ISU PENDIDIKAN KHAS -MURID-


KEHADIRAN MURID
Memang tidak dapat dinafikan murid-murid khas ini didapati kerap tidak hadir ke sekolah. Hal ini dapat dilihat di dalam sesebuah kelas Pendidikan Khas. Secara purata 4 daripada 8 murid Pendidikan Khas sahaja yang hadir ke sekolah pada setiap minggu. Pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah ini. Antaranya ialah masalah pengangkutan dan masalah kesihatan. Terdapat Ibu bapa yang tidak berkemampuan serta tidak memiliki kenderaan yang menyukarkan mereka untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Contohnya, seorang ayah yang menghantar anaknya ke sekolah setiap hari, tetapi apabila dia sakit maka anaknya tidak dapat hadir ke seolah seperti biasa. Walaupun perkara tersebut adalah perkara biasa, namun perkara tersebut merupakan salah satu perkara penting yang termaktub dalam undang-undang sekolah.

PERLABELAN MURID
Isu seterusnya melibatkan murid adalah berkenaan pelabelan murid semasa berada di program Pendidikan Khas. Murid-murid khas sering dilabel dengan panggilan-panggilan yang buruk seperti ‘budak cacat’ , ‘bodoh’ dan sebagainya. Murid-murid Pendidikan Khas juga mempunyai perasaan seperi murid-murid normal. Apabila mereka dipanggil dengan pangilan buruk ini akan membuatkan mereka tertekan. Masalah perlabelan ini selalu terjadi dan kadangkala ia akan menimbulkan masalah tingkahlaku murid Pendidikan Khas seperti bersembunyi bagi mengelakkan daripada diejek oleh murid-murid lain. Terdapat sesetangah murid Pendidikan Khas yang sukar mengawal emosi akan bertindak lebih ganas sehingga memukul si pengejek tersebut.


2 orang dah komen :

Anonymous said...

hana sama bidang macam blogger juliet ira ke?

Hana said...

@MaYa MustWany xkenal juliet ira..apa link blog dia?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...