KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING


Terdapat pelbagai kemahiran asas dalam kaunseling tetapi hanya 5 kemahiran yang di fokuskan di sini

Kemahiran Melayan dan Mendengar

Salah satu ciri-ciri guru yang efektif adalah melayani murid seperti anak sendiri, Guru perlu melihat murid dan tidak boleh membelakangi murid tersebut. Apabila melihat murid, tujukan ekspresi muka yang memperlihatkan kesungguhan supaya murid berasa lebih yakin untuk meluahkan sesuatu perkara Nada suara perlu sesuai dengan situasi yang sedang berlangsung. Setiap persoalan harus di layan dengan sebaik mungkin kerana ia dapat menarik minat murid untuk bertanya dan meluahkan perasaan jika terdapat kekeliruan dan tidakpuashati. Dorongan minima seperti anggukkan kepala menunjukkan guru tersebut faham akan maksud yang disampaikan oleh murid. Selain daripada itu dorongan minima dapat memuaskan hati murid dan memberangsangkan muris tersebut untuk memberitahu sesuatu perkara

Kemahiran Mengintepretasi Tingkah Laku Bukan Lisan

Terdapat pelbagai tingkah laku bukan lisan yang ditujukkan oleh pelajar antaranya eksperesi wajah atau mimik muka. Eksperesi wajah atau mimik muka ialah penglahiran rasa hati, emosi, fikiran, penilaian dan keadaan pelajar. Guru harus peka terhadap mesej yang dilahirkan melalui wajah pelajar. Pandangan atau kotak mata juga membolehkan guru mengintepretasi tingkah laku bukan lisan. Antara tafsiran yang dapat dilakukan oleh guru melalui kotak mata ialah memberi perhatian, tunjuk minat, tanda hormat, menggalakkan luahan perasaan yang jujur, rasa kesungguhan dan laia-lain lagi

Cara duduk pelajar juga membolehkan guru mentafsir sama ada pelajar tersebut berminat atau tidak semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Jika pelajar tersebut duduk dengan condong sedikit ke hadapan maka pelajar tersebut ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sesuatu yang Mengangguk juga adalah tingkah laku bukan lisan. Apabila guru menerangkan sesuatu kemudian pelajar mengangguk. Ini menunjukkan pelajar tersebut memahami isi yang disampaikan oleh guru.

Kemahiran Memberi Tindak Balas

Kemahiran tindak balas memerlukan guru memberi perhatian kepada perasaan dan pernyataan lisan murid. Dengan membalas kata-kata akan dapat mewujudkan hubungan yang baik antara satu dengan lain. Tindak balas yang diperlukan adalah tindak balas yang positif bukanya tindak balas yang negatif

Kemahiran Mengenal Pasti Masalah 

Salah satu untuk mengenal pasti masalah ialah dengan membuat tinjauan. Tinjauan ini membolehkan guru mengumpul maklumat penting mengenai isu yang mungkin timbul dalam kalangan murid terutamanya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ini dapat memudahkan guru dalam mengesan masalah yang hadapi oleh murid.

Kemahiran Melaksana Intervensi

Setiap kanak-kanak Pendidikan Khas perlu diberi intervensi awal iaitu satu program yang tersusun, berstruktur, dan berperingkat.Hal ini kerana Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pengesanan pada peringkat awal lagi bagi membolehkan mereka mengikuti suatu sistem persekolahan yang terancang bagi mengembangkan potensi diri mereka. Dalam mengaplikasikan kemahiran ini terdapat beberapa cara yang digunakan mengikut masalah yang dihadapi oleh murid tersebut. Antaranya ialah kaedah komunikasi untuk mengatasi masalah pertuturan. Penggunaan alat-alat seperti komputer juga dapat membantu dalam meningkatkan lagi kaedah komunikasi


5 orang dah komen :

Remy hazza said...

thanks for ilmu..... boleh digunapakai......

Kesuma Angsana said...

kat sekolah pernah jd Pembimbing rakan sebaya !

nik ros said...

info berguna.thanks :)

BUNDA a.k.a KN said...

bunda datang..

C.T.K said...

awk bljr kauseling ke?thank 4 the info..kena jge tingkah laku ni...bru lecturer xsyak something..ehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...