Takut-takut lagi


Petang tadi hana buat latihan memandu. Walaupun dah lulus tapi hana tak cekap lagi.. Hana fail time nak selisih dengan kereta lain. Time nak selisih mesti hana nak brek.huhu ka memang kena brek?hehehe 

 Baru pusing-pusing taman tadi.Belum jalan raya. Esok nak try buat latihan kat jalan raya..Hahaha. tak la jalan raya sangat tapi boleh la dikira jalan raya sebab test JPJ ritu lalu kat jalan tu, yang dipanggil jalan raya.. 

Perasaan takut tu memang ada tapi kena juga belajar. Untuk kebaikan juga..Nanti-nanti nak kerja senang. Lagipun perempuan bawa motor bahaya. Bukan bahaya sebab merempit tapi bahaya dari segi keselamatan. Perempuan kan suka bawa beg. Kalau naik motor, beg letak kat mana? 

Memang tak dinafikan bawa motor ni ada baik ada yang kurang baik. Baiknya dari segi minyak, repair dan masa. Kurang baik? Macam yang hana sebut di atas tadi, lepas tu.. korang kan suka shoping. barangan yang korang bershoping nanti tu muat tak nak letak dalam raga motor? Lagi satu hana kalau naik motor hana cuba elakkan pakai baju kurung. susah la nak naik motor. Baju kebaya? lagi tak boleh naik motor. 

Tapi start hana belajar untuk menjadi bakal guru yang memerlukan pemakaian baju kurung time pergi kelas, hana terpaksa belajar naik motor pakai baju kurung. Lama jugak hana belajar naik motor pakai baju kurung. Hana memang target nak berseluar trek time berbaju kurung dah.Tapi macam tak cantik plak.hehe. Berlatih punya berlatih akhrnya berjaya dan alhamdullilah bukan setakat berbaju kurung ja tapi hana berbaju kurung moden naik motor. Memang susah. Lepas ni dah ada kereta boleh la ber'kebaya' pulak.hahaha lawak ja.

Dah melalut sudah


12 orang dah komen :

dyabunga said...

dya smpai sekarg takut nk amik lesen..haha

Miss Nadya said...

take care..:)

biasa la..mula2 kan..:)

dyabunga said...

lepas ni blaja lah..hehe

ajak said...

asalam .. thank for follow ...tq.

cikladybird said...

biasa la...
masih baru lg kan..
dlu Yatt pun mcm tu jg..
lama2 dah x takut dah...
siap rasa mcm nak drift je kat jln raya...
keh3!!!

Arra Ahmad said...

ada lesen tapi takut nak bawak kete..fuh.hehe

Onitsuka_hana said...

@dyabunga mula2 mmg takut nak ambik lesen.tapi klu wat latihan slalu xtakut.hehe

Onitsuka_hana said...

@cikladybird nak gak drift.huhu

Onitsuka_hana said...

@Arra Ahmad rugi la cm2..belajar2. hana ckp ja.. nak bawa keta xberani

shera haifa said...

kita lg suka naik moto dr naik kereta leh mnyelit.sampai pun cepat.. tp bila naik moto bnyk pakaian yg xsesuai la..nak ayu2 pun xleh..hehe

Aishah Jahirah said...

hehee teringat dulu nak buat u-turn xberani,nak parking terkedek2.tapi bila dah lama bawak,kita akan improve kat mana kesilapan kita.selagi xbawa sendiri,selagi 2 xde pengalaman.
akak setuju pompuan elok bawak kete daripada moto.tp terpulang kat keadaan n tgk ekonomi msg2 gak la...:)

Onitsuka_hana said...

@Aishah Jahirah kalau u turn tu terlebih pusing stereng.hehe

Tu la.. tengok ekonomi jugak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...