Kelebihan Kulit Berminyak


Hari tu entry pasal KEKURANGAN BERKULIT CERAH, kali ni fokus kat kulit muka berminyak pulak. Hana nak bagitau kat sini, apa yang Hana kongsi semuanya hasil daripada pengalaman dan pemerhatian hana sendiri. Jadi.... teruskanlah pembacaan.hehe

Kulit berminyak ni sebenarnya tiada masalah cuma yang jadi masalahnya minyak tersebut berlebihan. Kalau kekurangan minyak pun jadi masalah jugak. Aish.. macam kenderaan pula kulit muka kita ni. Kebiasaanya kulit berminyak di berlaku di usia 20 tahun

KELEBIHAN KULIT MUKA BERMINYAK

AWET MUDA!!! siapa setuju angkat tangan.. Maksud hana kat sini kulit muka lambat kedut. Bagi yang berkulit cerah tak nampak sangat muka dia berminyak tau. Kalau kena cahaya nampak berkilat licin je muka dia kan. Kalau kulit muka dia gelap sikit nampak muka dia berminyak ( pastikan Clean & Clear Oil Contral Film sentiasa di samping anda )

Tak payah beli bedat padat yang mahal-mahal tu, pakai bedah tabur je sebab bedak tabur ni lebih menyerap minyak. Tapi ada juga kan bedak padat yang oil-control. Tapi hana syorkan bedak tabur sebab hana tanya pakar kulit (KLIK SINI) bedak yang sesuai untuk kulit berminyak ni bedak tabur Johnson Baby Powder. ( Bedak Johnson Baby saiz kecil RM 2.++ )

Tak payah pakai mask selain mask berasaskan lumpur/ tanah liat. Ish, nak ambik kat mana lumpur/tanah liat. Korang beli mask yang bertulis Facial Clay Mask kat cosway, farmasi atau sebagainya. Kalau nak petua, sapukan putih telur kat muka.( Kalau clay mask yang jenis tarik lagi bagus )

Jimat duit sebab untuk merawat kulit berminyak ni perlu ada pencuci muka khas untuk kulit berminyak dan  ubat untuk mengawal minyak dari dalam. Paling asas la. Ubat tu sebenarnya ada di klink pakar. Kena dapatkan rawatan dulu baru doktor syorkan makan pil untuk kawal minyak semasa tidur. Tapi ada juga pelembab oil free untuk kulit berminyak pakai waktu malam. Ok ke tak tak pasti pula.

Katakan tidak kepada set pencerahan kulit ( Adakah ini salah satu kelebihan kulit berminyak? ) Kebanyakan set pencerahan kulit akan ada krim malam kan. Sesetengah krim malam tu berminyak kan kan.. jangan tipu. Aiseh gimik pulak. Sesetengah krim je.. kalau yang tak berminyak tu ok lah. Putih tu memang putih kan nama pun set pencerahan, cuba berhenti pakai set tu jadi macam mana ye. Pss... krim malam untuk set pencerahan apa yang tak berminyak?

     Sekian,
     Majulah Sukan Untuk Negara,
     Malaysia boleh...


38 orang dah komen :

miss yatie said...

betul ek..oooo..macam tu..kena taruk minyaklah banyak2 heee

Unknown said...

byk kelebihan rupanya......

Fakhruru said...

nice share!! ptih tlur tu cmpur ngn mdu lgi lbh umpp!! ^_^

done follow!! hepi beLogging! ^^

Unknown said...

yeah kulit muka mad berminyak hihi

✿INA AINAA✿ said...

Terima kasih atas tips ni.. ena pun dah berhenti guna krim malam apa ke benda ni... memang naik jerawat kalau pakai.. ena just cuci je muka.. then jaga permakanan

Annamariana1989 said...

kulit anna pon jenis yg berminyak..waaa, memang terbaik la..

Miss Zahirah said...

btul la hana.. akak kulit jnis berminyak..
xyah nk pakai krim siang malam bagai..
utk masker pakai putih telur je..
tegang tau.. hihihi

nur emilya said...

Haah mak saya pun cakap minyak kat muka diperlukan jugak. Kalau kurang nanti timbul jugak masalah.

Princess Feyqa said...

fyqa kulit berminyak.. ingt byk keburukan.. rupenya ada gk kelebihannya eh? hehe bru tau...

