2 tempat baru ditemui

Tahun ni 4 kali hana pi Cameron Highland. Sebenarnya kali ke 4 ni baru hana tahu kewujudan tempat ni.. Korang ingat tempat apa sebenarnya?huhu
GUNUNG BRINCHANG
By : Mr Google

Perjalanan ke Gunung Brinchang dalam 11 km kot dari Tea Centre Sungai Palas a.k.a Anjung Ombak Rindu. Masa tu hujan rintik-rintik cuba bayangkan di gagahi juga kereta hana tu untuk naik ke atas. Risau tu memang risau tapi bila lagi nak jejak kat situ kan. Tapi sayang kerisauan tu menyebabkan hana tak sempat nak snap gambar asyik tengok jalan je. Tak ada tempat berhenti kat situ, cuma laluan semata-mata. Lalu jalan lain keluar jalan lain. Laluan pun muat-muat kereta ja. tapi ada simpang-simpang yang membolehkan kereta untuk berselisih. (Erk.. betul ke ayat tu)
ROSE CENTRE
Pertama kali hana sampai Cameron ni, hana tercari-cari jugak signboard berkaitan dengan bunga ros. Tapi tak jumpa. Dan kali ke 4 ni baru hana jumpa itu pun nyaris-nyaris hana ingat taman tu dalam proses pembinaan. Tiba-tiba terlintas nak naik kereta lalu kat kawasan tu. Wow, taman ros betul la. RM5 untuk masuk. Aik, dapat peta..

"Peta? boleh sesat ke dalam ni?"

Senyum-senyum je penjaga kaunter tu

Nama pun Rose Centre mesti banyak bunga rose, bunga-bunga lain pun ada tapi kurang. Ada yang bunga ros besar gedabak. Ada yang ros kecik-kecik comel :)

"Apa kata kita ikut laluan peta ni, jangan potong jalan haa?"

Bersimpang-simpang laluan tu. Sanggup patah balik supaya tak terlepas setiap laluan..


Rehat sebentar

"Dalam peta ni ada tulis  Snow White la, jom kita jalan lagi"

"Tu Snow White" sambil menunding jari kat atas bukit (betul ka menunding?)
Hana and The Seven Dwarf 

Dari pukul 2.00 ptg sampailah pukul 3.30 ptg asyik berjalan ja. Banyak lagi yang hana tak jumpa macam Shoes House, Rose Towel dan banyak lagi.. Penatnya berjalan sebab kawasan berbukit.

Di Shoes House
Depan shoes house ada la naga ni. Hujan masa ni... Sepatutnya kat tangan hana ada payung dan peta. Tapi payung tu tercicir kat mana pun tak tahu dan peta tu dah terkoyak.hehe

Pukul 4.30 sampai puncak. Gambar? handset habis bateri, mana nak tahu nak naik sampai menara tu. Tiba-tiba terlintas 

by : Mr Google

Perjalanan hana dari taman yang bersimpang-simpang ada macam-macam benda sampai lah puncak yang ada tulis ROSE CENTRE (putih) tu. Pemandangan dari puncak memang cantik ada kabus-kabus sikit.

"rugi pulak ambik gambar banyak-banyakk kat bawah tadi. Bunga ros tu 1 gambar sudah la kn" 

Kalau tidak boleh save bateri. Rehat-rehat kejap sementara nak turun balik. Hujan pun hujan la bukan lebat pun. Janji dapat rehat. Kena bagitau pengurus tempat ni suruh buat tempat berteduh dan toilet. huhu

"Sekarang pukul berapa"

"Pukul 5. kenapa"

"Taman ni tutup pukul berapa?"

"Alamak"

Belek-belek peta

"Macam mana kalau sesat? peta dah hancur ni (kena hujan), mana larat nak jalan laju-laju, tengok la hana pakai apa"

"Ish, nak naik bukit pakai skirt, kasut tinggi-tinggi"

"Mana nak tahu kena panjat-panjat ni"

Dalam hati "Eleh tadi masa naik tak nak tegur sekarang baru nak tegur, apa kes."

Dengan sepantas kilat. hana pun turun sampai bawah, lenguh tapak kaki. Tak kisah lenguh jangan sesat sudah tak pasal-pasal bermalam dalam taman tu.

Malam tu, jenuh menghilangkan kotoran degil di skirt putih hana.


25 orang dah komen :

izwan said...

wah..dah lama tak pergi cameron..

tiefazatie said...

wah..best gle!hee

boni kacak said...

bila kita berdua nak ke sini??

CikNana said...

snow white kan..tu la pkai skirt.hehe

Tihara said...

yey hana g cameron jugak, ade beli souveneir tak ? :)

C'Jai said...

Ala tomey2 harry potter p CH...

skulluv said...

hari tu ada naik dengan member.masa naik, sumpah seranah. bila kat atas, memang best gila tapi bila turun sumpah seranah balik.

:)

Ila Aqilah said...

hana! akak pun baru tau kewujudan rose centre tu! huhu

info baru, pasni boleh terjah hehe :)

Iffah Afeefah said...

kemain lg pakai skirt jejalan eh

comel la hana

cikeyrah said...

beshnya . .dah lama tak g

Aishah Jahirah said...

kih2 jenuh la berjalan dgn heels n skirt...xpa berbaloikan...:)

Santan Manis said...

Ingat lagi masa SM nk gi Cameron sebab apa. sebab terpengaruh ngn drama NORA ELENA. bhahahaha...x leh blah kut. tapi best :D

Kesuma Angsana said...

bestnyer kat sini ye

sal ya said...

ulalalala...

Kumbang Jingga said...

waaaa tak pernah sampai lg cameroon...huhuhuh

Leeza dayasari [santai leeza] said...

hmmm kenapa leeza pergi cameroon tak jumpa ni. baru ker?

✿Lady Ainaa✿ said...

bestnyaaa syg!! eee jeles dapat pergi C.H! ena dah lama tak pergi ke sana.. tak tahu apa perubahan kat sana.. rindu pasar malam kt situ and rindu strawberry salut dengan cokolat.. huaaaaaaaaaaaa

dya bunga said...

bestnya..nk pergi jgk

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

hmmmm 3x kali naik ke cameron.. xpenah lg g tempat yg hana pergi tu.. huhuhuhu

Khalilah MNor said...

Comel lar jd hana si snow white sekeliling dwarfs tu... :)

Hanif Idrus said...

Betul..matching betul snow white tu ngan Hana..
Gambar pun cantik2..
say apun baru tahu ada Gunung Brinchang...

pazil said...

musim hujan ke cameron memang terasa dingin nyamannya.

Hnahdy said...

@Leeza dayasari [santai leeza]Kena masuk lorong kat pasar tani.taman ni kat dalam org xperasan.Hana Kali ke4 baru perasan

StingRay said...

Heh.Gunung Brinchang.Tempat yang paling tinggi yang boleh dinaiki oleh kenderaan di malaysia.

ellynadyra said...

eh sis pun tak tau ada taman cam ni, cantik gak kan, nak pergi la next time.....salam kenal ye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...