Guru Perlu Mengaplikasikan Kemahiran Asas Kaunseling
Guru berperanan sebagai pendidik, pemudah cara, pemimpin, pembimbing,
penilai, perancang, perunding dan pendorong ke arah kecemerlangan murid. Oleh itu, guru perlu mempelajari kemahiran-kemahiran penting bagi memastikan kelancaran pengurusan murid samada dari segi tingkah laku ataupun akademik murid.
Dalam kaunseling terdapat pelbagai kemahiran asas yang dapat di aplikasikan oleh guru biasa antaranya ialah kemahiran kemahiran melayan dan mendengar, kemahiran mengintepretasi tingkah laku bukan lisan, kemahiran memberi tindak balas, kemahiran mengenal pasti masalah dan kemahiran melaksanakan intervensi
Sebagai guru, kita harus mengaplikasikan kemahiran-kemahiran asas kaunseling tersebut sebagai tambah nilai dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menggalakkan dan meningkatkan potensi pelajar. Apabila guru mengaplikasikan kemahiran-kemahiran asas kaunseling, pelajar dapat belajar dengan baik dalam suasana persekitaran bilik darjah yang kondusif sekaligus dapat mendorong pelajar ke arah kecemerlangan.
0 orang dah komen :