10,715 Cikgu Baru

 06/10/2012 - Berita Harian

 
Kumpulan pertama siswazah lulusan IPGM, IPTA akan diberi penempatan mulai tahun depan

Kuala Lumpur: Seramai 10,715 graduan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan diberi penempatan, tahun depan.
Mereka adalah kumpulan pelajar yang sudah dan bakal menamatkan pengajian tahun ini di IPGM serta IPTA, dan akan dilantik ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS).
"Kepada mereka yang akan dilantik sebagai pendidik, berkhidmatlah dengan jujur dan penuh dedikasi," Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri
Kerajaan menetapkan keputusan itu selepas mengambil kira secara terperinci keperluan guru dalam jangka panjang yang digariskan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelantikan itu tertakluk kepada graduan yang memenuhi syarat skim perkhidmatan PPPS, sudah membuat permohonan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan berjaya dalam temu duga dikendalikan SPP.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, seramai 2,960 graduan terbabit dikenal pasti sudah menamatkan pengajian mereka sebelum 1 Julai lalu dan dijadualkan menjalani temu duga oleh SPP.

Penempatan interim
“Mereka adalah 2,478 graduan program J-QAF (Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardu Ain), 368 dari program TESL (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua), 90 dari program KPLI (Kursus Perguruan Lepas Ijazah) IPGM dan IPTA termasuk mereka dari Program Pelajar Cemerlang (PPC), 14 dari program Bahasa Perancis, dan 10 calon mengulang temu duga berdasarkan keperluan opsyen.

“Sementara SPP menyelesaikan urusan temu duga, Kementerian Pelajaran akan membuat penempatan secara interim bagi kumpulan ini mulai 16 Oktober ini. Pelantikan tetap adalah tertakluk kepada keputusan temu duga oleh SPP,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sementara itu bagi baki 7,755 pelajar yang menamatkan pengajian selepas Jun lalu, Muhyiddin berkata, mereka perlu mengemukakan permohonan kepada SPP untuk pelantikan ke jawatan PPPS Gred DG41 supaya penjadualan temu duga dapat disegerakan.

“Penempatan mereka yang lulus temu duga SPP akan dibuat tahun depan. Kepada mereka yang berjaya dan akan dilantik sebagai pendidik, berkhidmatlah dengan jujur dan penuh dedikasi,” katanya


12 orang dah komen :

Everything's Everythings said...

Wahhh boleh tahan ramai juga cikgu baru ^^
semoga mereka ikhlas berkhidmat inshaAllah ;D

Cikgu Ma said...

saya salah seorang daripada jumlah yg bakal di postingkan..insyallah...

Nick Nashram said...

alhamdulillah, tesl pun tan sri sebut sekali..yang interim tu camne pulak?

boni kacak said...

saya sayang cikgu :P

THE AUTHOR said...

Saya suka cikgu baru...kikiki

bwarghhhhh said...

untunglah.akan dipostingkan.
selamat mengajar cikgu.dengan hati yang ikhlas ye :)

*drop by**lalu singgah*

tiefazatie said...

murah rezeki cikgu2..

MalizaMah said...

hmmmmm....
awk sem berapa skrg?

shinji izac said...

suka cikgu baru sebab leh buli :P

ps : perangai nakal waktu skolah dulu..

Cikrosecute said...

ramainya cikgu baru....jangan kena buli sudah....murid2 sekrg nie notty sikit kikiki

aming said...

sdpnya cikgu..jurusan lain masih menganggur..huhu

Jahirah said...

hope keputusan diaorg terbaik utk semua...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...