Hukum memuji orang bukan Islam


Ia bergantung dengan apa yang di puji. Jika kita memuji mereka dalam urusan agama mereka, maka ia dilarang.

Contoh :
"Siva, kamu rajin pergi ke kuil"

Jika kita memuji mereka dalam urusan yang diharamkan oleh Islam, maka ia dilarang juga.

Contoh :
"Ah Seng, pandai kamu berjudi. Kamu mesti menang"

Allah berfirman : "Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam dalam melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perinth-Nya)"[al-Maidah 5:02] Memuji mereka dalam urusan agama mereka atau dalam urusan yang diharamkan oleh Islam termasuk dalam kategori bertolong-tolongan melakukan dosa dan pencerobohan. Kita sepatutnya mengajak mereka kepada Islam dan apa yang dihalalkan oleh Islam bukan menggalakkan mereka kepada yang sebaliknya

Adapun ke atas sikap mereka yang bagus seperti jujur, rajin, bijak dan sebagainya kita boleh memuji mereka. Allah pernah memuji sebahagian Ahli Kitab ( Yahudi dan Kristian) dengan sikap amanah mereka:

" Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu." [Ali Imran 3:75]

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Erm... lawan kepada memuji nie kutuk ke?? Macam lebih kurang ja.. Boleh tak Islam kutuk bukan Islam. Macam tak sopan dan terus terang hana tak pernah kutuk bukan Islam. Tapi kawan hana kata kutuk bukan Islam tak pa.huhu Hana diam ja.. Kalau boleh kutuk pun hana tak sampai hati la. Diorang pun ada agama ada perasaan macam kita..huhu


Rakan sekelas hana yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Hana sayang kawan-kawan hana


3 orang dah komen :

stellaizz said...

kawan2 stella pon dulu byk beragama lain..

1 malaysia lahh kata kan

emylase. said...

betul walaupun berlainan agama,
tapi kita kena hormat agama diorang supaya diorang hormat jugak agama kita =)

Jahirah said...

berlainan agama tak bermaksud boleh hina agama lain sesuka ati...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...