Strategi Pengajaran Proses Pengajaran dan Pembelajaran


Definisi Strategi Pengajaran
Strategi ialah satu kemahiran merancang dan mengurus kaedah dan teknik pengajaran untuk mencapai hasil pembelajaran.Manakala pengajaran pula membawa maksud aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu Menurut Kamus Dewan 1998, Strategi pengajaran bermaksud rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan.

Di dalam konteks pendidikan pula, strategi pengajaran bermaksud kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Dengan kata lain, strategi pengajaran merujuk kepada teknik perancangan kaedah atau teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan untuk tujuan mencapai objektif pelajaran dengan berkesan

Kategori Strategi
Strategi pengajaran boleh diklafikasikan kepada tiga kategori yang utama iaitu strategi pemusatan guru, pemusatan murid dan pemusatan bahan pelajaran. Strategi pemusatan guru berlaku di mana guru mengawal keadan dan berperanan sebagai ketua. Fokus pengajaran atau aktiviti dimonopoli oleh guru. Mengikut Brophy (1978), pendekatan ini merupakan suatu penekatan yang mudah dirancang dan diurus.

Antara contoh strategi atau teknik pengajaran yang berpusatkan guru ialah penerangan, demostrasi, syarahan, pengajaran berkumpulan, pengajaran mikro, bercerita dan keseluruhan kelas. Manakala ciri-ciri strategi pemusatan guru pula ialah komunikasi sehala, murid pasif dan mendengar sahaja, guru mengarah dan mengawal pembelajaran, murid kurang kreatif dan tidak berinisiatif, mementingkan pencapaian objektif pendidikan guru, guru berkuliah, kepimpinan bercorak autokratik, murid kurang berminat terhadap penerangan guru, menekankan ujian sumatif, sifat-sifat sosial kurang dipupuk dan yang terakhir ialah guru berperanan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Di bawah strategi pemusatan murid, murid memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran, mengikut strategi ini, murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran beliau. Di dalam bilik darjah guru merupakan pemimpin yang membimbing murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada secara berkumpulan atau individu. Antara contoh strategi atau teknik pengajaran yang berpusatkan murid ialah projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan dan pembelajaran melalui pengalaman.

Ciri-ciri strategi pemusatan murid ialah berlaku Pemindahan pembelajaran, Komunikasi dua hala, Naluri ingin tahu berkembang, Kepimpinan bercorak demokratik, Mementingkan perkembangan jasmani, emosi, roani dan intelek, Disiplin tidak terkawal, Menekankan pencapaian objektif pembelajaran murid, Pembelajaran bercorak pengarahan kendiri, Murid lebih kreatif, Murid minat dalam pelajaran, Sifat-sifat sosial yang positif seperti bekerjasama, tolong-menolong, Murid aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

7 orang dah komen :

kiwi said...

rajinnye pos entri pasal ni

Hana said...

Time nie boring..hehe

Ikmal said...

huhu, ada rujukan x? hehe TQ

hana hadi said...

@Ikmal
ini je yang ada. ambik dari internet dan buku. sumber buku xingat. hehe

Pendidik2u said...

memang susah nak faham beza kaedah dan teknik n pendekatan ni..huhu..

harimau hitam said...

masih membantu bagi pelajar universiti dalam jurusan diploma atau ijazah pendidikan untuk mencari informasi secara kecemasan hehe..TQ

Anonymous said...

saya minta izin share bbrp istilah di sini ya. moga mendapat ganjaran dariNya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...