Kenangan Manis vs Kenangan Pahit
Baru lepas habis tutorial
Lecture minta seorang demi seorang menceritakan kenangan manis dan kenangan pahit. Hana tak senang duduk sebab hana tak pandai nak menceritakan kenangan pahit manis. Biar lah kenangan-kenangan tersebut hana sendiri yang merasainya. Biarlah hana senyum dan sedih sorang-sorang. Hanya blog ni yang menjadi tempat luahan hati hana. Facebook? hana kurang ber'FB'. Hana ada FB pun sebab memudahkan rakan sekelas menyampaikan maklumat or berbincang hal berkaitan kelas. Friends pun 20 orang itu pun rakan sekelas hana.
Tiba-tiba terlintas kenangan pahit pasal kisah sedih hana pada entry-entry yang lepas. Tapi tak sanggup nak cerita. Sesetengah kenangan pahit tu tak patut kita ceritakan pada sesiapa.
Hana orang ke dua yang menceritakan kenangan pahit masin di hadapan kelas
Kenangan pahit
Seumur hidup hana, Hana pernah mengalami kemalangan yang agak teruk. Kemalangan tu terjadi 2 tahun yang lepas di bumi Kelantan tempat hana belajar. Hana yang bawa motor. Jadi hana luka teruk berbanding kawan hana pembonceng yang hanya mengalami kesan calar di tangan. Hana yakin 100% bukan salah hana walaupun masa tu hana bawa laju jugak la dalam 80- 100km/j (laju tak cmtu) sebab masa tu takda kereta. Masa yang sama kereta dari tepi jalan nak masuk ke ruang jalan. Mungkin dia tak perasan hana lalu. Kereta tu pun masuk ke ruang jalan dan hana yang langgar kereta tu. Nak brek tak sempat, nak bunyi hon pun tak sempat. Nasib hana yang langgar kereta tu. Cuba bayangkan kalau kereta tu langgar hana? huhu ngerinya..Daripada kesan tersebut, hana kena 3 jahitan di dagu. Masih berparut tapi tak perasan.
Kenangan manis
Hubungan abang angkat dan adik angkat kembali terjalin setelah 6 tahun tak dengar khabar berita. Ada hana buat entry pasal ni KLIK SINI :). Macam mana boleh terjalin? Memang tak dijangka abang angkat hana terbuka blog Hijau hana ni. Perasaan masa tu gembira tak terkata. Hanya penulisan yang menjadi saksi kegembiraan hana. Start pada hari tu dah mula berhubung melalui telefon. Walaupun tak selalu tapi tak kisah sebab hana tahu dia ada adik yang kiut yang bernama HANA dan hana ada abang yang macho bernama ...... Dan dia lah satu-satunya abang angkat hana. Sweetnya.. haha.
Rata-rata kawan hana cerita pasal kenangan manis melibatkan perhubungan, Kalau kenangan pahit melibatkan personal. Kenangan pahit mudah untuk hana lupakan tetapi sukar untuk padam di dalam kamus hidup hana
p/s : Klik link blog hana keluar website lain ka?
p/s : Klik link blog hana keluar website lain ka?
7 orang dah komen :
keyrah pun ade gak kenangan pahit huhu . . tadi bukak blog hana, dah xde da keluar website lain . .
setiap org ada kenangan manis dan pahit kan..mesti sukar dilupakn
p.s:eh x lah...
boleh pulak bukak.hehehehe..
ni yang jeles ni..hehehe
@cikeyrah semua orang ada kenangan pahit. nak tak nak cerita ja :)
@Shahril Nasir betul.huhu
@boni kacak hehe jeles np?
Dalam kehidupan pasti kita akan melalui banyak pengalaman.Itu semua mematangkan diri kita..