Perkara yang patut anda tahu bila belajar di IPG


* Tak tahu nak buat tajuk apa

Selama 5 tahun 6 bulan berada di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu (2007-2012), Hana nak ceritakan perkara yang hana rasa susah nak percaya bila masuk IPG

Belajar semua subjek
Hana ingat belajar pasal opsyen (Pend Khas) rupa-rupanya kena belajar semua subjek termasuk yang opsyen. Cuba bayangkan... Bahasa Melayu, Hana kena belajar dari sejarah BM , sampai lah mengkaji kesalahan dalam ayat. Baru Bahasa Melayu, belum masuk Sains, Inggeris, Matematik, Tamadun Islam, Asas Kepimpinan, Perkembangan Kanak-kanak, Teknologi Maklumat, Murid dan Alam Belajar, Pend. Jasmani, Pend. Seni Visual, Guru dan Cabaran dan banyak lagi. Paling banyak subjek dalam satu sem adalah 8 subjek. Subjek yang paling sikit KLIK SINI. Setiap subjek ada kerja kursus+exam. Yang paling dasyat bila satu subjek tu ada teori+amali+ujian amali. Lepas habis perkara dasyat ni baru ada final exam.

Larian 2.4km dalam masa kurang 15minit
Hana tak percaya masuk IPG ada lari-lari macam ni untuk subjek Pend. Jasmani. Sebelum memulakan sesi pengajaran kena lari 2.4km dulu. Seminggu 3 kali kena lari 2.4km. Kalau 3 tahun?. Larian 2.4 km adalah salah satu komponen dalam ujian Kecergasan (UKJK). Jadi pandai-pandailah nak lari 2.4km dalam masa kurang 15minit.   Hana memang orang terakhir or kedua terakhir yang berjaya menamatkan 2.4km. hahaha tapi tak kisah dah berapa masa janji dapat tamatkan 2.4km. Hana bab-bab lari jarak jauh kureng sikit. Kalau lari pecut Hana champion. * riak di situ

Kajian Lapangan dan Kajian Tindakan (AR)
Kajian Lapangan = Hana pergi ke Kuala Krai (pedalaman), pertama kali Hana jejak kaki kat tempat macam tu. Kalau pergi tengok ok lagi, ini kena buat kajian di bawah tajuk Kajian Sosial. Kena kaji sistem saliran, ekonomi, cuaca, tumbuhan dan sebagainya. Naik bot menyusuri Sungai Kelantan..  terasa macam masuk rancangan ekspedisi kat tv plak. hehe
Kajian Tindakan= Kepada pelajar yang dah tamat degree korang mesti rasa macam "tak sangkanya dapat siapkan kajian tindakan". hehe Macam tu juga dengan Hana. Kalaulah laptop masa tu buat hal dan segala bahan hilang. Aduh... boleh pengsan.

Pembentangan (presentation)
Hana ni sebenarnya tak berani bercakap depan orang ramai. Tapi bila masuk IPG, ada presentation. satu subjek tu kadang-kadang sampai 3 presentation. Jadi sedikit sebanyak Hana ada keyakinan diri. Yang paling best bila Hana dapat pujian dari penilai masa pembentangan Kajian tindakan (AR). Bukan calang-calang pembentangan. Yang penting Hana melakukan presentation AR tu menggunakan mikrofon :) Hana kalau guna mikrofon terketar-ketar dan terasa suara Hana tak terkeluar. KLIK SINI untuk tengok Hana guna Mikrofon. Kalau tak guna mikrofon of course suara Hana kuat. Orangnya kecik suaranya kuat ok, nama pun cikgu :)

Terlibat dengan Hari Kemerdekaan ke 50/2007
Rasa teruja bila diberi peluang menjayakan Hari Kemerdekaan ke-50. Maklumlah masa tu Hana berstatus junior di IPG.  Selalunya apa-apa program mesti senior yang join. Lepas tu, bila Hana jadi senior, baru Hana tahu kenapa senior kurang join aktiviti luar. Sebab senior banyak kerja. Nak tahu persembahan Hana semasa Hari Kemerdekaan KLIK SINI

Hana yang duduk+tengah

Ada je kisah nakal-nakal Hana di IPG.. Biarlah rahsia :)
Cita-cita Hana SEBELUM BERGELAR GURU < klik

P/s: entri konvo selepas ni ok


38 orang dah komen :

Fais-SKA said...

skrg jd cikgu pnd.khas ke??? ssh x ajar bdk2 istimewa ni?? hehehe kalau sy ni mnat jd cikgu msti dh cuba jd ckgu skrg =) bguslah..jd cikgu krja yg mulia

Sarah Mohd Saleh said...

Uishhh susah gak er masa blaja ipg tu.tp skrg ni kesiankan kat bbdak yg lum abeh lg deyrg tak dijanjikan dpt keje guru kat skolah lg mcm dlu. Kene fight dgn student dr uni len. Tp hana da de keje,so bsyukurlah kan. Tahniahhh :)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum hana, rumit gak nak jadi cikgu kan. hehehe cerita sikit kisah nakal2 tu.. hehehhee :)

Latifahzainal said...

lorhh ada lari2 jugak ek..jauh jugak tu..pastu seminggu 3 kali..huhu..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Best bila ingat masa belajar.

