Kenangan - Murid ajar main 'Tom Tom Bak'


Peristiwa yang tidak di duga semasa Program Internship berlangsung

Sepanjang program Internship, hana diminta mengajar 2 masa iaitu satu jam untuk subjek Matematik. Baguslah boleh hana sambung kajian tindakan hana kat kelas yang sama.

 Kalau hana boring hana selalu gak masuk kelas 1 Cempaka (tahap rendah). Hana suka masuk kelas ni sebab dikelilingi murid yang kecik-kecik terasa diri menjadi seperti diorang. Murid-murid kelas ni ada 1001 karenah. Memang mencabar tahap kesabaran hana.Diorang lah yang buat hana tension, diorang jugak la yang buat hana senyum seseorang. Kalau hana imbas balik peristiwa yang berlaku kat kelas tu mesti hana seronok. 

Peristiwa 1

Pernah diajar oleh murid bermain 'Tom Tom Bak'. 


Nyanyian lagu permainan ni pelik sikit. Yang hana ingat rangkap last lagu ni 

"Mak, telur dah habis, yeaaah"

Hahaha boleh pula macam tu. Start dari main tu, hari-hari hana ajak dia main. Dah la suara dia manja-manja nakal. 

Ada suatu hari tu, (masa tu hana dah boleh hafal lagu 'Tom Tom Bak'). Hana ajak dia main 'Tom Tom Bak'. Tengah main tu, ada seorang cikgu ni tanya dia

"Amin,( bukan mana sebenar) siapa yang tak datang hari ni"

"Haa" (Amin tak layan sebab kusyuk menyanyi)

Cikgu tu pun tanya sekali lagi

"Tak tahu la cikgu" (Sambil main)

Amin diam sekejap pastu dia kata

"Lupa dah lagu tu"

Hahaha boleh pula lupa. Lawak tengok setiap reaksi Amin. Hari ni tak main "Tom Tom Bak" sebab dia lupa lagu. Hana tak nak ajar dia sebab nak bagi dia ingat balik lagu tu

Esok tu hana ajak di main lagi. Alhamdulillah dia ingat lagu "Tom Tom Bak"

Amin, terima kasih kerana ajar cikgu main 'Tom Tom Bak'. Barulah hana tahu  lagu '"Tom Tom Bak" ada banyak versi


6 orang dah komen :

Hans Hanis said...

hehehehehe
kenangan tu
:-)

Yu. Chekgu LK said...

sy x tahu pgsung permainan ney..huhu..mungkin sbb bukn budaya permainan tu kat sabah ^^

♥ sitifarhana ♥ said...

alahai comelny anak murid ajar ckguuu..hehe

Nurrul Hazieqah said...

bestnya.. NUrrul teringat plak masa kecik2.. ada jugak main ala-ala game mcm ini... seronok.. :)

Unknown said...

awak..macam mana tu lagu tom2 bak ye??

Hana said...

@boni kacak versi murid tu xingat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...