku,
Aku hanya mampu bersabar,
Untuk ku lalui sisa-sisa kehidupan di sini

Masih diganggu emosi dahulu.Menyendiri berdiam untuk jangka waktu yang aku sendiri tidak pasti sampai bila aku mampu hidup macam ni. Mungkin 2 bulan.

Aku yakin aku mampu bertahan. Hati aku belum sembuh lagi dari peristiwa-peristiwa itu. Semakin aku gembira, semakin sakit hati aku menahan segala lakonan kegembiraan aku. Betapa hipokritnya aku berdepan dengan semua orang.

Kenapa ya.. peristiwa ni susah untuk aku lupakan. Peristiwa lain sehari aku boleh lupa. Oh, mungkin sebab dia kawan aku. Kawan??? dia boleh dianggap kawan ke? Sedihnya bila aku kata macam tu. Ya dia kawan aku tapi.... kawan jenis apa ye. sampai sanggup bawa mulut pasal aku..

1001 rahsia aku simpan pasal kau. Tapi disebabkan kesilapan aku yang sekecil itu kau hebohkan pada semua orang.. Ya Allah..ta boleh ke kalau kita sama-sama luahkan rasa ketidakpuashati tu.. Orang anggap aku tak tahu pasal ni. Semua orang berlakon depan aku.Pura-pura tak tahu kan..Hahaha jangan risau aku dah tahu segala-segalanya. Aku sendiri yang dengar dia ceritakan pasal aku kat korang kan..

Sudah la.. cukuplah aku seksa hati aku dengan hipokrit-hipokrit aku nie..

p/s : Bila nak update entry raya? Macam tak je..

6 orang dah komen :

cikeyrah said...

la, napa nie hana?

jaakechik said...

jgn sedih2 ok... baru 9 syawal...kena heppy2..hehehee......

Aishah Jahirah said...

sabar2...dunia ni bulat hana.satu hari nanti msti dia akan rasa apa yg kita rasa..

Prettywrite said...

hana..sabar ya..itu Allah nak tunjuk dia bukan kawan yang terbaik buat kita kan..


blog hana da boleh bukak..memang sebelum2 ni banyak kali jugak yana masuk sini tapi keluar link lain..fahmy apa ntah..ingat hana tukar domain..

d0d0l said...

kejap boleh buka, kejap x leh buka. kena tekan butang esc stiap kali nak buka blog nie sblm directlink ke inilahfahmi.com

Kesuma Angsana said...

la nape pulak ni,,, !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...