Tempat-Tempat Menarik di Kedah
Tempat-Tempat Menarik di Kedah? Haruslah tahu sebab Hana di lahirkan di Langkawi dan di besarkan di Sungai Petani Kedah
LANGKAWI
Kawasan bebas cukai. Patut beli coklat banyak-banyak especially coklat Daim :). Di Langkawi terdapat beberapa tempat menarik seperti Dataran Helang, Pulau Dayang Bunting, Under Water World, Kampung Kristal dan banyak lagi. Tempat terbaik patut korang pergi adalah Gunung Mat Chinchang. Kemudahan kereta kabel untuk naik ke puncak gunung. Di puncak gunung, korang dapat lihat pemandangan dan pulau-pulau kecik di sekitar Langkawi. Tidak lupa juga korang dapat melihat negara Thailand dan Indonesia. Di puncak Gunung Mat Chincang terdapat jambatan gantung dari gunung ke gunung.
THE CARNIVAL, SUNGAI PETANI
The Carnival lebih kurang macam Bukit Merah Lake Town Resort cuma agak kecik sikit. Korang akan mengambil masa 15 minit untuk berjalan dan pusing di sekitar The Carnival. Pihak The Carnival akan bagi free makanan dan minuman. Kalau orang jauh datang ke sini bolehlah bermalam di Cinta Sayang Resort bersebelahan dengan The Carnival. Harga masuk sini sangat murah sesuai la dengan keluasan tempat ni. Kalau bernasib baik, korang boleh dapat harga murah.
MUZIUM PADI, ALOR STAR
Mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi. Perkara yang korang akan terpegun bila berada di sini adalah lukisan yang sangat besar dan seolah-olah 'hidup'. Untuk ke lukisan tersebut, korang perlu naik ke 'Puncak Gunung Keriang'. Tempat kita berdiri semasa melihat lukisan tersebut akan berputar secara perlahan-lahan seperti kita melihat dari atas Puncak Gunung Keriang
PANTAI MERDEKA, KUALA MUDA
Cinta Kita di Pantai Merdeka. Pantai merdeka bukan hanya boleh mandi-manda dan berkelah malah boleh dijadikan tempat perkhemahan dan bersukan kerana terdapat tempat khas untuk melakukan aktiviti tersebut. Korang boleh menaiki bot seorang RM2/sehala untuk ke Tanjung Dawai. Tanjung Dawai pula merupakan tempat pengumpulan hasil tangkapan nelayan. Korang boleh menikmati makanan laut dan membawa pulang. Ikan masin dan belacan antara yang di cari di Tanjung Dawai
GUNUNG JERAI, GURUN
Van di sediakan untuk korang naik ke puncak Gunung Jerai seorang RM10. Perjalanan ke puncak mengambil masa 20-25 minit. Dalam perjalanan, korang boleh singgah di Muzium Perhutanan Sungai Teloi dan kawasan air terjun. Jungle trekking juga boleh dilakukan. Salah satu air terjun di sini adalah Air Terjun Puteri Mandi. Korang boleh mandi di sini. Resort yang paling tinggi di puncak Gunung Jerai adalah Gunung Jerai Resort
LADANG ANGGUR TASIK BERIS, SIK
Ladang Anggur Tasik Beris ini diusahakan di atas kawasan seluas 34 ekar. Ia merupakan satu-satunya ladang anggur yang pertama dan terbesar di Asia Tenggara. Kawasan persekitaran ladang yang cukup cantik dan terletak bersebelahan dengan Tasik Beris. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke kawasan persekitaran ini dan bayaran RM5 seorang hanya yang masuk ke dalam kawasan penanaman anggur.
HUTAN LIPUR SUNGAI SEDIM, KULIM
Aktiviti menarik jika korang datang ke sini adalah aktiviti air, mendaki gunung, merentasi hutan dan menikmati keindahan flora dan fauna. Di sini juga terdapat Tree Top Walk iaitu titi gantung sepanjang 1.5 km. Sungai Sedim yang mengalir sepanjang 15 km yang berarus deras serta mempunyai beberapa buah jeram sesuai untuk aktiviti lasak seperti berkayak.
