ISU PENDIDIKAN KHAS -IBU BAPA-


By : Mr Google

KERJASAMA

Melalui isu ini, pihak ibu bapa didapati tidak memberikan kerjasama kepada pihak sekolah khususnya dalam melaksanakan sesuatu program Pendidikan Khas. Terdapat ibu bapa yang enggan membenarkan anak-anak mereka mengikut program yang dianjurkan oleh pihak program Pendidikan Khas untuk anak-anak mereka.

Sebagai contoh, aktiviti luar kelas seperti lawatan sambil belajar dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan unsur-unsur terapi seperti terapi renang dan terapi berkuda kerana khuatir keselamatan anak-anak mereka. Malah ada yang tidak membenarkan anak anak mereka mengikuti aktiviti yang diadakan kerana takut jika pihak sekolah meminta bayaran daripada mereka. 


TANGUNGGJAWAB

Isu kedua pula merupakan isu tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Maksud tanggungjawab ibu bapa di sini menjadi isu apabila mereka kurang memberikan perhatian terhadap pelajaran, pemakanan dan kesihatan anak-anak mereka sebaliknya melepaskan tanggungjawab tersebut kepada guru Pendidikan Khas.

Antara contoh yang boleh diperhatikan ialah apabila ibu bapa tidak mengambil inisiatif untuk melakukan tindakan susulan dirumah seperti aktiviti berbentuk intervensi ataupun bagi yang ibu bapa yang berkemampuan, mereka boleh mendapatkan khidmat daripada pakar-pakar terapi untuk membantu mengurangkan masalah anak-anak mereka. Selain daripada contoh di atas, terdapat ibu bapa yang menganggap program Pendidikan Khas di sekolah sebagai pusat asuhan apabila menghantar anak-anak pada awal pagi tetapi lewat mengambil mereka



6 orang dah komen :

Prettywrite said...

sepatutnya anak2 macam ni ibu bapa yang kena bagi lebih perhatian..bukan serah bulat2 pada cikgu..


yna tag hana..sorry..hehe

http://prettywrite.blogspot.com/2012/01/contest-my-bestfriends-forever-by-cik.html

Mizz ErMa said...

ibu bapa kena la bagi kerjasama kan..

A'ishah Kamaludin said...

Salam Hana.

Isu ambil anak lambat ni memang selalu jadi. Taska or nursery...

Hantar anak demam ke nursery pun satu hal. Selalunya, nursery nasihatkan parents tak hantar anak waktu anak demam, esp. babies. Tapi mereka nak hantar jg. Then, bila anak sawan or nauzubillah meninggal kat nursery, salahkan nursery lak. Haih.

Sorry pjg komen

N sorry jugak sbb tag Hana kat sini

thehehslady.blogspot.com/2012/01/segmen-mr-eraz-fadli-tingkatkan.html

Onitsuka_hana said...

@Prettywrite slalunya bebudak nie dari keluarga yang ibu bapanya orang bekerjaya.xda masa untuk anak-anak

Onitsuka_hana said...

@Mizz ErMaa'a semestinya

Onitsuka_hana said...

@A'ishah Kamaludin tq tag.. dulu ada kes budak meninggalkan kat nursery kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...