Cara Mengatasi Masalah Mata Sembap Dan Hitam


KENTANG


Kupas kentang dahulu, bersihkan kan dan biarkan kering sebelum diparut. Ambil parutan kentang dan bungkus dengan kain lalu letakkan pada mata


GARAM


Ambil setengah sudu teh garam dan tambah ½ litter air. Celup putik kapas atau kapas pada larutan garam dan sapukan pada mata


KETULAN AIS


Kaedah klasik yang digunakan untuk mengurangkan bengkak di bahagian mata. Boleh juga memcuci wajah dengan air sejuk ketika mandi. Anda juga boleh menggunakan sudu yang di sejukkan iaitu letakkan sudu di ketulan ais dan biarkan ia sejuk seketika. Setelah itu letakkan pada bahagian mata yang bengkak


UNCANG TEH


Celup 2 uncang teh ke dalam air lalu angkat dan biarkan sebantar hingga suam. Kemudian letak pada mata dan tutup dengan kain selama 5 hingga 10 minit. Sebaiknya pilih teh hijau atau teh hitam. Kandungan kafein dan teh membantu mengurangkan masalah bengkak dan lebab bawah mata


TIMUN


Timun tidak hanya baik untuk kesihatan namun ia bermafaat untuk mengatasi masalah mata. Kandungan astringent yang ada di dalamnya dapat membantu menghilangkan bengkak atau lembam pada mata. Letakkan timun yang telah dipotong ke dalam peti sejuk dan biarkan seketika. Setelah sejuk letakkan timun tersebut di bahagian mata. Biarkan mata berehat seketika


MINUM AIR PUTIH 


Meskipun cara ini tidak dapa menghilangkan dengan cepat bengkak di bawah mata. Namun dengan memperbanyakkan minum air putih ia dapat mempercepatkan proses pemulihan

Selalu gak letak timun kat mata time tido.. Sampai kecut timun tu pagi esok.hehe serapan berlaku di situ :P

Masalah entry  'HABIS LA KU KALI NIE' .huhu kena beli tudung pink baru la jawapnya. Sshhh diam2 tau jgn bgtau mak

10 orang dah komen :

Miss Nadya said...

nad mmg ada gelap bwh mata..thanks 4 this entry

p/s : mmg p0wn dear..nad p0wn tgah blajar tips utk b0nding..huhu..

Selendang Merah said...

owh bawu taw..hehe..thank

syieha_wanah said...

penah try dlu.. tapi cam xbapa bkesan sgt... sbb tuh lani kurangkan gna spek

Teenager Housemaid said...

suka pakai ais..:)

Prettywrite said...

mata memang sembap tapi satu petua pun tak pernah cuba..dasar pemalas betul..hi3..

Onitsuka_hana said...

@syieha_wanah klu pakai spek jd lembam ka? klu xpakai spek pakai lens ek..lg xberani :)

Onitsuka_hana said...

@Prettywrite hehe klu malas beli yg gnier eye roll..hana pakai tu ja..klu duk saja2 sapu benda tu. mlm klu rajin pkai timun.klu rajin :P

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

selalu guna timun ngan uncang teh utk kesegaran mata...best gak rasa...sejuk aje...hehee

Aminah_Ismail said...

dlu wat guna timun tapi xjadi..huhu terus jd mls nk wat..hehe

Noratiqah Adib said...

Gomawo! Memang carik2 info cmni. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...