Kewujudan Bunyi Tikus



Selepas berumur 20 tahun (sekarang 24 tahun), ini kali pertama Hana pergi pasar malam (kecuali pasar malam di waktu petang). Hana paling tak suka pergi pasal malam sebab ramai orang, berhimpit, asap di awang-awangan lepas tu mulalah Hana rimas dan berjalan dengan cepat. 

Nak dijadikan cerita,  tengah Hana berjalan cepat macam The Flash (berjalan ke berlari)


Hana sempat tangkap bunyi tikus. Tak kisah la bunyi tikus tu untuk sesiapa pun. janji Hana tak suka.

Hana dengan slambernya terus menuju ke arah sekumpulan pemuda tersebut, lalu menumbuk mereka tanpa belas kasihan. Kemudian mencapai getah dan mengikat mulut mereka. Puas hati Hana. Tapi semua perkara tersebut berada di fikiran Hana. Hana hanya mampu bersabar dan terus bersabar. 

Fahamkan bunyi tikus tu bunyi apa? Bunyi tikus tu bunyi sekumpulan tikus pemuda melepak yang memuncungkan mulut kemudian menghasilkan bunyi ala-ala tikus apabila ternampak gadis yang lalu lalang. 3 4 tahun juga Hana tak dengar bunyi tikus ni. Ingat ka zaman purba Hana sekolah menengah ja ada bunyi-bunyi tikus rupa-rupanya zaman moden Ipad, DSLR pun wujud lagi bunyi tikus. 

Akhir kata, sama-samalah kita menghapuskan bunyi-bunyi tikus yang berada kawasan sekitar anda. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.


32 orang dah komen :

Merok said...

Letak racun tikus. Esok-esok senyap arh.

✿INA AINAA✿ said...

ena dah lali dengan bunyi tikus apa semua tu... kalau terdengar, buat derkkk je.... ena selalu pergi dengan parents, macam dah xde adab dorang tu, padahal bukan dorang tak nmpak mak bapak kita kt sebelah

aidil_edy said...

hahaha....lawak la entry hana neh

iAmCekbolat said...

haha . bunyi ni sepanjang zaman

Uwais Al-Qarni said...

ha ha =D biasa la tu.
sya pun pernah.
toksah layan.
hebat hana buat cenggitu.
hehe.
da lpas ikat mulut tu,potong je.
dan buat keropok lekor.

Kumbang Jingga said...

itu bukan bunyi tikus tu..maybe hamster kot tengah cr makan..hehe..

dariilhamkehati said...

hana comel cgt , tuh la pasal kowt , hehehe ~

CP pown tak suker bunyi macam tuh tapi pasal bunyi2 tuh , kadang2 yang mengecewakan tuh , perempuan pown ade yang buat camtuh

bagi CP tuh perangai tak senonoh la ..

Nick Nashram said...

hahah..bunyi tikus ni rupanya.
jangan lupa beli racun perosak.
nak hapus tikus2 jenis ni dari berleluasa.

my notes said...

tak yah beli racun ... ready jer spray kat hbag tuh . Bila bunyi jer , amek kaw ... bagi berpinar2 mato dio ... heheheee

puteri kasih said...

bunyi tikus ni ada kat mana-mana ju..dari dulu sampai sekarang. Selalunya puteri buat pekak je..lama-lama penat la tikus tu..hehe

Diari Si Froggie said...

haha.. Hana comey sangat lah tu, tu pasal tikus2 tu berbunyi rancak. :P kalau tak comey mesti depa buat2 tak nampak.. hiks. hana aida dah buat tutorial fanpage tu :)

http://www.diarisifroggie.com/2013/03/tutorial-button-like-fanpage-facebook.html

Unknown said...

Tak payah layan diaorang tu.
Buat bodoh je.
Nanti dah penat diaorang berhentilah.

Unknown said...

Tak payah layan diaorang tu.
Buat bodoh je.
Nanti dah penat diaorang berhentilah.

Unknown said...

salam hana :)

ayie pun dulu x suka jugak pergi pasar yg sesak sbb nk jln berhimpit...tapi skrg ayie dah kurang sikit rasa mcm tu..sesak pun sesak laa janji ayie dpt beli barang yg dihajati...lain2 ayie x kisah ambil pandang sgt...

Unknown said...

dedulu masa anak dara sll gak dengar bunyi tuu..sekarang xder laa..hahaha...

Akupenghibur.com said...

OOOOOOOOOOOO INGATKAN apa la tadi ,adehhhh

aswadz said...

ingatkan jumpa tikus btol td....

Si Matatajam said...

Memang benci sangat bunyik tikus gatai camtu

Faridzuan said...

Ahahaha terbaik! Alang-alang, tangkap je tikus-tikus tu jadi bahan eksperimen di makmal biologi. Okey, itu kejam! :p

Unknown said...

faham2..hee~~
xsuka jugak bunyi cmtu..

jaakechik said...

jaa yg dah kawin pun ada lagi yg buat bnyi2 tius tu
.. hihi.... dia nk test power kita tu hana. kalo kita , diorg akan cop kita ni gatal. kalo x dilayan, dia kata kita sombong, perasan cantik. hrmmm x fhm betul. kan?

Nik said...

biasa la bunyi mcm tu kan. tapi terfikir jugak, diorg tak malu ker kalau yg diorg duk buat bunyi tu kat bini org sebenarnya..huhu

are_lin@yu said...

wahh betul ka hana tumbuk dorang ni..hiih

Anonymous said...

amboi hebat tu sampai menumbuk2 hehehe

MalizaMah said...

adoi siap ada bunyi lagi.... isyh isyh...

leeza suka pg pasar malam, tp kalau jalan sorang2 pg, x mgkin lah.

Unknown said...

biasa yang buat bunyi kurang perhatian..ahaha.. buat derk ja..tapi girls kalau keluar mohon bawa teman..huhu..

Unknown said...

zaman sekarang pun ada tikus nie lagi ye...ingat dulu2 jer.....

Myra Jay said...

Heheee, biasala tu tikus nak expired tu yg bunyi macam2 :)

caliph shuriken said...

owh, bunyi tikus xde ekor rupanya, hukk...

Aimacomel said...

agak2 semart tak tikus2 tu hana? hehehe, sabar jelah. aima kalau g pasar malam terasa mcm g melancong kt oversea pulak. sbb lagi ramai org luar dr org kita.

Health and Wellness Blog India said...

Thank you, that was just an awesome post!!!

Health and Wellness Blog India said...

Thanks for sharing that. It was fun reading it. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...