PUSAT REKREASI AIR PANAS ULU LENGGONG, BALING
Pusat Rekreasi Air Panas yang beroperasi 24 jam dengan kemudahan penginapan yang terbaik. Harga masuk adalah RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak.kanak. Terdapat beberapa kolam mengikut tahap kepanasan masing-masing. Korang boleh berenang di kolam atau sekadar merendam kaki. Paling seronok bila berendam pada waktu malam. Aktiviti lain bila berada di sini adalah meredah hutan dengan melalui denai-denai dan merentas kesejukan jeram air Lata Gading dan Lata Parit.
P/s : Ada lagi tempat-tempat menarik di Kedah. Di atas ni yang pernah Hana pergi.
54 orang dah komen :
menarik. boleh lah fyna bercuti2 kat sana ^_^
assalamualaikum hana, subhanallah. banyak tempat menarik kat Malaysia kan. sheila tak pernah mai kedah lagi. insyallah sheila akan ke sana juga. bilanya, taktau la. heheheeee boleh jumpa hana kt sana nanti. hehehehe :D
waah . banyak rupanya tempat2 menarik kat kedah ni . CekNad pernah pergi langkawi jee . bolehlah promot kat kengkawan kalau nak buat rombongan ke apa kan . huhuu^^
yg paling menarik perhatian, ladang anggur itu.. hehe..
janji makanan kat sana sedap2! ena suka sangat duduk kedah.. pergi kat celah mana pun, makanan sedap2.... heaven je rse!
k.el mgu lepas dah plan nak pi ladang anggur tu..tp hujan lebat..terbantut plan..tgklah mggu ni lau cuaca ok nak pi sn..nak ikut x hehe
bestnyer langkawi... nk pergi tak dpt2.. asyik cancel je bila nk bercuti ke langkawi.. huhu.
@✿AINAA ROSEBERRY✿
sedap dan murah... :)
@el
boleh juga..
memang menarik tempat-tempat ini..
memang menarik tempat-tempat ini..
tak pernah jejak lagi ke langkawi... huhuhuhuhu
pernah ke kedah masa kakak blaja di kuala nerang :)
langkawi je pernah pergi. itu pun pergi on the spot lepas kawin my friend. merasa jugak la ke langkawi..
penah g langkawi honeymoon hehehe..best2...
anna pernah pergi THE CARNIVAL, SUNGAI PETANI,PANTAI MERDEKA, KUALA MUDA,PUSAT REKREASI AIR PANAS ULU LENGGONG, BALING... langkawi blm lg tp teringin sangat nk g..
hmmm masih banyak yg belum moon terjah di kedah nie....
bangganya jadi org kedah.. hehe.. tapi wpun org kedah, langkawi pun x pnh smpai lagi.. hehe
Untung kita jadi orang Langkawi kan Hana? :P
@Shafina Othman
yeaah sangat untung.. makan coklat
@ANNA MARIANA
fuyoo banyak gak tu dah pernah p.. nanti pergi langkawi. mcm2 ada. periuk, beg sumua murah
wuwuwuw..sama kita budak kedah gak hehehe..ain lahir kat pendang ,n besar kat langkawi wewewewew..
kita pun orang langkawi gak .. anak kedah .. jom pkat p langkawi
Salam, wahhh byk juga tmpt2 yg best kt kedah ni ya, ade yg baru tahu lg tu mcm the carnival dan sungai sedih tu, sedih benor rsenye name dia, ade pape sejarah ke cmne dia leh dpt nama tempat cmtu? hehehe
teringin nak g muzium padi dan tengok lukisan besar gila tu, mesti aku excited nanti! haha
satu je yg sy pernah pergi, air panas lenggong tu, tp hari tu pergi tiket nk masuk dewasa dah naik Rm 4 lor...maybe sbb weekend kot :( tp xpe, still murah dan berbaloi ! rindu nk g rendam kaki lagi kat sana, best gila! haha
nice sharing :D
@johny depp
kalau boleh tiap2 minggu nak p langkawi.
