Kini aku Isteri ke 2


Ada seorang mamat nie, bekerja dalam satu bagunan. Hana bekerja sementara. Kawan hana kata dia suka kat hana, Hana wat bodo je. Dia hensem ada rupa tapi hana tak terfikir nak bercouple pun.  Masa tu kan hana budak lagi dalam umur 18 tahun kot, Pergh.. memang muda. Hana pernah juga bersembang dengan dia. Sembang-sembang kosong. 

Waktu malam kami berempat keluar makan termasuk mamat tu. Keluar sekadar kawan untuk suka-suka mengisi masa lapang. Masa tu lah hana baru tau yang dia suami orang tapi tak da anak. Ya Allah, selama ni aku bersembang, ber'SMS' dengan suami orang. Kiranya dalam situasi ni hana dikira melayan juga dia kan??? tapi melayan sebaga kawan.huhu Start pada hari tu hana tak layan SMS dia. Sudah sekian lama tiba-tiba nombor telefon dia muncul di skrin handset hana. Hana ingat nombor dia sebab ada 000 di akhir nombor tersebut. Hana buka SMS tu.

'Saya isteri kepada .................... ' Awak hana kan?

(dalam hati hana rasa berdebar-debar, dia marah hana ka? kan hana tak layan dia dah)

'Owh, kenal-kenal. kenapa ye?

(mesti mamat tu cerita pasal hana kat isteri dia.sudah la, habis hana kali ni. Masa tu hana ingat hana pesalah besar meruntuhkan rumah tangga orang)

' ............... suka kat awak. Dia nak awak jadi isteri dia

'Kenapa saya?'

'Sebab dia suka awak. Awak berterus terang dengan saya, awak suka dia juga kan?'

'Saya belajar lagi la'

'Saya tanya awak, awak suka dia tak'

(secara jujurnya hana tak suka dia, hana fikir belajar ja)

'Saya tak suka dia, saya anggap dia kawan saya'

'Ok takpalah, saya tak boleh bagi apa yang dia nak, Jadi saya nak awak jadi isteri dia dan bagi apa yang dia nak'

(Apa yang dia nak dari hana? lama hana fikir.. anak kot. Eeuu.. biar betul , aku muda lagi kot)

'Maaf ye'

'Ok takpa lah'

(Fuh, nasib baik)

Hana tak dapat nak bayangkan kalau hana dah kawin. Sekarang umur 23 tahun pun hana masih tak terfikir pasal kawin. Padahal ada ja kawan-kawan yang umur 20 tahun dah kawin.dah ada anak pun.huhu

Kalau hana jadi terima dia, Sekarang nie hana dah anak kot.hahaha berapa orang anak ye?? bahagia ka hana mcm gambar di bawah ni?

 
Erm... macam mana isteri dia sekarang? Dia kahwin lain ke tak?

Lost contact. Kalau lah hana simpan nombor isteri dia, nak ja hana SMS. Tapi tak berani.hehe


5 orang dah komen :

luqman zakaria said...

wah! xpernah dgr pengalaman yg macam nih..ingtkan dalam movie je~

BlueiceButterfly said...

~fuh..ble kecut perut dapat mesej camtue >_<

Onitsuka_hana said...

@BlueiceButterfly wisau time tu.huhu

Onitsuka_hana said...

@luqman zakaria hehe

CaDLyNN said...

mak ai..sure terkejut dpt sms cmtu dr isteri org..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...