Kenapa 16 Mei Hari Guru ?



Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee ) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu. Antara objektif sambutan Hari Guru ialah: 
  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat. 
  • Menarik perhatian ibu bapa , murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia. 
  • Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru. 
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat. 
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya. 
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
P/s : Selamat Hari Guru kepada semua Guru di Malaysia :)


36 orang dah komen :

Lady said...

Sejarah ni. dah lupee dah. tahunyee bila 16 Mei konpem hari guru.

Mat Som said...

Tkasih, saya satu antara ratusan ribu guru di Malaysia itu .

Tanpa guru-guru saya, siapalah saya.

Selamat Hari Guru utk semua guru.

Ejawantah Wisata said...

Ikut megucapkan selamat hari guru untuk para guru yang ada di Malaysia.

Salam wisata

boni kacak said...

selamat hari guru hana :)

Miss Zahirah said...

yg dlm gmbr tu hana ke?
comel.. hehehe

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. bestnya. guru2 diraikan. teringat cikgu2 sheila dulu. heee :)

Azie Namico said...

salam hana...
selamat hari guru for you....
hehehe...dah jadi cikgu lah nie...ahaks
last but not least good luck hana...

ANNA MARIANA said...

selamat hari guru.. ^_^

Kesuma Angsana said...

selamat hari guru juga yer

my notes said...

assalamualaikum ... selamat hari guru ...

Nana Liena said...

selamat hari guru.. :)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Terima kasih info ini.
selamat hari guru buat semua guru-guru.

hana hadi said...

@Miss Zahirah
yele.. comel> malu aih.. hehe terima kasih

tenku butang said...

selamat hari guru.. =)

nuyui a.k.a miss YUI said...

o hbegitu rupanya..

p/s: skg yui keje swasta =)

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

info yang baru untuk ena.. baru tahu ni... maklumlah, ena ni bukan minat sangat bab2 sejarah ni.. huuuu apapun, selamat hari guru ye untuk sis.. hehehe

weschairs said...

Sejarah yg menarik..ramai kg atas tu tak tahu rupenye..he he termasukla saya..

Haruno Hana 하나 said...

terima kasih kepada semua guru di seluruh Malaysia :D

izan mama mia said...

slmt hari guru !!

Tinta Lana said...

Salam.

Sebenarnya, taktau pun asal usul hari guru..

So, maknanya, hari guru pada 16mei ni, cuma disambut di Malaysia la kan. Bukan peringkat antrabngsa.

Cik Yaya said...

salam..
selmt hari guru buat semua para guru..jasamu ku kenang..ngeeee =D

hana hadi said...

@Tinta Lana
a'a di malaysia ja. jadi xda la kontroversi2 mcm hari Mother's day o sebagainya

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui sggh pg khams =)

latifah zainal said...

selamat hari guru..teruskan usaha mendidik anak bangsa agar menjadi insan berguna untuk agama,bangsa dan negara..

Nick Nashram said...

selamat hari guru untuk hana..kalo p sek ni konpem dapat banyak hadiah..maklom la..huhu

~ Cik LuLu ~ said...

hihi..slmt hati guru :)

diana said...

tak ramai yang tau sejarah hari guru...bila orang kecoh2 pasal hari guru baru la tau hari ni hari guru rupanya..heheh

Nurrul said...

Hmm , memang besar jasa guru-guru kita nie.. miss cikgu2 Nurrul :(

potia casadelarossa said...

selamat hari guru buat Hana... buat semua guru2 seluruh Malaysia... walaupun kita bukan pendidik secara formal... kita juga guru kepada adik2 kita... blogger2 newbie... kita juga guru bukan?

Tema Hari Guru dari 1972 - 2013 said...

Kalau Hana nak wat rujukan ni ada koleksi tema haru guru sejak tahun 1972 hingga 2013

shafiq said...

well said dah tahu sejarah negara kenape hari guru tu 16 mei , hehe , teria kasih

hana hadi said...

@potia casadelarossa
betul tu.. semua org pernah jadi guru, pernah jadi rujukan

Remy hazza said...

selamat hari guru utk hana tau!!!!

haz said...

sejarah guru.. wow. br tauu.. hihi

cik didiey said...

hana guru ke???
selamat hari guru walau dah terlambat..hehe

Si Matatajam said...

Baru tau..Selamat hari guru.. Paling sayang cikgu math tingkatan 3 dan guru sastera tingkatan 6..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...