Kenangan #2 - Boleh makan tapi kena goreng dulu


Satu sesi pembelajaran subjek Pendidikan Seni Visual yang akan di observe oleh pensyarah pembimbing

 xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Pesan hana kepada anak murid

" Nanti guru besar cikgu (pensyarah) nak datang, jadi kena buat molek deh ( perangai elok ), dengar cakap cikgu. Siapa yang ikut cakap cikgu, cikgu bagi hadiah"

Bukan rasuah ye.. tapi peneguhan positif :)

Selepas set induksi ( menarik minat murid ) masuk kepada langkah untuk memperkenalkan tajuk pelajaran

" Hari ni kita nak buat haiwan dengan menggunakan doh ( yang diperbuat dari tepung )

"Plastesin ka cikgu"

"Ye, plastesin tapi diperbuat dari tepung"

Sampai la aktiviti kemuncak iaitu murid di minta buat haiwan menggunakan doh. Nasib hana ada buat model penyu dari doh. Susah juga kalau takda model .

Pensyarah pun berjalan sambil tengok murid buat haiwan menggunakan doh.

"Kamu buat ni pakai apa?"

"Tepung + garam + pewarna sikit"

"Boleh makan tak?"

"Ermm...." (memang tak perfikir pula pasal ni, nak jawap apa ye)

Dalam hati
boleh ke makan? Kan diorang dah main-main dengan doh tu. Tiba-tiba seorang anak murid hana mencelah

"Boleh makan cikgu, tapi kena goreng dulu"

"Haa.. tu lah" jawap hana kat pensyarah

Dalam hati
Bijak juga anak murid aku



2 orang dah komen :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...