Diari Si Froggie said...

peh hana aida baca entry hana nie ternganga dah macam pakat kecantikan lah pulak. Hehe.. aida ada masalah jugak dengan kulit berminyak nie.. tapi dekat T Zone jelah.. kulit kepala pun berminyak.. hana ada tips untuk kulit kepala berminyak? yang hana kata pakai putih telur tu kan aida selalu amalkan Alhamdulillah memang menjadi..

Mimie said...

bru tau..huhuhu

Nik said...

kulit sis pun berminyak. tapi tak suka sgt kulit berminyak sgt ni.maybe tak jumpa lagi produk yg sesuai dgn kulit berminyak sis.

Unknown said...

salam hana :)

yeayy hana pun boleh menang GA puteri..sama dgn ayie...hehe :p

org pompuan mmg harus tahu ttg perkara2 kecantikan asas mcm dlm entry hana ni kan? weeee... :D

krole said...

on this day, aku berbangga mempunyai kulit yang berminyak hahaha~ awet muda tu...

Unknown said...

hehehe.. mar pun keliru, kulit muke jenis berminyak ke x.. hihihi :D

Fatin Diana said...

part awet muda tu FD setuju, hehe :D
FD tak guna apa2 bedak pun sebab tak suka. kalau kawan tepek kat muka FD pun, FD cuci balik. memang tak suka langsung. hee :D

nabila said...

ada jugak kelebihan untuk kulit minyak. ingatkan keburukkan ja. ;)

CTK said...

kulit ct xbrminyk sgt tp warna kulit sangat xsekata...hihihi

Dingdang said...

kulit muka akak mudah berminyak. rasa macam comot je muka ni. huhuhu.

Unknown said...

ye ek? mana hangpa tau nih...teringin nak pakai mask arang tuh..hehe

MalizaMah said...

so far leeza belum pernah lalui kulit berminyak sgt.

jaakechik said...

jaa salah sorg jenis kulit yg berminyak tu tau.. benci sungguh rasanya.

el said...

dulu kulit muka k.el berminyak..tp siyesly lepas pakai pure marine collagen yg skun tgh hot tu kan..alhamdulilah dah kurang minyak lgi2 kt T-zone tu..suka k.el ko ni taw hahaha

k.el jd dealer..lau nak gtau..k.el jual murah jek

Kakzakie Purvit said...

Tapi kulit berminyak kalau tak jaga cepat tumbuh jerawat... kena rajin membersih.

Unknown said...

ada jg kelebihan yer

Jahirah said...

akak pernah baca satu info tu ckp kulit berminyak ni memang bagus sbb lambat berkedut muka....heheh dlm kekurangan ada kelebihankan...:)

dariilhamkehati said...

owh ... CP antara orang yang kulit berminyak tapi CP jenis pakai bedak kompek oil control , hehehe , bab kalaw pakai bedak tabur , cepat ilang lak , hehehe ~

em , banyaknya petua , amat la tak sesuai untuk CP yang pemalas nih ..

lagik satu ... kulit berminyak nih amalkan pakai bedak sejuk , serius , memg berkesan tapi CP tak pasti jugak kalaw untuk orang yang berminyak tahap kritikal , kelemahan orang kulit berminyak nih , kulit dye mudah berjerawat :D

hehehe ~

puteri kasih said...

kulit muka berminyak mudah dapat jerawat kan

Nick Nashram said...

saya guna clean n clear je kalo muka berminyak..hehe

kucokelat said...

dulu kulit berminyak alhamdulillah sekarang xdah

Katak Comel said...

wow! nk try la smua tips ni..hihi

Sya Chot .. said...

nice sharing..lps ni nak pakai bedak tabur jer la,hehe..tak maw bedak pdat..hehe kan best kalau ada bedak tabur yang ikut warna kulit kita..ecewahh kemain..blh plak wat cadangan plak..hehe:)

Anonymous said...

menarik..yups..klu kering sgt xlok

Nurrul Hazieqah said...

Alhamdulillah... sebenarnya satu2 tuh pasti ada kebaikan yg tersembunyi kan ? :D

are_lin@yu said...

ada jgk kebaikannya kan..hehe

Unknown said...

Sebab tu, tisu control minyak Clean & Clear Mieya akan bawa ke mana-mana sahaja. Nampak ketara sangat !

Unknown said...

kulit saya kering.. sangat kering.. :(

jeri said...

Thanks, ada gak tips yang boleh di guna pakai untuk saya.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...