2,791 graduan pendidikan dilantik terus ke DG41


KUALA LUMPUR: Seramai 2,791 daripada 7,824 graduan pendidikan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) tahun lepas akan dilantik terus ke Gred DG41.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dalam satu kenyataan di sini, hari ini memaklumkan mereka tidak perlu menghadiri temu duga kerana mencapai keputusan cemerlang dengan memperoleh Gred Purata Kumulatif (CGPA) 3.5 dan ke atas, serta mendapat sekurang-kurangnya keputusan A- dalam latihan praktikal.

"Bagaimanapun, graduan tersebut perlu menjalani sesi penilaian khas yang akan dilaksanakan oleh SPP, dan diperakui oleh IPTA dan IPGM," menurut kenyataan itu.

Menurut SPP, sementara itu, baki 5,033 graduan pendidikan pula perlu menduduki temu duga yang akan diadakan di seluruh negara mulai hari ini sehingga 27 Mac depan.

Layari http://www.spp.gov.my untuk maklumat lanjut

19/2/2013
Berita Harian

P/s : Esok hana kena inteview. doakan Hana supaya tak gugup ek.hehe

15 orang dah komen :

nur emilya said...

Hehe semoga berjaya untuk interview ye! :-)

Ayie Abas said...

salam hana :)

berita baik tu pd semua graduan pendidikn :)

ayie doakan semua okey dlm temuduga hana esok... :)

waiman said...

Alhamdulillah.. Dapatlah mereka jimatkan masa. Siapa yang dapat posting jauh dah boleh mohon bertukar tempat kerja. Jika ikut sistem dulu lama sangat, banyak birokrasi. Sekarang alhamdulillah.

Mar Haini Abdul Rahim said...

hana ! gudluck ! ^_^

*hemm harapnya ada laa nama kitorng huhu

xila dot said...

ok rasa menyesal plak tak amik course ni...wuaa nak jadik cikgu!!!

Nadia Johari said...

sangat beruntung

✿A I N A A✿ said...

semoga para2 guru ini dapat melahirkan bangsa yang berguna pada negara pd akan datang.. amin

C.T.K said...

goodluck hana...don't neves2....hihihi

nenot said...

GUD news...In Sya Allah..hana bole..:)

krole said...

wuahhh trus DG41 tu...tahniah kepada mereka semua~

Pondok Usang said...

Rezeki berganda nii... Yang penting titipkan kesyukuran pada Ilahi.. =)

mrpolie said...

Tahniah... Tahniah...

Remy hazza said...

bertuahnya....... tahniah sebab terus dilantik.....

Pesta ulang tahun said...

suksess terus yaaa :)

Nurrul said...

Wahhh , siapakah yg bertuah tuh.. good luck ! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...