hana sihat?seronoknya kalau dapat bercuti ke tempat2 macam ni...last g langkawi masa sekolah menengah dulu kot...;p
bagus entri nih. aku memang nak pi langkawi nih.
ni klu nak pi sana kena amik 3/4 hari baru la puas hati dpt pi semua tpt ...
4 tahun kat kedah.. aku tak p jenjalan sangat. Tapi aku dah daki gunung jerai... langkawi... pantai merdeka.. dan so on.. hehehe
byk tempat menarik hana...... cuma langkawi jer yg remy dah sampai......
muzium padi dekat rumah tok ciksu.. hihi
saya anak kedah peace ;)
jom order coklat macam ni, nak :)
http://lobaksusue.blogspot.com/2013/06/blog-post.html
Assalamualaikum.
Hana, hutan lipur sg sedim, terbaikkk! hehehe, best pergi sana, kalau ad pluang, mmg nak pergi lgi ^_^
@lynndamya
Eh. typing error la.. sg sedim.. aduh cmna bleh x perasan tersalah taip. sorry sorry
hi Hana ! kedah memang best ! nak2 lagi langkawi yang hana cakap ! banyak2 beli coklat..azie suka coklat whittakers...beli banyak2....hehehe
@Azie Namico
whittakers? ish yang mana ni kena google jap. coklat ni ada kat langkawi je kan..
Was... Hrtu duk kedah setaun xpnh tau lk ad d karnival bgai, lawa gk, rugi xround ritu,,huhu...
Tetiba ase nk pi kedah...
wowww...sgt mnarik :) dah lama sy xblik kg kt kedah..lgkwi pn dh lama xpergi..in.shaa.Allah blik nnti nk terjah la smua tmpat 2 hu3
Impian nak naik Gunung Jerai tu masih tak kesampaian :'(
@trah zain lai lai.. hehe
best nya kalo dpt bercuti ke kedah.. especially langkawi... ermm..best sungguh... langkawi tu jaa x pernah sampai lagi tu...sedih2x..
ada certain tempat yang lyla dah pegi.. tapi teringin sangat nk oegi muzium padi tu.. :') yg tu blom pegi lagi..
ohh..sedim dgn the carnival tak masuk lg..hehe
kena simpan duit banyak2x nie..baru boleh jalan2x..
byk tempat menarik kat sana kan. sis pi langkawi jea. nanti bleh singgah tempat lain lagi kalau ke kedah lagi
Cantik!
dah lama tak pi langkawi, last sekali rasanya time darjah 6. itupun lawatan sekolah.
mas pernah p langkawi je..tuh habiskan masa banyak di hji ismail n idaman suri.hihihi
byk tempat yang belum pergi lg. Tapi Kedah tu dah biasa sgt pergi =) Alor Setar-Kuala Perlis/Kedah-Langkawi. Pi mai pi mai tang tu je hehehe
@MaYa MustWany
eh2 tempat membeli belah yang sangat popular.. murah kan kan
langkawi antara tempat yang tersenarai dalam whislist aku must go once in a life. tapi masih tak jejak kaki lagi. tarikan utama cabel car. adeh..
mmg cukup2 menariklah !
is suka pegi Ulu legong masa time blajaq dulu, dari SP naik moto je pegi sana, best bertolak malam pukul 8.30 sampai dekat pukul 10 malam, leh mandi2 sampai berasap habis badan2.
wahhh..harus masuk dalam list niesa kedah ni..cantik2 tempatnya!nak pg!!
dh lama x mamam coklat daim..
the carnival tu dekat sgt dgn umah sy ^^
lama jgak sy x naik gunung jerai ni, huh...