PANDANGAN SEMESTA TAMADUN - Tamadun Islam -


Matlamat Tamadun Islam

Tamadun Islam mempunyai dua matlamat iaitu matlamat umum dan matlamat khusus.matlamat umum ialah mengangkat islam sebagai ad-Deen iaitu satu cara hidup yang lengkap dan komprehensif.Matlamat lain ialah memaparkan keadilan sistem pemerintahan Islam di zaman Nabi Muhammad s.a.w dan selepasnya.Matlamat Khusus pula adalah menjalinkan hubungan manusia dengan Allah pencipta manusia dan alam, mewujudkan hubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan alam sejagat.

Hubungan Tamadun Dengan Kebudayaan
Kebudayaan mengandungi beberapa unsur yang bersifat sejagat atau universal iaitu yang terkandung dalam semua kebudayaan di dunia ini. Pembentukan kebudayaan Islam telah tunduk kepada peraturan yang telah ditentukan melalui sumber- sumber asas perundangan Islam iaitu Al-Quran dan Al-Hadis.Sekiranya berlaku sebarang pertentangan antara kebudayaan dengan Islam, maka ia di anggap sebagai kebudayaan bukan Islam.

Hubungan Manusia dengan Allah Pencipta Alam
Manusia bukan sekadar berfikir tentang penciptaan alam, malah mesti berfikir tentang pencipta alam iaitu Allah s.w.t. Hubungan manusia dengan Allah merupakan matlamat terpenting dan terakhir untuk dituju dalam kehidupan. Hubungan dengan makhluk lain juga jangan sampai menggugat hubungan dengan Allah.Hubungan dengan para rasul merupakan hubungan untuk mengambil petunjuk dan teladan daripada tingkah laku dan aktiviti mereka. Terdapat tujuh implikasi hubungan manusia dengan allah iaitu pengiktirafan manusia yg dicipta, terhadap penciptanya, pencipta manusia dan alam semesta.Kedua, pengiktirafan manusia terhadap keagungan pemerintahan allah dan kebesaran kekuasaannya.Ketiga, mengiktiraf semua nikmat yang diberikan oleh allah dengan bersyukur kepadanya iaitu dengan amalan zahir dan batin. Keempat, supaya manusia mengharapkan rahmat dari Allah. Kelima, supaya manusia dapat mewujudkan perasaan bertanggungjawab. Keenam, supaya manusia memohon dan berdoa hanya kepada Allah.Terakhir ialah supaya manusia yang dicipta akan berasa cinta dan rindu kepada Allah sabagai matlamat kehidupan dan sumber kenikmatan.

Hubungan Manusia dengan manusia 
Masyarakat Islam adalah masyarakat yang berbentuk sejagat iaitu tidak bersifat perkauman, kebangsaan dan tidak dibataskan dgn sempadan geograf. Islam menentang idea dikriminasi perkauman dan ras sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi.

Hubungan Manusia Dengan Alam Sejagat 
Manusia merupakan sebahagian daripada alam sejagat, tetapi berada pada kedudukan yang istimewa iaitu dikurniakan akal dan pancaindera.Islam juga menggalakkan manusia mengkaji alam semesta.. Kesimpulannya, manusia dengan fitrah dan tabii semulajadi akan tunduk akur kepada Allah sebagai pencipta sekalian alam, termasuk diri manusia sendiri.

Dasar Tamadun Islam

Hak-Hak Hidup
Hak menghidup dan mematikan adalah hak Allah. Tiada sesiapa berhak mencabar hak tersebut. Islam mengharamkan pembunuhan orang lain kecuali melalui jalan yang hak. Contoh, mempertahankan diri dan hukum bunuh. Antara kaedah Islam dalam menjaga hak-hak hidup adalah kawalan kesihatan dan melawan penyakit, pengharaman perkara yang memudaratkan seperti arak, pengharusan setiap perkara yang bermatlamatkan kehidupan seperti makan, minum, pakaian dan sebagainya.Seterusnya ialah mengharuskan makan dan minum sesuatu yang asalnya haram dalam keadaan dharurat.

Memelihara Akal Fikiran
Pemeliharaan akal adalah wajib kerana ia lambang kesempurnaan manusia berbanding makhluk yang lain. Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu bagi membentuk pemikiran. Islam mengharamkan makanan dan minuman yang memabuk dan mengkhayalkan bagi memeliharaan akal.

