BUDAYA KERJA PROFESION KEGURUAN
Antara budaya kerja guru yang perlu ada pada seorang guru ialah :-
1. Ingin tahu
Sifat ini mendorong seseorang guru supaya sentiasa berusaha menambahkan pengetahuannya. Bukan hanya tertaluk dalam konteks pendidikan sahaja bahkan dalam bidang lain juga. Oleh itu, segala pengetahuan dalam pelbagai bidang perlu diketahui oleh seseorang yang bergelar guru.
2. Suka membaca
Ia merupakan kriteria yang penting untuk mempertingkatkan kualiti professional seseorang guru, iaitu apabila guru suka membaca pasti akan bertambah yakin dalam menyebarkan ilmu kepada anak didik kerana sudah mempunyai pengetahuan yang meluas dan mendalam serta persediaan yang mantap.
3. Budi pekerti
Ini termasuk kelakuan bersopan santun semasa bergaul dengan rakan-rakan sejawat atau semasa menyertai aktiviti-aktiviti masyarakat. Seseorang guru yang mempunyai sifat ini akan sentiasa dihormati dan disanjungi oleh orang ramai.
4. Ramah mesra
Sifat ramah mesra merupakan satu kualiti yang perlu ada untuk mendapat kerjasama orang lain. Sifat ini juga akan mendorong murid-murid suka berdamping rapat dengan guru itu.
5. Merendah diri
Sifat merendah diri adalah antonim daripada sifat sombong. Orang tidak akan suka bergaul dengan guru yang sombong. Oleh itu, sifat merendah diri merupakan salah satu kualiti sosial yang perlu ada pada seseorang guru.
6. Semangat berbakti
Seseorang guru yang mempunyai semangat berbakti sentiasa disanjungi oleh orang lain.
7. Jujur
Jujur merupakan elemen penting dalam profesion keguruan kerana ia merupakan budaya yang wajib ada bagi setiap orang yang bergelar seorang guru lebih-lebih lagi dalam melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi sama ada di dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah.
18 orang dah komen :
Pandai ambil hati pelajar... fuh , task yg mencabar rasanya.. yela.. bukan semua budak suka dgn kdg2 cara pngajaran dia or else... kan.
tapi memang semua di atas perlua ada pada cikgu.. :)
Assalamualaikum hana. betul2. seorang guru kena ada semua attitude ni. saya sangat tak boleh jadi cikgu. garang! hahahahaha :)
selamat hari guru
Betul itu, semoga tetap semangat.
Salam wisata
Happy Belated Hari Guru Hana.. Semoga terus sukses dan menjadi seorang guru yg dedikasi dan berjiwe kental^^ cayok2..
bersabar dengan anak murid...huh , guru memang perlu bersabar , sekarang anak murid lagi advance dari kita...kalau dulu , murid takut guru , sekarang , murid cam kurang ajar dengan guru... btw , selamat hari guru dan selamat hari pensyarah :)
memang seorang guru akan bertambah cemerlang kalau memiliki semua kriteria yang tersenarai ni :)
slmt hari guru......
nak jadi guru bukannya muda...kena sedia segala segi....
tambah ... jgn melenting bila anak murid tanya soalan nakal ... hahahaaa
@Sheila Salim
Hana tergarang.huhu
@my notes kalau murid tanya solan nakal. hana jawab nakal jugak lah. hehe
wemmm...betul tu hana... jaa setuju sgt!
Salam.
Hana..seronok tak jadi cikgu?hehehe. Hana mengajar budak sekolah menengah ke? Maaf tnya..tak tahu..
Budaya semangat berbakti.. Tak semua cikgu ada ni..
@Tinta Lana
Hana mengajar sekolah rendah. hana belum posting lagi sebenarnya.. insyallah bulan 7 nanti
i bakal jd guru, tp guru ganti je laaa. mmg semua tu kene ade,kalau tak bukanlah seorang guru yg baik.mihmih
Terima kasih cikgu....
cikgu
moga semua guru ada budaya seperti kat atas ni..