Nina Mads said...

tahniah hana..tercapai impian menjadi guru :)

Unknown said...

assalamualaikum..hana hadi :)

ayie pun dah lama x berlari jauh... skrg klu berlari mcm hana tu...tentu ayie sama taraf dgn hana jer kot? hehe

Akupenghibur.com said...

wahhh tahniah .... dah jadi cikgu dah ..syoknye :)

suri said...

salam untuk sahabt hana..tu akhir jadi guru1 juga hee dri kita ni tak der jadi guru lagsung nnti kena harapkan anak jelh jwbnya..

bukan mudah nk jadi gru skrg ni..dulu nk jdi guru mudah jer skrg mmg susah dan byk saigan..

thniah jika anda dh hbis bljar hee..

wsalm dari cc.c

Dayang Deno said...

wah besttt!!! deno pun suka jadi cikgu nih.... :)

QasehnyaRania said...

as-salam.
menrik
in shaa ALLAH dik teruskan usaha murni mu itu..

camno nk apply ipg ni ye?

Annamariana1989 said...

wah, xpe berbakti ngan ikhlas k.. makcik anna pon macam hana juga..

hana hadi said...

@QasehnyaRania
nanti ada hebohan kat akhbar petengahan tahun. tak pun buka laman web kementerian.

hana hadi said...

@S.K.A
hana ajar murid bermasalah pembelajaran. susah juga la dari segi nak kawal murid. kena banyak bersabar.. hehe dan layan jee

Unknown said...

huhu.. lyla tau.. coz ade kwn lyla kat ipg ipoh.. gudluck tau.. :') jadi guru yg baek nnti..

Unknown said...

owh sama ngan anak sedara akak laa jd cikgu pdd khas..ajar budak umur dah banyak tapi ajar abc lagi...mg terus berbakti....

faiq said...

tahniah dah konvo..hehe..pasni selamat menjadi guru..ayok,letih nnt da keje

Tengkubutang said...

good luck cekguuu.. =)

Anonymous said...

best nya..tahniah..smga berjaya.jgn ptus asa k. S.E.M.A.N.G.A.T!

Mel said...

mel pernah jadi cikgu..Macam2 hal budak sekarang. Masa hana masuk sekolah nanti, bersedia emosi mental.Dulu masa ngajar, ada cikgu tu sampai g jumpa pakar sebab tension sangat. Semoga hana jadi cikgu terbaik!

H.A said...

hana..lepas ni leh sambut hari guru ngn students pulak...best taw. :)

red jambu said...

macam banyak jew cabaran dia kan..huhu.. x sanggup kot. ihhihi.. gud luck yea sis.. ^^

Unknown said...

tak sangka pulak susah
serius terkejut bila baca entry ni

hana hadi said...

@cik amal
hana yang melaluinya pun xsangka. ingat mengajar senang je a b c sekali kena belajar semua.huhu

puteri kasih said...

semoga hana menjadi seorang guru yang cemerlang :)

Fiza Rahman said...

Tahniah cikgu. Agak mencabar juga nak ajar budak pendidikan khas yer.

nae nematoda said...

tak pa , jadi cikgu ni ramai orang suka...mak mertua pun suka :D

caliph shuriken said...

wahh, lamanya awk dok kt IPG tu, huh...

Unknown said...

remy teringin nak jadi cikgu....... tapi tak dapat......

Syamimi Saad said...

semoga menjadi guru yng berjaya.. =)

NinaAz said...

belajar dekat KB eh. kea memg asal KB?

hana hadi said...

@NinaAz
asal kedah. belajar kat KB :)

Unknown said...

Bljar ipg mmg best.. 5tahun 6bulan rasa mcm sekejap je. Satu lgi hanya ada di ipg adalah BIG.. setiap sem ada big...hehe

Unknown said...

Seram sejuk pulak rasa nak blaja nanti

P/s : bakal pelajar IPGKKB 😂

Unknown said...

BIG tu ape ? Boleh jelaskan tak ?

hana hadi said...

@Abdul Muttaqiin BIG(Bina Insan Guru) wajib suma pelajar setiap sem. Macam satu program yang kita kena handle sendiri ( kertas kerja, buku program)pensyarah akan menilai

tahniah dapat masuk IPGKKB bukan senang sekarang ni nak masuk IPG

Health and Wellness Blog India said...

That was a VERY interesting one! Seriously interesting.

Unknown said...

bagus blog .btw..akak cuma nak share ..klau ade adik2 nak msuk farmasi dkt widad uni bole pm sis bg info.. satu lg..sis jaga program utk PAKK pendidikan under upsi .rayuan dh dibuka ut bole aply...anythg nak tye or nak mohon bole direct 011-16930576..wsp ler

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...