Memelihara Kehormatan dan Keturunan
Islam memelihara keturunan manusia. Contohnya terdapat undang-undang dan peraturan-peraturan dalam urusan nikah perkahwinan dengan lengkap semata-mata untuk manjamin keturunan manusia yang sejati dan benar.Segala larangan terhadap perkara-perkara nagatif seperti perzinaan, seks bebas, liwat dan sebagainya adalah untuk memelihara keharmonian dan kemuliaan keturunan manusia daripada sifat-sifat kebinatangan.

Memelihara Harta
Kekayaan bumi bukan milik tertentu oleh itu setiap orang berhak mencari rezeki dengan usaha dan kemampuan sendiri..Kekayaan tidak harus dilucutkan daripadanya dengan paksa atau dirampas.Islam mengurniakan pahala yang besar di akhirat kepada pemilik harta yang mempertahankan hartanya walaupun ketitisan darah terakhir. Memelihara Hak dan Kebebasan Setiap manusia dilahirkan bebas dan merdeka. Tiada sesiapa berhak memperhambakan orang lain.Setiap orang Islam hendaklah bebas daripada segala unsure kezaliman yang merupakan kongkongan kebendaan dan nafsu yang jahat.Selain daripada itu, setiap penduduk juga diberi kebebsan untuk member pendapat, pandangan dan kritikan terhadap masyarakat, pentadbiran dan pemerintahnya.Islam telah membuka ruang ini kepada mereka yang berkemampuan berbuat demikian

Sifat Tamadun Islam

Sifat-sifat tamadun islam dianggap unik bebanding tamadun-tamadun lain. Pertama bersifat sejagat iaitu tidak terikat dengan bangsa dan tempat tertentu.Kedua, bersifat terbuka iaitu mengamalkan dialog dan interaksi terbuka antara tamaddun selagi tidak bercanggah dengan prinsip syariat Islam.Sifat ketiga iaitu bersifat sepanjang zaman iaitu bermula dari turunnya wahyu partama iaitu surah Al-Alaq dan tidak pernah berhenti kerana tidak pernah dibatasi oleh ruang sempadan atau ruang waktu sehingga kiamat. Sifat yang keempat iaitu toleransi terhadap sistem agama, keparcayaan atau kebudayaan orang lain.Terakhir, kesatuan dalam kepelbagaian iaitu pembangunan dalam pelbagai bidang dan lapangan bertujuan arah yg satu iaitu meng-esakan Allah dan yakin dgn keagungannya sebagai Tuhan Pencipta Alam.

Ciri-Ciri Tamadun Islam

Ciri-ciri yang pertama iaitu menyeluruh iaitu sempurna.Ia meliputi seluruh aspek kehidupan manusia iaitu undang-undang, akidah, akhlak dan hubungan sesama manusia.Ciri utama yang kedua pula ialah umum.Tamadun Islam bersesuaian dengan semua orang setiap masa dan tempat.Agama Islam juga mempunyai ciri tetap dan anjal iaitu tetap dari segi tujuan tetapi anjal dari sudut cara dan teknik perlaksanaannya.Ciri utama yang berikutnya ialah Ideal dan realistik.Islam sentiasa meetakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan dapat di capai.Ia realistik dari segi mengambil kira reality alam sejagat atas dasar bahawa alam sejagat merupakan suatu hakikat yang berlaku di dunia nyata yang menunjukkan kewujudan Allah s.w.t 


6 orang dah komen :

shahdiana said...

elok juga buat entry untuk refresh balik...kalo tak lama-lama boleh lupa kan....

boni kacak said...

tamadun islam adalah tamadun yang terbaik... namun, golongan yahudi sering menggambarkan seolah2 tamadun islam ni sangat2 teruk. seboleh2nya mereka melakukan bermacam2 untuk menjatuhkan tamadun kita ini

farz zull said...

hehe, ke ada amek subjek tamadun islam, bagus2 berkongsi ilmu :)

Shahazilla said...

as salam admin.mohon copy ye info ni sebagai sumber rujukan dan pengetahuan.terima kasih atas info yang berguna :))

Hana said...

Wslm boleh.silakan:)

Anonymous said...

:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...