Kenali Diri Melalui Warna Kereta


Bagi yang sudah memiliki kereta, sila tengok personaliti korang
Kalau korang hendak beli kereta, warna apa yang korang nak? silver, hitam, putih, biru, kuning, hijau, merah

SILVER  
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrXuI-mi-XXm_U5g-n_KXesQaxpkhYSm5V-4B71cj9gLRuOJXjED3UdMFAQ1HuLfEQOrjzBWLnPrT_rqaeZuyIifkBd5cVnis4vOH_uDYfluzm37r68q3I3obQeJuqgeGhkKDjQAeyjw/s1600/myvi-colour-glittering-silver.JPG
Seorang yang pantas bertindak dan membuat sebarang keputusan. Tidak suka meremehkan kerja atau menangguhkan sesuatu pekerjaan. Mereka tak suka simpan masalah lama-lama. Sebaik saja masalah itu dapat dikenalpasti, mereka akan bertindak untuk menyelesaikannya dan tindakan itu banyak menyelamatkan keadaan daripada menjadi bertambah buruk. Tidak suatu perkara pun yang boleh menghalang mereka daripada melakukan apa yang mereka ingin lakukan dan ini ada juga keburukannya kerana mereka bertindak mengikut kata hati. Namun begitu, sikap mereka yang sensitif lebih membuatkan teman-teman pening kepala.

HITAM
https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTCMcjkcZEoig3Bq1h-PBpag7bhZnmOmp-Knqec7hFMbAwSfEKk
Mereka sanggup melakukan apa saja demi kepentingan diri mereka serta keluarga. Mereka tidak mudah berputus asa kerana mereka akan mencuba hingga mencapai apa yang dihajati selama ini. Bersikap panas baran. Cuba kawal sikit sikap panas baran yang membuatkan teman-teman sering makan hati.  Bila dah marah, mulalah tak ingat dunia! Itu yang selalu menjadi punca pergaduhan bersama si dia dan teman. Namun begitu, sikap mereka yang terlalu mementingkan persahabatan membuatkan mereka disenangi ramai.

PUTIH
 Pemilik kenderaan itu dikatakan seorang yang gemarkan kedamaian hidup dan inginkan kehidupannya sentiasa tenang dan tenteram. Mereka juga cepat berpuas hati dengan kehidupan mereka sekarang. Selain itu, sudah pastinya mereka ini seorang yang pembersih. Orangnya juga lebih tenang dalam menangani sebarang masalah. Kelemahan mereka pula, kadangkala mereka ni suka sangat bersikap acuh tak acuh dan memandang remeh pada sesuatu perkara.

BIRU
 https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTNuMmmtzf5__940smSDDT-7uGSEWUbmSfOIATLAUag1-DDmEjnBQ
Warna ini juga dikaitkan dengan sikap romantis tapi selain itu, ia turut melambangkan sikap optimistik dan yakin boleh. Mereka maintain cool dan susah nak "naik darah" seperti kebanyakan pemandu lain. Mereka ini juga gemar membuatkan orang lain rasa gembira ketika bersama mereka. Selain itu, mereka juga suka buat lawak.

KUNING
 https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQsqHkHR9tlWoG5yhpVLP4Mji0EUdMGnbv1Y7D2ClsHmCVZohdozw
Gemar dirinya menjadi perhatian orang lain. Selain itu, mereka juga seorang yang bersemangat di dalam hidup. Biarpun begitu, hidup mereka sering dilanda kesunyian. Mungkin kerana sikap mereka sendiri yang sukar untuk didampingi. Mereka nak orang lain yang mula hulurkan persahabatan dulu.

HIJAU
 http://media2.paultan.org/w/fit-hybrid.jpg
Warna hijau juga sering dikaitkan dengan duit. Biarpun begitu mereka juga dikatakan seorang yang pemurah dan tak lokek dalam soal duit serta baik hati. Sanggup berkorban masa dan wang ringgit mereka demi menolong mereka yang memerlukan bantuan mereka. Sebenarnya mereka ini suka jika dapat membantu orang lain agar hidup gembira. Prinsip mereka, lebih mulia jika menolong orang lain tanpa mengharapkan balasan. Kadangkala sikap mereka ini sukar untuk dibaca dan lebih senang berahsia soal peribadi dirinya.

MERAH
Mereka yang memilih warna merah untuk kenderaan mereka dikatakan dikuasai oleh emosi dari segi perasaan mereka. Kadangkala mereka lebih gemar bertindak menurut kata hati dan naluri . Mereka ini sangat percayakan naluri sendiri, kebanyakan keputusan yang diambil itu tepat sekali seperti yang diduga. Selain itu, mereka juga punya kelebihan untuk meneka dan "membaca" perasaan orang lain walaupun tidak dinyatakan secara terang-terangan. Sebab itu juga mereka ini sering menjadi tempat teman mengadu hal kerana mereka lebih memahami.

