Seksanya nak menyayangi seseorang


Kenapa ek kalau orang kita sayang, kita suka.. mesti kita sakit hati, cemburu kalau ada orang lain dekat dengan dia. 

by :Mr Google

Contoh dalam FB la... 

"Haa.. ada perempuan/lelaki komen status dia la" 

Mesti kita nak tengok siapa yang komen, Buka profile orang tu lagi. 

"Fuh selamat-selamat orang tu dah kawin, takpe komen.huhu."

Contoh lain...

"What??? dia komen status perempuan/lelaki. Siapa perempuan/lelaki tu? Ini boleh gaduh ni..."

Harus tengok dan buka profile siapa perempuan/lelaki tu 

"Owh, kawan dia ja. kawan pun jangan la komen lebih-lebih."

Lebih kurang macam tu lah situasinya...

"Alaa itu pun kau nak jeles". Bukan jeles tapi ada satu perasaan yang kita tak boleh nak terima perkara tu. Biarlah kita tak ada kaitan pun dengan dia.

Erm... memang salah kita pun tak berterus-terang, tapi kenapa kita yang mulakan dulu kenapa tidak dia. Kalau perempuan, takkan peringi nak cari timba??? Macam mana pulak kalau kita bertepuk sebelah tangan, lagi bertambah-tambah sedih kan. Kalau dia  terpikat kat orang lain, biar jelah dah tiada jodoh. Alahai senangnya hana buat kesimpulan

Lebih baik diam-diam je sayang kat dia kan kan. Tapi hati kena tanggung segala sakit hati, marah dan lain-lain kalau dia buat perkara yang di atas tadi. 

"Ish, kenapa nak marah, sakit hati pula ni... kau siapa nak marah-marah, sakit hati kat dia" 

"Marah-marah, sakit hati kat diri sendiri la... Sebab ada perasaan macam tu (suara hati) "

P/s : Lebih baik berdiam diri. Hati dan perasaan diri sendiri yang tahu. Yang penting tak ganggu siapa-siapa pun :)


14 orang dah komen :

:: Mrs.Eady :: said...

baik laaa...

CikMai said...

mai pun kadang2 ade kekacauan emosi begini.hahaha

Khalilah MNor said...

Huhu... perasaan mcm ni pun sy pernah alami. Sy pasti setiap org pun mcm tu walaupun situasi berbeza... Janganah pada marah pada diri sendiri. Setiap org melalui fassa mcm tu. Normal. Cuma kita perlu kawal selagi mampu. percayalah... ketentuan jodoh itu hanya hak mutlak Maha Pencipta..:)

Buang ragu, buang sedih... There is someone waiting for u~

Everything's Everythings said...

Aah kan.. kang terjadi mcm Adam & Hawa pula, disebabkan dengki kita dibenci oleh org yg kita suka tu ;P

ps: Datang dari blog Aku Malas xD

aimaniman said...

kira untunglah ada org ambil peduli... tu maknyanya kita disayangi dan ramai ambil peduli bukannya busy body.. x suka ker?

Kesuma Angsana said...

just be yr self yer

Leeza dayasari [santai leeza] said...

lumrahlah kalau kita sayang org then kita rasa mcm cemburu ker apa ker.... itu satu tanda kita benar2 sayang..... cuma skrg kita perlu belajar utk kawal perasaan negatif itu.... nk ditunjukkan dgn cara positif misalnya. jgnlah marah2 kew, boikot tak tentu ker..
lbh baik berterus terang...

shinji izac said...

kalo dah suka, jujur kan lagi elok :)

Dear KHY said...

bercinta macam tulah. bila dh break masing2 saling mencaci sedangkan dulu kemain jelesnya ^^

Miss Volvo said...

hmm kite tak jeles punggg :d

boni kacak said...

siapalah lelaki yang sangat2 bertuah tu ye...

Hanif Idrus said...

Cemburu tu tanda sayang..normal..

Aishah Jahirah said...

bunyi sedih je tu hana...kalau org yg kita suka (sayang) mmg lain sikit rasa tu...normal cuma pandai2 la kawal jgn jd cemburu buta...;)

lynndAmya said...

nak sayang orang pun tetap ada risikonya kan, semoga bahagia2 selalu~ (n_n)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...