Debaran semakin terasa

PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012

Tajuk kajian
 1 2 3 ? mudah sahaja

Tarikh pembentangan
6-7 Oktober 2012

Tempat
Hotel Firdaus


ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam mengenal nombor 1 hingga 5 dengan menggunakan kaedah Balingan Dadu Gergasi untuk matapelajaran Matematik. Subjek kajian seorang murid bermasalah pembelajaran yang mengalami masalah Sindrom Down dari Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim Dua, Pasir Mas, Kelantan. Terdapat tiga aktiviti yang dilaksanakan dengan menggunakan kaedah Permainan Balingan Dadu Gergasi iaitu aktiviti memadankan nombor yang sama, aktiviti gosokan dan aktiviti perlambangan objek untuk nombor. Data dikumpul dengan menggunakan ujian pra dan ujian pos serta pemerhatian terhadap subjek kajian. Hasil dari analisis ujian pra dan ujian pos, pengkaji mendapati berlakunya peningkatan penguasaan subjek dalam mengenal nombor 1 hingga 5. Aktiviti perlambangan objek untuk nombor merupakan aktiviti yang banyak meningkatkan tahap peratus pencapaian subjek. Hasil dari pemerhatian juga menunjukkan subjek berminat dengan setiap aktiviti yang dijalankan.


ABSTRACT

This action research was conducted in order to improve pupil's ability in recognizing the numbers 1 to 5 by using the Giants Dice Throw method for Mathematics. The subject of study is a pupil with learning disabilities who suffer Down Syndrome from Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahin Dua, Pasir Mas, Kelantan. There are three activities performed from the method of Giant Dice Throw Game which are numbers matching activity, rubbing activity and numbers representation from objects activity. Data were collected using a pre and post test and also observation of subjects. Results from the analysis of the pre and post test, the researchers found out an increase in the subject’s ablility in identifying the numbers 1 to 5. numbers representation from objects activity is the one that greatly enhance pupil’s performance level percentage. The result from the observation also shows that the subject is interested in every activity undertaken.


Permudahkan segala urusan hambaMu ini

10 orang dah komen :

Masha Meisters said...

semoga cikgu dipermudahkan ye....selawat bnyak2 :)

Unknown said...

gud luck ye awak... all the best to u... saya akan sentiasa doakan kejayaan awak..

Mummy MM said...

semoga berjaya.. akak senior.. hehe :)

Cik Itah said...

semoga dipermudahkan urusan kamu , amin.

Jahirah said...

gud luck hana...all da best k...moga dipermudahkanNya..

Vidic said...

cikgu ke awk ni?

hnahdy said...

@PORUMAN bakal cikgu. Insyaallah

Nick Nashram said...

pilih tajuk KT mudah je..yg payah dan paling takut masa pembentangan..macam2 soklan yg ditanya..kdg2 terlebih masa smpai sejam..mjr dah lepas..well, good luck and impress ur supervisors :)

Lissa said...

lebih kurang cm thesis gak ke ni? btw, gud luck:)

-itu gadis- said...

gud luck yer ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...