       P/s : Betul la tu...wink^wink

54 orang dah komen :

Unknown said...

patutler keta remy kaler biru.......he3

✿INA AINAA✿ said...

ena suka warna merah.. hahaha macam ada persamaan sikit2.. hikhikhik

MalizaMah said...

Saya mmg akn pilih merah!!!! Merah mmg kesukaan. Diikuti putih then hitam.

Unknown said...

shiyda kaler putih ! heeee :P

Unknown said...

eh saya pilih , biru dah lama mengidam kereta biru, tapi masi student. hihihi

Anonymous said...

Our car warna putih.. Kalau ada rezeki next kereta warna hitam.. Personaliti tu mostly terkena laa.. Haha

Hazmin Hamudin said...

Warna pink takda ke hana? Kih3...

Admin said...

takde keta lagi ni,
tak boleh nk ramal la. hehe..

Annamariana1989 said...

kalau warna warni kak?

secret of us said...

salam..^^ala..color pink xde ker..huhuhu..

Niesa said...

kalau motosikal merah pn lebih kurang la kan?hehehe..pink xde ke? :P

Unknown said...

xder keta...tumpang keta suami jer..hahaa

ayut said...

lom ada kete..tp suke gan wane ijau..hihihi :)

el said...

kelabu xde plak lol

Miss Volvo said...

kuning!! ye btl mmg sukar d dampingi :D

Fiza Rahman said...

KEta saya kaler hitam. Tapi saya tak panas baran tau ☺☺

Miss Zahirah said...

sbnrnya nak kaler biru metallic tp xde..
tpksa amik putih laa..
pembersih? ye mmg pn.. hihihi
angkt bakul sdri.. ;b

Azza Afdzal said...

putih n hitam

cikeyrah said...

warna itammmm heee . .mcm sama jek hee

JEmput Join segmen 1sr GA dr qira :

http://sukesukicikkeyrah.blogspot.com/2012/12/k-1st-ga-azam-tahun-baru-2013-anda.html

Mimie said...

sy suke kaler itam n silver

boni kacak said...

saya suka putih dan hitam..

Myra Jay said...

Dulu masa nak beli kereta dok konpius antara Silver dan putih, at last pilih kaler putih... :)

Rasa macam ada betulnya :D

eyriqazz said...

saya pilih silverr...

CaDLyNN said...

maroon jatuh kategori merahla kan kan? :p

Unknown said...

xde kete lagi nih kekeke

nurulakmal said...

adala sama sikit-sikit. :)

Hanna Nabiella said...

kite merah! haha :D

Keknis said...

anis belom ada kereta tapi suka dengan warne silver atau putih..hehehe :)

iAmCekbolat said...

bolat takda keta sndiri lagi ! hahaha .

tapi suka kaler merah . hiks

Zehan Ilyana said...

=( saya takde kereta...

kurus said...

wahh yang hitam tuuu kena je ngan akak nie adehhh ;))

Unknown said...

kereta putuh dan silver memang byk org pakai...hana...:)

Unknown said...

haiya..warna kegemaran saya berubah ikut jenis kereta..kalau myvi saya suka hitam, proton saga putih, viva hijau, kereta mewah silver..hehe banyak personalitilah nampaknya,,

donnyien said...

hai,suka warna putih dan silver je hehe..

Potia Casadelarossa said...

klu sy Ada 2 mcna? putih dgn biru ?

Cendekiawan IT said...

wah, sepertinya ada benarnya juga nih... ane punya warna biru... haaaa

salam kenal ya...

nuyui a.k.a miss YUI said...

ada moto je ni..hihi.

are_lin@yu said...

hehe ayu nak putih biru merah..

Nurrul Hazieqah said...

ERR , merah.. thats me ! ^^ hehehe

ewanthology said...

Kereta saya kaler biru..klu jem tu naik darah jugak

ewanthology said...

Kereta saya kaler biru..klu jem tu naik darah jugak

aku HaniAsyira said...

warna biru!! yeah!!

MizzTina said...

mmg btl la tu = silver

Nadratul Syazwana said...

Sy tak ada kereta lagi hehe. Tp suka kalau kereta colour putih! :)

Nadratul Syazwana said...

Sy tak ada kereta lagi hehe. Tp suka kalau kereta colour putih! :)

Dikbee said...

kereta sy warna merah ~~peace~~

محمد رازيق said...

wah. kete saya warna putih. hehe. yeahh.

sHaRiNa eLyaNa said...

pink xda ka? hehe..xpa2 hitam pun htam la hehe

dina kasyah said...

merah! tp angan angan je la baru nak kereta warna merah hehe

Si Matatajam said...

Putih tetap dihati...

Anonymous said...

pertama, putih..
kedua, merah..

Aujinz said...

haaaaa.. macam mana kalau kita nak kaler lain, tapi kaler tue takde.. dan terpaksa ambik kaler lain..


eh lari topik.

Saya suka semua kaler kecuali..kelabu... koh koh koh

aDisH.sHidA said...

hehehe....akak color silver...ada je yg kena dengan diri akak nie...

penile implant said...

That is great to hear, thank you for reading!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...