Konsep 5P dalam PSV


by : Mr Google
Konsep 5P merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam rangsangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid. Konsep 5P terdiri daripada proses penggabungjalinan kemahiran, penyerapan pengetahuan, penerapan nilai murni, pemulihan dan pengayaan
PERLAKSANAAN 5P DALAM PENGAJARAN PSV

Penggabungjalinan

Penggabungjalinan ialah satu proses yang menggabungkan pelbagai bidang kemahiran dalam satu pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran yang intergratif dan menyeluruh. Penggabungjalinan ini bertujuan untuk
membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran secara serentak dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran.

Meningkatkan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.
Menarik lebih minat pelajar kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna kepada murid-murid.Memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan murid- murid secara seimbang dan menyeluruh.

Terdapat tiga bentuk penggabungjalinan iaitu penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran, pengabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain dan penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum.


Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran melibatkan kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan lain-lain. Contohnya cikgu menyuruh pelajar melukis lima buah-buahan tempatan kemudian mewarna buah-buahan tersebut Oleh itu pelbagai kemahiran yang dapat diterapkan dalam aktiviti tersebut antaranya ialah kemahiran berfikir, melukis dan mewarna. Kemahiran utama yang cikgu tersebut hendak fokuskan ialah kemahiran melukis iaitu objektif utama pengajaran dan pembelajaran. Manakala kemahiran sampingan ialah kemahiran yang digabungjalinkan dengan kemahiran utama iaitu kemahiran mewarna dan berfikir.

Bentuk penggabungjalinan yang seterusnya ialah penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran yang lain. Penggabungjalinan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain amatlah penting untuk meningkatkan kemahiran murid. Contohnya kemahiran daripada Pendidikan Seni Visual boleh digabungjalinkan dengan mata pelajaran Kajian Tempatan. Bagi mata pelajaran Kajian Tempatan, pelajar perlu megenali peta Malaysia. Oleh itu pelajar perlu melukis dan mewarna peta Malaysia mengikut nama-nama negeri yang terdapat di Malaysia. Kemahiran dalam Pendidikan Seni Visual seperti melukis dan mewarna digabungjalinkan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan.
Bentuk penggabungjalinan yang terakhir ialah penggabungjalinan merentas kurikulum. Penggabungjalinan ini melibatkan kemahiran - kemahiran belajar untuk belajar, kemahiran berfikir secara kreatif & kritis, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran pelbagai kecerdasan dan kemahiran generik. Penggabungjalinan merentas kurikulum bermaksud kemahiran diluar pembelajaran. Contohnya dalam menghasilkan kraf tangan, pelajar haruslah berfikir secara kreatif dan kritis bagaimana hendak menghasilkan kraf yang menarik.

Penyerapan Pengetahuan

Penyerapan pengetahuan adalah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu matapelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi satu mata pelajaran yang diajar. Penyerapan pengetahuan melibatkan unsur pengetahuan dan bukannya kemahiran.

Kelebihan Penyerapan pengetahuan dalam Pendidikan Seni Visual ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik walaupun tajuk yg hendak dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya.Kelebihan ke dua ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yng lebih produktif dan efektif. Kelebihan seterusnya ialah pemilihan isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran lain,murid menjadi lebih ceria, bersemangat dan progresif.

Terakhir, murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang dipelajarinya dengan penyerapan, hubung kait dengan pengetahuan dari mata pelajaran lain.
Dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, guru boleh menambahkan pengetahuan pelajar dengan menceritakan serba sedikit mengenai sejarah Seni Visual serta tokoh-tokoh terkenal dalam seni. Oleh itu, guru bukanlah semata-mata mengajar kemahiran-kemahiran mewarna dan melukis sahaja

Penerapan Nilai-Nilai Murni

Penerapan nilai-nilai murni ialah proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Penerapan nilai ini berlangsung melalui dua pendekatan iaitu pendekatan implisit dan pendekatan eksplisit.

Pendekatan implisit seperti guru-guru secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai. Contohnya, guru berpakaian bersih dan kemas apabila mengajar dan secara tidak langsung guru tersebut menerapkan nilai kebersihan dan kekemasan untuk dijadikan contoh kepada pelajar.

Pendekatan eksplisit ialah mengadakan suatu peraturan, arahan dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan. Penerapan secara eksplisit adalah lebih terancang, dengan matlamat dan cara pelaksanaan serta penilaian yang jelas.


Dalam konteks pendididikan seni visual, guru tersebut boleh meminta sekumpulan pelajar mengemas bilik seni sekolah. Secara tidak langsung ini dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti kerjasama, ambil berat dan sikap toleransi.
Pengayaan

Pengayaan adalah satu aktiviti yang lebih mencabar kebolehan pelajar disamping menambah minat dan pengalaman yang dapat membantu pelajar ke arah perkembangan dan bakat diri. Pengayaan juga dapat membuatkan pelajar berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup serta melahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri.

Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang kepada pelajar untuk mengembang minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan serta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan juga masyarakat.


Dalam Pendidikan Seni Visual, guru boleh mempelbagaikan aktiviti pembelajaran mengikut bidang-bidang tertentu untuk meningkatkan dan menambah minat pelajar dalam mata pelajaran seni. Aktiviti tersebut haruslah mencabar serta menguji kemahiran pelajar supaya pelajar dapat melahirkan daya kreattviti tersendiri.

Pemulihan

Pemulihan bertujuan untuk membaiki kelemahan pembelajaran. Melalui pendidikan pemulihan pelajar yang lemah dapat diasuh dan diberikan tumpuan yang lebih berbanding pelajar lain. Contohnya, dalam Pendidikan Seni Visual, pelajar yang kurang kemahiran dalam melukis akan diajar mengikut teknik-teknik yang sesuai secara berulang kali.


Pelajar juga turut diberikan peluang untuk mencuba menggembangkan potensi diri mereka dalam pelajaran dan minat mereka untuk mecuba ke tahap yang lebih maju.

12 orang dah komen :

KinosKoko said...

nice info..thanx btw

zureen said...

eh eh.. cikgu psv?

Onitsuka_hana said...

Bukan cikgu tapi bakal cikgu. Subjek PSV tu minor.. Hana suka subjek nie..

CiK JaCObS said...

terima kasih..anda sgt membantu saya dlm menyiapkan tugasan diberi...saya pun minor PSV juga..TQ hana..sy copy mklumat awk nie..

The Sunbae said...

thanx. org ambik ckit maklumat dalam ni eh. =D

Anonymous said...

Tqvm, saya mohon kebenaran guna maklumat yg ada utk buat tugasan. Semoga Allah memberkati jasa anda.

yona said...

Hana major apa??

yona m said...

Hana major apa?? sy pu minor PSV..

yona m said...

Hana major apa? sy pn minor PSV..

hana hadi said...

@yona m
hana pendidikan khas :) tapi semua subjek hana belajar

Hasrulnizam Hassan said...

sangat bagus

Hasrulnizam Hassan said...

sangat bagus:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...