Pelik!!! Peta Yang Berwarna-Warni


Sebenarnya baru nak start buat kerja yang diminta oleh lecture. Tapi tiba-tiba datang mood nak update.. Aaahh sudah. time nak buat kerja baru ada mood nak update..huhu

Ada apa pada peta? peta berwarna-warni?
Bukan peta berwarna-warni ke? apa yang peliknya..



Bukan peta yang di atas ni Hana maksudkan tapi


Peta yang ini


PETA MINDA

Apa yang peliknya..
Sebenarnya tiada yang pelik pun cuma tiba-tiba terfikir

Setiap kali disuruh buat peta minda mesti terbayang peta minda mesti berwarna-warni, ada cabang-cabang, ada awan-awan.hehe

Itu dulu, sekarang tak buat dah awan-awan.. Pemikiran dah semakin kreatif. Awan tersebut diganti dengan kelopak bunga, payung dan sebagainya.

Tapi warna-warni tetap ada dari dulu sampai sekarang

Nak buat peta minda, mesti memerlukan pen yang berwarna-warnikan

Bagi Hana pen warna-warni wajib ada especially warna hijau :)

Dulu warna-warna hijau je yang slalu ada dalam pencil case sekarang dah ada

bukan setakat warna hijau, warna oren, kuning, pink semua ada.hehehe

Peta minda mesti ada point-point penting kan untuk mengingat. Tapi kalau ditambah dengan penggunaan warna yang menarik lagi cepat otak kita mentafsir apa yang dibaca. Lagipun kalau buat nota or peta minda dengan mengunakan pen berwarna-warni lagi seronok korang nak baca nota tu.. Bukan setakat korang ja yang seronok. Kawan-kawan korang pun tertarik nak pegang dan belek-belek nota korang.hehe

Hana memang dari dulu sampai sekarang nak buat nota or jawapan untuk soalan-soalan ulangkaji mesti pakai pen berwarna-warni especially warna hijau (hana kan suka warna hijau). Bukan guna 1 warna hijau ja untuk semua jawapan tapi setiap jawapan menggunakan warna hijau yang berlainan. Memang terbukti berkesan.

Dulu SPM hana tak suka subjek Sejarah. Hana memang tak suka baca buku sejarah. Hana cuma jawap soalan-soalan yang cikgu bagi or print soalan dari internet lepas tu jawap pakai pen warna hijau. Hana SPM dulu xbaca pun buku teks cuma baca jawapan yang hana jawap dari soalan-soalan tu ja.. Result SPM? sejarah yang gempak.haha Subjek yang hana target untuk cemerlang tak dapat pulak (mungkin terlalu fokus kat Sejarah kowt)

Apa kata kalau kalau korang nak buat jawapan untuk ulangkaji subjek yang korang xsuka pakai pen warna kesukaan korang. Mana nak tau boleh jadi macam hana. Eh2 bukan nnt subjek tu ja yang ok subjek.hehe

Kalau buat peta minda pakai microsoft word lagi cantik kan tapi kalau buat sendiri pakai kertas putih dan pen lagi mudah nak ingat sebab tangan kita menulis dan secara automatik otak kita dah mengingat apa yang ditulis

Dah-dah nak wat kerja pula ni

P/s : Lecture suruh hasilkan peta minda berdasarkan satu artikel.Jangan risau belum siap lagi


2 orang dah komen :

Unknown said...

Baru Tahu...ada peta minda rupanya....kecil knowledge aku ni

Zehan Ilyana said...

suka baca peta minda tapi tak suka buat..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...